Tuesday, August 20, 2013

PTK sudah dimansukhkan?

Salam kekawan semua, saya berada di Kuching selama 5 hari dalam menunaikan tanggungjawab negara. Kali ini bersama Ustaz Ismail merangkap Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan dari SMKA Slim River, juga En.Zamzan Omar, Naib Pengerusi MGKK dari Negeri Sembilan, En.Miskun Tumin dari Johor, Pn.Khasidah Dawi (jemputan) dari Sarawak dan saya. Kami berlima mewakili guru bimbingan dan kaunseling seluruh Malaysia seramai 9000 orang untuk membina soalan PTK baru.            PTK ialah Penilaian Tahap Kecekapan untuk kenaikan pangkat guru-guru dari 29 ke 32, 44 ke 44, 48, 52 dan seterusnya.
Apa beza PTK baru dan lama?
PTK lama, anda mesti pergi menjalani peperiksaan, manakala PTK baru, anda didatangi orang untuk dinilai. Kami membina skala sedaya upaya agar dapat ditemukan 10% guru yang cemerlang melalui PTK yang baru ini. Sakit kepala memikirkan untuk menjadikan ianya boleh diguna pakai.

Kita mempunyai lebih kurang 4000 orang bimbingan yang mendapat Diploma 14 minggu.Selebihnya adalah guru yang berijazah.Baik dalam bidang kaunseling mahupun dalam bidang komunikasi.
Inilah yang menjadi punca berlakunya kekurangan ilmu kaunseling itu sendiri pada guru-guru. Latar belakang guru yang tidak diketahui oleh orang lain ini,sebenarnya kurang arif dalam seni kaunseling. Saya sendiri bernasib baik kerana sempat belajar dengan Prof.Dr Saedah di USIM bagaimana menjalani sesi kaunseling. Awalnya saya sendiri tidak memahami bidang ini searif itu.

Saya, kalau boleh ingin kawan-kawan memahami apakah persoalan yang akan dinilai untuk mendapat markah prestasi yang bagus. Boleh rujuk buku Panduan Melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.Selain itu ada lagi yang lain-lain, bersifat hide yang tidak dapat ditulis kan dalam ruangan ini. Pokoknya ...

Team rubrik di Hotel De Palma Ampang.
 

No comments:

Post a Comment