Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Pengenalan Apa Itu Mic.Office 365

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Tuesday, October 22, 2013

Melihat gelagat manusia yang tak pernah takut pada hari akhirnya, masih enak menghirup asap rokok, masih enak makan enak-enak di tengah malam, siap snap gambar dan hantar pada kawan-kawan. wah betapa bahagianya aku, dapat menikmati juadah yang mahal ini.

Tapi ia terlupa pada sang pemberi nikmat, yang mana jaudah itu menjadi enak, yang mana mulutnya masih boleh terbuka, lidahnya boleh merasa enaknya masam manis, yang lehernya boleh mengalirkan dengan tenang segaja juadah, yang perutnya boleh menampung segala juadah, dan esoknya keluar dengan lembut sekali.

Sedang orang yang sedang berperang dengan kesakitan,
dapat merasakan nikmat itu sungguh besar,
sehingga saat ini, segalanya terbatas buat dirinya
pergerakannya, makannya, minumnya, semuaya harus dipilih,
kerana sedikit terlanjur, kesannya hampir membawa mati.

Penyair Indonesia mengukir sajaknya,

Andai bisa, aku ingin hidup seribu tahun lagi.


Menambah kenalan pada senarai contact adalah satu hal yang perlu anda lakukan, jika seorang tidak menjadi masalah, tapi bagaimana jika kenalan anda sampai ribuan orang. Lebih-lebih lagi jika anda seorang ahli perniagaaan.

Setiap antara kita yang mempunyai android, pastinya mempunyai akaun gmail.com. Jadi sebagai langkah pertama, buka google.com/contacts kemudian enter. 

Rupanya pada laman komputer kita sudah ada senarai nama yang kita telah save kan dalam Telefon Bimbit selama ini. Klik sahaja Import contact seperti gambar dibawah

atau Klik MOre Dapatkan di atas dan pilih Import...

Dapatkan fail cvs yang telah pun anda simpan dalam format .cvs Adapun cara untuk menyimpan senarai nombor telefon anda dalam format cvs, rujuk di sini klik
Berikut adalah fail-fail format cvs yang telah saya save kan dalam satu folder khas. Cuma anda perlu tahu bagaimana nak meletakan senarai nama dan nombor telefon dalam fail excel di kolom yang ke berapa. Untuk memudahkan anda, anda perlu download dahulu fail format cvs yang telah ada di dalam senarai contact anda, klik export.

Dia akan simpan dalam folder download anda, lalu editlah fail tadi dengan menambah kenalan baru di kolom yang sudah tersedia.Save dan kemudian baru import ke senarai contact.

Selamat Mencuba



Wednesday, October 9, 2013
Dalam sesi ceramah sahabat saya Ustaz Al Kautsar di Masjid Putra Isnin lalu, beliau bercerita tentang anak muridnya yang baru sahaja meninggal dalam kemalangan yang mengorbankan 4 orang ahli keluarganya termasuk dirinya.

Ketika dalam kelas,Nabilatul Huda adalah seorang murid yang sangat baik, tidak pernah ada masalah, suka menolong guru. Ustaz bercerita dalam kelas ketika Nabilatul Huda masih hidup, jika pohon-pohon di dunia akarnya di dalam tanah, buahnya diluar, akan tetapi pohon-pohon di syurga, akarnya di atas, buahnya di bawah, sehingga kita boleh mencapainya dengan mudah sangat.

Nabilatul Huda bertanya, apakah saya boleh memetiknya ustaz? Ya... Nabila boleh memetiknya dan makan bersama adik-adik jawab Ustaz. Kisah ini membuat hadirin sebak seketika, sambung Ustaz lagi, dan kini Nabilatul Huda sudah pun berada di syurga bersama adik-adiknya. Subhanallah..

Kadang-kadang Ustaz berfikir, kenapa lah manusia yang baik, Allah Taala cepat memanggilnya pulang...Mungkin ini kerana Tuhan nak bagi peluang kepada kita yang masih hidup dan banyak dosa supaya bertaubat.

Norish77.blogspot.com

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada