Saturday, November 30, 2013

Peluang PIBG/Sekolah Menjana Pendapatan Tambahan

Peluang PIBG menjana pendapatan melalui sistem SMS


Sekolah Kutip dari Ibu/Bapa RM10.00 Perkeluarga x 700 Kepala Keluarga
700 x RM10.00 = RM7000.00 (Sekolah Terima)

Hantar SMS kepada Parent 60x Setahun
0.07x60 = RM4.20
RM4.20x700 Keluarga (Modal) RM2940.00


RM7000.00-RM2940.00= RM4060 PIBG Terima Setahun


Pernah tak anda dengar sistem SMS pukal?

Sistem SMS pukal adalah salah satu cara penghantaran SMS kepada ratusan/ribuan nombor telefon dalam masa beberapa saat sahaja. Hanya dengan sekali klik semua nombor tertera akan menerima SMS yang sama.

Apakah kelebihannya?

1) Ianya menjimatkan masa, bagi yang berniaga, boleh meningkatkan pendapatan anda.Kos yang sama rata bagi kesemua nombor 019,017,012,016,013,014,016,018 dan lain-lain.

2) Mesej penting seperti banjir, cuti mengejut dan lain-lain boleh disampaikan kepada ibu bapa secara serentak.

3) Jauh lebih murah dari sistem lain yang meletakkan harga 9sen atau 16sen bagi sekali penghantaran.

4 ) Boleh membuat penghantaran mengikut group..seberapa banyak yang anda mahu, atau penghantaran kepada semua group. 

Siapakah yang memerlukan sistem ini?
Sekolah, Persatuan Penduduk, MLM, Agen Jualan Langsung, Pusat Tuisyen, Komuniti Setempat dan individu yang sedang mula berniaga atau sudah lama.

Berapa Lama kredit bertahan?
Kredit yang dibeli boleh bertahan sehingga setahun.

Berapakah kos bayarannya?
PROMOSI !! Tiada YURAN pendaftaran.Hanya membuat pembayaran RM70.00 bagi membuka akaun dan akan mendapat 1000 kredit SMS.Anda sudah boleh mula membuat penghantaran SMS.

Bagaimana cara nak apply?
layari http://my.smspukal.com, daftar sebagai penguna, tutorial video akan ditunjukkan bagaimana memulakan. Dari cara memuat naik dan membuat penghantaran.

Apakah alat / sistem yang digunakan?
Hanya memerlukan sebuah komputer.Tidak perlu kepada apa-apa perisian.

Bagaimana cara pembayaran ?
Setelah membuat pendaftaran, anda boleh membuat pembayaran kepada Afraina Enterprise nombor akaun CIMB 0510 0000 296 104 (14Digit) 

RM  70.00 - 1000  SMS
RM 140.00- 2000  SMS
RM 350.00 - 5000 SMS

Hubungi 019 614 4040

Promosi ini akan berakhir pada 15 Febuari 2014 

Read more »

 
Friday, November 29, 2013

Pandanglah ke depan

Allah Taala jadikan mata manusia berada didepan dan memandang ke depan apabila berjalan. Prinsip hidup ini mudah,teruslah memandang ke depan dengan "positif", jangan pandang lagi ke belakang. 

Ke depan adalah masalah kita yang lebih besar dengan Allah Taala yakni pertemuan denganNya nanti.Semua perkara yang kita lakukan,mesti mau ingat ke sana.

Sebaliknya jangan pandang ke belakang.Belakang adalah masa lalu yang penuh dengan pelbagai warna.Ada putih merah hijau bahkan hitam. Asyik memandang yang hitam membuat pandangan kita menjadi gelap.Jangan asyik salah masa lalu,kerana hidup hari ini jadi begini.

Kita boleh membuat perubahan dan terus berubah.Pandanglah ke depan.Apa nasibmu apakala tua nanti,bagaimana keadaan dirimu semasa berpisah nyawa dan jasad nanti, setelah itu bagaimana hal ehwal mu di alam barzakh ketika ketiadaan semua ahli keluarga dan bagaimana keadaaan ketika sesi perjumpaan dengan tuhanmu.

Apakah kau masih nak salahkan masa lalu, nak salahkan syaitan.Ingatlah, ketika mana manusia dihumban ke dalam neraka, maka syaitan sendiri yang memberi peringatan, janganlah engkau wahai manusia menyalah aku, kerana sememangnya tugas aku menggodamu, sedangkan aku sangat takut pada Tuhanku.

Perhatikan ayat ini.

Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu". Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras siksa-Nya.

11:48

Justeru, bertepatan dengan kejadian kita,mata di arahkan ke depan,pandanglah ke depan.Be Positive.Ceria-ceria hidup anda selalu.

Read more »

 
Tuesday, November 26, 2013

Peluang Sekolah Menjana Pendapatan


Pernah tak anda dengar sistem SMS pukal?

Sistem SMS pukal adalah salah satu cara penghantaran SMS kepada ratusan/ribuan nombor telefon dalam masa beberapa saat sahaja. Hanya dengan sekali klik semua nombor tertera akan menerima SMS yang sama.

Apakah kelebihannya?

1) Ianya menjimatkan masa, bagi yang berniaga, boleh meningkatkan pendapatan anda.Kos yang sama rata bagi kesemua nombor 019,017,012,016,013,014,016,018 dan lain-lain.

2) Mesej penting seperti banjir, cuti mengejut dan lain-lain boleh disampaikan kepada ibu bapa secara serentak.

3) Jauh lebih murah dari sistem lain yang meletakkan harga 9sen atau 16sen bagi sekali penghantaran.

4 ) Boleh membuat penghantaran mengikut group..seberapa banyak yang anda mahu, atau penghantaran kepada semua group. 

Siapakah yang memerlukan sistem ini?
Sekolah, Persatuan Penduduk, MLM, Agen Jualan Langsung, Pusat Tuisyen, Komuniti Setempat dan individu yang sedang mula berniaga atau sudah lama.

Berapa Lama kredit bertahan?
Kredit yang dibeli boleh bertahan sehingga setahun.
 
Berapakah kos bayarannya?
PROMOSI !! Tiada YURAN pendaftaran.Hanya membuat pembayaran RM70.00 bagi membuka akaun dan akan mendapat 1000 kredit SMS.Anda sudah boleh mula membuat penghantaran SMS.

Bagaimana cara nak apply?
layari http://my.smspukal.com, daftar sebagai penguna, tutorial video akan ditunjukkan bagaimana memulakan. Dari cara memuat naik dan membuat penghantaran.

Apakah alat / sistem yang digunakan?
Hanya memerlukan sebuah komputer.Tidak perlu kepada apa-apa perisian.

Bagaimana cara pembayaran ?
Setelah membuat pendaftaran, anda boleh membuat pembayaran kepada Afraina Enterprise nombor akaun CIMB 0510 0000 296 104 (14Digit) 

RM  70.00 - 1000  SMS
RM 140.00- 2000  SMS
RM 350.00 - 5000 SMS

Hubungi 019 614 4040

Promosi ini akan berakhir pada 15 Januari 2014 

Read more »

 

Asal Masuk,Halal Belakang Kira

Penulis bersama Ketua Majlis Ulama Fatwa Medan, Indonesia
Dalam hidup ini, wang adalah segala-galanya. Sehingga wang kadang-kala menjadi Tuhan. Bagi yang beragama, wang memang sebagai jalan untuk meneruskan jalannya kehidupan.Perkara paling pokok adalah halal.
 
Dalam hal ini,penulis ingin berkongsi apa yang di katakan oleh Drs.Ustaz Amhar Nasution MA (dalam Foto di tengah) selaku Ketua Majlis Ulama Fatwa Medan berkata, dari hasil tinjauan beliau mendapati bahawa kedai KFC di Medan, menjalankan operasi penyembelihan ayam secara tidak sah dari aspek hukum syarak.
 
Sebanyak 5600 ekor ayam disembelih tanpa sembelihan yang wajar. Ayam-ayam itu diatur atas satu mesin yang sedang bergerak, sampai satu lokasi ayam di suntik menjadikan ayam itu pengsan, kemudian bergerak lagi ke depan, ayam di potong lehernya mengguna mesin dalam keadaan ayam itu sudah pun pengsan.
 
kemudian ayam berjalan lagi dengan mesin ke depan, lalu diproses dengan mesin, ayam tahi, daging bercampur sehingga akhirnya keluarlah daging sahaja. Ini yang beliau temui dari hasil laporan orang ramai.
 
Umat Islam yang sedar akan hal ini, haram memakan ayam ini,kerana caranya memang haram dari segi hukum. Jika makanan yang masuk pun sudah haram, bagaimana tubuh badan kita boleh masuk syurga? Mahu beribadat pun menjadi menjadi malas, berat dan kurang selera. 
 
2013. Medan

Read more »

 
Monday, November 25, 2013

Sistem SMS Pukal 7 sen perSMS

layari http://my.smspukal.com

Read more »

 
Saturday, November 16, 2013

APA SEBENARNYA YANG SEDANG TERJADI

Dengan tersebarnya surat ini,beberapa persepsi yang dapat dibuat oleh orang ramai. Yang jelas ramai yang tidak berapa setuju, kerana tindakan ini seolah bertolak belakang dari kehendak agama yang di anuti oleh kita semua.

Admin mempunyai persepsi positif, kemungkinan besar penghantar surat dan keluarga mempunyai satu amalan yang jauh lebih baik dari amalan umum atau awam yang ada di sekolah. Amalan-amalan orang awam itu dimana-mana membaca Yasin pada tiap malam Jumaat, di Malaysia dan Indonesia amnya turut mengamalkan amalan ini dimasjid-masjid surau,langgar, madrasah,balaisaf dan dimana-mana hatta di mess-mess pelajar sekalipun.

Amalan khusus ada yang di amalkan oleh sebilangan orang-orang tertentu seperti membaca surah Al-Mulk pada tiap malam sebelum tidur, membaca Surah Sajdah atau Yasin secara sirr pada setiap malam,atau surah Al-Insan tiap hari selepas subuh. Ini dikira amalan khusus dan zikir-zikir tertentu yang datangnya dari syeikh atau mursyid yang dikira berada dijalan yang benar.

Jikapun, pembaca mempunyai amalan yang terbaik dari semua amalan yang diamalkan majoriti masyarakat hari ini,admin menasihat usahlah membuat surat seperti ini,sebaliknya duduk sajalah dalam majlis itu secara jasad,kerana ini menghormati amalan orang lain. Takde masalah kalau tak mahu baca Yasin.Buat-buat mulut bergerak sahaja, orang pun bukan tahu apa kita baca.Kerana kita hantar anak ke sekolah yang majoritinya anak-anak orang Islam bersekolah, mungkin mereka tak pernah baca Yasin pun dirumah jika tak ada amalan seperti ini disekolah.

Laporan Akhbar beberapa tahun lepas pernah menyiarkan,rahsia pelajar mendapat 8A dalam SPM,pun antaranya kerana berkat membaca Surah Yasin. Amat elok rasanya jika sesekali kita relate kan dengan Ayat Al-Quran surah al-an am ayat 125. yang bererti: "Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit.

Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Mafhumnya, barangsiapa yang Allah Taala ingin jadikan dia mendapat kebaikan,yakni petunjuk,Allah Talaa lapangkan dadanya untuk menerima Islam dan segala amalan yang terkandung didalam ajarannya. Perhatikan lagi hadis Nabi ini: "Barangsiapa yang dikehendaki Allah Taala kepada nya mendapat kebaikan,Allah Taala akan menjadikan dirinya faham agama"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Read more »

 
Tuesday, November 5, 2013

SEMUA BALIK KAMPUNG

DATANGKU TAK PERNAH MINTA

Siapa pernah minta untuk lahir ke dunia..sila angkat tangan?? Siapa pernah buat tempahan untuk hidup didunia yang penuh susah-payah ini? Bayi dalam perut pun tak mahu keluar, ya kan...kalau dipaksa dia keluar jugak, padahal belum tba masanya, nescaya bermacam-macam masalah akan ia hadapi. Tak cukup oksigen lah, paru-paru tak kuatlah dan macam-macam lagi.

Setelah keluar dari perut maknya, dia menangis sekuat-kuatnya, haha.... memang dia tak mahu keluar....kan saya dah cakap tadi, lihat matanya,  dia masih pejam mata rapat-rapat, tak nak buka pun, setelah dia mak bidan ambil dia, kemudian mandikan, setelah di balut dengan kain lampin dan diletakkan disisi ibunya, barulah dia membuka matanya.

Lahirnya seorang manusia ke dunia nan fana ini, buat menempuh perjalanan hidupnya yang entah ke mana takdir akan membawa dia pergi. Dia belum tahu apa rezkinya, sebanyak mana, siapa dia suatu masa nanti, siapa pasangan hidupnya, bagaimana asam garam mehnah laluannya, dan akhirnya dimana dan bila dia akan meninggal yang fana ini.

Cuba kita fikirkan, setelah susah payah kita hidup didunia ini, lalu akhirnya kita dimatikan... untuk apa semua itu? Hidup nya hanya sementara, penuh susah payah,tak kira apa bangsa dan agama, sedihnya semuanya berakhirnya dengan kematian.

RAYA SUDAH HAMPIR

Manusia mengatakan hartaku, hartaku, padahal dia lupa, bahawa harta dia yang sebenarnya adalah apa yang dia telah makan, pakai dan sedekahkan. Lebih dari itu, semuanya bukan milik dia.


Bila nak raya, maka sibuklah semua orang nak balik raya.
[]
Terlepas dari percaya atau tidak ... hidup ini adalah sebuah medan perjuangan. Perjuangan memerlukan banyak pengorbanan. Berkorban masa, tenaga, waktu dan perasaan. Ini yang paling hebat, berkorban perasaan. Banyak masalah yang datang menimpa orang lain, adakalanya kita sendiri tidak sanggup, jika mahu dituangkan masalah itu pada kita. Melihat sahaja sudah runtun dan robek hati kita, apalagi menanggugnya dengan penuh perasaan. Namun, apakan daya kita sebagai manusia, masalah itu datang tanpa kita undang. Namanya tamu tak diundang.

Masalah, ianya tak ubah seperti pantai dan ombak. Kadang mengbadai perlahan, kekadang menghempas laju, kuat dan hebat. Yah....seperti itulah masalah dalam hidup ini.

Lewatilah setiap masalah dengan bergantung padaNya, hantarkan laporan kesusahan batinmu padaNya. Dia Maha Mendengar dan sedang memerhatikanmu. Tidak diberikan masalah, kecuali yang mampu kita tanggung.

FirmanyaNya [         ] La yukallifullah hu anfsan illa wus a'ha.

Artinya "Tidak diberikan bebanan kepada kamu, melainkan yang masih mampu kamu hadapi.
Saudara, adik kakak, ada satu kisah yang diceritakan oleh guru saya. kisah ini diceritakan ketika saya dan rakan-rakan dari Malaysia belajar di rumah beliau, tepatnya di Banda Aceh, Darussalam.


Read more »

 

Ain Lam Mim

>>>>>>>>:::<<<<<<<<
_Perintah dan saranan Allah Taala supaya manusia menuntut ilmu sangat jelas di dalam Al-Qur’an.  Majoriti Ulama berpendapat ayat pertama yang turun adalah ayat "Iqra". (Bacalah) Tempat turunnya ayat ini di Gua Hirak.Ayat yang paling awal ini merupakan perintah supaya manusia membaca atau dengan kata lain belajar. Tersirat, bahawa ilmu itu sangat penting bagi manusia.

Letaknya titik perbezaan antara manusia yang cerdik dan tidak adalah pada ilmunya. Begitu juga tahap kesedaran seseorang, pun tergantung sejauh mana pengetahuan dan maklumat yang dia miliki. Sebagai contoh, budak kecil tidak takut pada ular yang berbisa, kerana ilmu atau maklumat yang dia ada tentang ular sangat terbatas, sedangkan orang dewasa, jangankan duduk dekat dengan ular, mendengar sahaja “ular tedung”, boleh jadi ada yang meremang bulu roma.

Islam mengajar kita sebagai penganutnya “ilmu” itu mesti dituntut.Penggunaan kalimat “tuntut” pun mempunyai makna yang tersirat. Ibarat orang berhutang dengan kita, tiba saat yang dijanjikan, dia tidak menjelaskan hutang tersebut, maka kita boleh menuntutnya kembali. Ada yang mengartikan perkataan "menuntut" memberi makna kita hendaklah mendapatkan sesuatu yang ianya adalah milik kita[1].

Kalimat “ilmu”, jika di tulis dalam tulisan Arab, ianya mengandungi tiga huruf, iaitu "Ain, Lam dan Mim". Seorang guru saya yang  bernama Drs.Tarmizi Dahmi dari Aceh Selatan ketika mencurahkan ilmu beliau di malam pengajian dirumahnya berkata :

Apabila seseorang menuntut ilmu, dan berhasil pula mendapat ilmu, maka dia akan memperolehi 3 perkara. Yang pertama Ain 'Ali, kedua Lam, Lathief dan ketiga Mim… Mulk
Bukankah tuhan pernah berfirman :
[
                                                      ] [ QS Al-Mujadilah ayat 11]

"Allah Taala mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu akan beberapa darjat"

Pertama “Ain”, dikatakan seolah-olah ringkasan dari ‘Aali’ , membawa makna tinggi. Ini seakan mengambarkan bahawa orang yang berilmu, akan ditinggikan kedudukannya disisi masyarakat. Ketinggian ilmunya berbanding orang lain membuatkan masyarakat memilihnya untuk menjabat jawatan itu dan ini. Orang yang berilmu juga akan dipandang tinggi tarafnya oleh orang lain, sampailah dia meninggal dunia. Lihatlah guru atau cikgu, sampai bila-bila pun namanya tetap melekat dengan gelaran cikgu. Itulah sebuah penghormatan dari masyarakat.

Huruf kedua Lam... membawa makna Lathief. Lathief maknanya lembut. Penuntut ilmu akan mewarisi sifat dan tingkah laku lemah-lembut, ini sesuai dengan akhlaknya Nabi. Tidak kasar. Sabda Nabi :

Dan janganlah kamu berkasar dengan manusia, kelak mereka akan lari daripadamu

Orang yang dikatakan berilmu, tetapi masih memiliki sikap kasar, keras pada bukan tempatnya, maka seolah ilmu itu belum lagi benar-benar menyerap dalam dirinya kerana ilmu itu sifatnya, merubah seseorang dari kasar kepada lembut akhlaknya. Inilah hasil ilmu yang membawa seseorang menjadi takut akan Tuhannya.

Dan yang terahir ialah ialah Mim.. (Mulk)[kerajaan], orang yang berilmu akan diberikan kerajaan oleh Allah Taala, ini sesuai dengan ayat " kerajaan bumi itu diwariskan kepada orang yang mukmin".[QS         ]

Manusia yang memiliki ilmu dikatakan juga  akan di "rajakan" oleh manusia, dengan kata lain  dia akan di ikut oleh kebanyakan manusia. Bukanlah bermakna dia menjadi raja atau sultan di sesebuah negeri, tetapi menjadi raja dihati manusia.

Demikianlah kata guru saya akan kelebihan orang yang berilmu dalam kuliahnya.  Sebab itu, kita sebagai umat Islam, jangan merasa puas untuk belajar, belajarlah walaupun dimana jua. Anda boleh membaca karangan-karangan seperti ini, ianya pasti memberikan satu motivasi kepada kita, untuk terus belajar. Bacalah lagi tafsir-tafsir Al-Qur’an versi bahasa kita sendiri. Sungguh! Cukup menakjubkan huraian ayat per ayat dan surah per surah. Ianya mengandungi keterkaitan antara satu sama lain.
Seperkara lagi yang penting dalam hidup manusia ialah "harta". Tidak ada manusia yang tidak inginkan harta. Lihatlah dunia ini, apakah urusan yang membuatkan ianya menjadi sibuk? Hartalah membuat manusia mundar-mandir, ke sana sini, siang malam, sampai adakalanya manusia bergaduh dan saling ingin membunuh hingga terbunuh, dek kerana harta.

Berkenaan dengan hal ini, ada pertanyaan tentang perbezaan antara ilmu dan harta. Dizamannya Saidina Ali, beberapa orang berkumpul untuk menguji ilmu Saidina Ali. Setelah berbincang, mereka akhirnya mengumpul 1 soalan untuk ditanyakan kepada Saidina Ali. Sedangkan orang yang bertanya itu berbeza-beza.Orang pertama datang bertanya soalan itu, kemudian berlalu pergi, begitulah orang kedua, ketiga bahkan sampai 40 orang.

Berikut adalah antara jawapan yang diberikan oleh Saidina Ali.

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.
3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.
4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.
6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.
8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.
10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.[]




[1] Tuntut :

Read more »