Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

iKON wHATSAPP

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Tuesday, November 5, 2013
>>>>>>>>:::<<<<<<<<
_Perintah dan saranan Allah Taala supaya manusia menuntut ilmu sangat jelas di dalam Al-Qur’an.  Majoriti Ulama berpendapat ayat pertama yang turun adalah ayat "Iqra". (Bacalah) Tempat turunnya ayat ini di Gua Hirak.Ayat yang paling awal ini merupakan perintah supaya manusia membaca atau dengan kata lain belajar. Tersirat, bahawa ilmu itu sangat penting bagi manusia.

Letaknya titik perbezaan antara manusia yang cerdik dan tidak adalah pada ilmunya. Begitu juga tahap kesedaran seseorang, pun tergantung sejauh mana pengetahuan dan maklumat yang dia miliki. Sebagai contoh, budak kecil tidak takut pada ular yang berbisa, kerana ilmu atau maklumat yang dia ada tentang ular sangat terbatas, sedangkan orang dewasa, jangankan duduk dekat dengan ular, mendengar sahaja “ular tedung”, boleh jadi ada yang meremang bulu roma.

Islam mengajar kita sebagai penganutnya “ilmu” itu mesti dituntut.Penggunaan kalimat “tuntut” pun mempunyai makna yang tersirat. Ibarat orang berhutang dengan kita, tiba saat yang dijanjikan, dia tidak menjelaskan hutang tersebut, maka kita boleh menuntutnya kembali. Ada yang mengartikan perkataan "menuntut" memberi makna kita hendaklah mendapatkan sesuatu yang ianya adalah milik kita[1].

Kalimat “ilmu”, jika di tulis dalam tulisan Arab, ianya mengandungi tiga huruf, iaitu "Ain, Lam dan Mim". Seorang guru saya yang  bernama Drs.Tarmizi Dahmi dari Aceh Selatan ketika mencurahkan ilmu beliau di malam pengajian dirumahnya berkata :

Apabila seseorang menuntut ilmu, dan berhasil pula mendapat ilmu, maka dia akan memperolehi 3 perkara. Yang pertama Ain 'Ali, kedua Lam, Lathief dan ketiga Mim… Mulk
Bukankah tuhan pernah berfirman :
[
                                                      ] [ QS Al-Mujadilah ayat 11]

"Allah Taala mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu akan beberapa darjat"

Pertama “Ain”, dikatakan seolah-olah ringkasan dari ‘Aali’ , membawa makna tinggi. Ini seakan mengambarkan bahawa orang yang berilmu, akan ditinggikan kedudukannya disisi masyarakat. Ketinggian ilmunya berbanding orang lain membuatkan masyarakat memilihnya untuk menjabat jawatan itu dan ini. Orang yang berilmu juga akan dipandang tinggi tarafnya oleh orang lain, sampailah dia meninggal dunia. Lihatlah guru atau cikgu, sampai bila-bila pun namanya tetap melekat dengan gelaran cikgu. Itulah sebuah penghormatan dari masyarakat.

Huruf kedua Lam... membawa makna Lathief. Lathief maknanya lembut. Penuntut ilmu akan mewarisi sifat dan tingkah laku lemah-lembut, ini sesuai dengan akhlaknya Nabi. Tidak kasar. Sabda Nabi :

Dan janganlah kamu berkasar dengan manusia, kelak mereka akan lari daripadamu

Orang yang dikatakan berilmu, tetapi masih memiliki sikap kasar, keras pada bukan tempatnya, maka seolah ilmu itu belum lagi benar-benar menyerap dalam dirinya kerana ilmu itu sifatnya, merubah seseorang dari kasar kepada lembut akhlaknya. Inilah hasil ilmu yang membawa seseorang menjadi takut akan Tuhannya.

Dan yang terahir ialah ialah Mim.. (Mulk)[kerajaan], orang yang berilmu akan diberikan kerajaan oleh Allah Taala, ini sesuai dengan ayat " kerajaan bumi itu diwariskan kepada orang yang mukmin".[QS         ]

Manusia yang memiliki ilmu dikatakan juga  akan di "rajakan" oleh manusia, dengan kata lain  dia akan di ikut oleh kebanyakan manusia. Bukanlah bermakna dia menjadi raja atau sultan di sesebuah negeri, tetapi menjadi raja dihati manusia.

Demikianlah kata guru saya akan kelebihan orang yang berilmu dalam kuliahnya.  Sebab itu, kita sebagai umat Islam, jangan merasa puas untuk belajar, belajarlah walaupun dimana jua. Anda boleh membaca karangan-karangan seperti ini, ianya pasti memberikan satu motivasi kepada kita, untuk terus belajar. Bacalah lagi tafsir-tafsir Al-Qur’an versi bahasa kita sendiri. Sungguh! Cukup menakjubkan huraian ayat per ayat dan surah per surah. Ianya mengandungi keterkaitan antara satu sama lain.
Seperkara lagi yang penting dalam hidup manusia ialah "harta". Tidak ada manusia yang tidak inginkan harta. Lihatlah dunia ini, apakah urusan yang membuatkan ianya menjadi sibuk? Hartalah membuat manusia mundar-mandir, ke sana sini, siang malam, sampai adakalanya manusia bergaduh dan saling ingin membunuh hingga terbunuh, dek kerana harta.

Berkenaan dengan hal ini, ada pertanyaan tentang perbezaan antara ilmu dan harta. Dizamannya Saidina Ali, beberapa orang berkumpul untuk menguji ilmu Saidina Ali. Setelah berbincang, mereka akhirnya mengumpul 1 soalan untuk ditanyakan kepada Saidina Ali. Sedangkan orang yang bertanya itu berbeza-beza.Orang pertama datang bertanya soalan itu, kemudian berlalu pergi, begitulah orang kedua, ketiga bahkan sampai 40 orang.

Berikut adalah antara jawapan yang diberikan oleh Saidina Ali.

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.
3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.
4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.
6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.
8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.
10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.[]




[1] Tuntut :

0 comments:

Post a Comment

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada