Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

iKON wHATSAPP

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Saturday, November 16, 2013
Dengan tersebarnya surat ini,beberapa persepsi yang dapat dibuat oleh orang ramai. Yang jelas ramai yang tidak berapa setuju, kerana tindakan ini seolah bertolak belakang dari kehendak agama yang di anuti oleh kita semua.

Admin mempunyai persepsi positif, kemungkinan besar penghantar surat dan keluarga mempunyai satu amalan yang jauh lebih baik dari amalan umum atau awam yang ada di sekolah. Amalan-amalan orang awam itu dimana-mana membaca Yasin pada tiap malam Jumaat, di Malaysia dan Indonesia amnya turut mengamalkan amalan ini dimasjid-masjid surau,langgar, madrasah,balaisaf dan dimana-mana hatta di mess-mess pelajar sekalipun.

Amalan khusus ada yang di amalkan oleh sebilangan orang-orang tertentu seperti membaca surah Al-Mulk pada tiap malam sebelum tidur, membaca Surah Sajdah atau Yasin secara sirr pada setiap malam,atau surah Al-Insan tiap hari selepas subuh. Ini dikira amalan khusus dan zikir-zikir tertentu yang datangnya dari syeikh atau mursyid yang dikira berada dijalan yang benar.

Jikapun, pembaca mempunyai amalan yang terbaik dari semua amalan yang diamalkan majoriti masyarakat hari ini,admin menasihat usahlah membuat surat seperti ini,sebaliknya duduk sajalah dalam majlis itu secara jasad,kerana ini menghormati amalan orang lain. Takde masalah kalau tak mahu baca Yasin.Buat-buat mulut bergerak sahaja, orang pun bukan tahu apa kita baca.Kerana kita hantar anak ke sekolah yang majoritinya anak-anak orang Islam bersekolah, mungkin mereka tak pernah baca Yasin pun dirumah jika tak ada amalan seperti ini disekolah.

Laporan Akhbar beberapa tahun lepas pernah menyiarkan,rahsia pelajar mendapat 8A dalam SPM,pun antaranya kerana berkat membaca Surah Yasin. Amat elok rasanya jika sesekali kita relate kan dengan Ayat Al-Quran surah al-an am ayat 125. yang bererti: "Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit.

Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Mafhumnya, barangsiapa yang Allah Taala ingin jadikan dia mendapat kebaikan,yakni petunjuk,Allah Talaa lapangkan dadanya untuk menerima Islam dan segala amalan yang terkandung didalam ajarannya. Perhatikan lagi hadis Nabi ini: "Barangsiapa yang dikehendaki Allah Taala kepada nya mendapat kebaikan,Allah Taala akan menjadikan dirinya faham agama"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

0 comments:

Post a Comment

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada