Tuesday, November 5, 2013

SEMUA BALIK KAMPUNG

DATANGKU TAK PERNAH MINTA

Siapa pernah minta untuk lahir ke dunia..sila angkat tangan?? Siapa pernah buat tempahan untuk hidup didunia yang penuh susah-payah ini? Bayi dalam perut pun tak mahu keluar, ya kan...kalau dipaksa dia keluar jugak, padahal belum tba masanya, nescaya bermacam-macam masalah akan ia hadapi. Tak cukup oksigen lah, paru-paru tak kuatlah dan macam-macam lagi.

Setelah keluar dari perut maknya, dia menangis sekuat-kuatnya, haha.... memang dia tak mahu keluar....kan saya dah cakap tadi, lihat matanya,  dia masih pejam mata rapat-rapat, tak nak buka pun, setelah dia mak bidan ambil dia, kemudian mandikan, setelah di balut dengan kain lampin dan diletakkan disisi ibunya, barulah dia membuka matanya.

Lahirnya seorang manusia ke dunia nan fana ini, buat menempuh perjalanan hidupnya yang entah ke mana takdir akan membawa dia pergi. Dia belum tahu apa rezkinya, sebanyak mana, siapa dia suatu masa nanti, siapa pasangan hidupnya, bagaimana asam garam mehnah laluannya, dan akhirnya dimana dan bila dia akan meninggal yang fana ini.

Cuba kita fikirkan, setelah susah payah kita hidup didunia ini, lalu akhirnya kita dimatikan... untuk apa semua itu? Hidup nya hanya sementara, penuh susah payah,tak kira apa bangsa dan agama, sedihnya semuanya berakhirnya dengan kematian.

RAYA SUDAH HAMPIR

Manusia mengatakan hartaku, hartaku, padahal dia lupa, bahawa harta dia yang sebenarnya adalah apa yang dia telah makan, pakai dan sedekahkan. Lebih dari itu, semuanya bukan milik dia.


Bila nak raya, maka sibuklah semua orang nak balik raya.
[]
Terlepas dari percaya atau tidak ... hidup ini adalah sebuah medan perjuangan. Perjuangan memerlukan banyak pengorbanan. Berkorban masa, tenaga, waktu dan perasaan. Ini yang paling hebat, berkorban perasaan. Banyak masalah yang datang menimpa orang lain, adakalanya kita sendiri tidak sanggup, jika mahu dituangkan masalah itu pada kita. Melihat sahaja sudah runtun dan robek hati kita, apalagi menanggugnya dengan penuh perasaan. Namun, apakan daya kita sebagai manusia, masalah itu datang tanpa kita undang. Namanya tamu tak diundang.

Masalah, ianya tak ubah seperti pantai dan ombak. Kadang mengbadai perlahan, kekadang menghempas laju, kuat dan hebat. Yah....seperti itulah masalah dalam hidup ini.

Lewatilah setiap masalah dengan bergantung padaNya, hantarkan laporan kesusahan batinmu padaNya. Dia Maha Mendengar dan sedang memerhatikanmu. Tidak diberikan masalah, kecuali yang mampu kita tanggung.

FirmanyaNya [         ] La yukallifullah hu anfsan illa wus a'ha.

Artinya "Tidak diberikan bebanan kepada kamu, melainkan yang masih mampu kamu hadapi.
Saudara, adik kakak, ada satu kisah yang diceritakan oleh guru saya. kisah ini diceritakan ketika saya dan rakan-rakan dari Malaysia belajar di rumah beliau, tepatnya di Banda Aceh, Darussalam.


 

No comments:

Post a Comment