Monday, December 23, 2013

Buletin Kedua Kaunselor

Perutusan dari Admin Blog Kembara Hidup
(http://norish77.blogspot.com)

Assalamualaikum wr wbt semua kaunselor dan Guru Bimbingan yang baru mahupun yang lama dalam dunia kaunseling.

Kita berada di ambang 2014. Sehari demi sehari kita lewati hidup ini, begitu cepatnya masa berlalu,pagi sudah bertukar tengah hari, petang pun sedang hadir...akhirnya malam lagi. Kadang-kala tak kita sedari, masa begitu cepat berlari.. Syukur... kita masih bernyawa, masih ada sisa hidup untuk kita hari ini. Esok atau lusa, tahun ini atau tahun hadapan, itu belum tentu.

Apapun,sebagai seorang hamba kepada Khalik, kita sangat merasa bersyukur, kerana sisa hidup yang masih ada, kita boleh teruskan agenda perjuangan hidup ini.

Ya,hidup ini tidak statik, sebagai manusia kita perlu sentiasa berubah dan berubah, upgrade diri istilahnya. Kalau melihat kepada gadjet telefon hari ini,hampir setiap bulan ada sahaja design yang baharu, begitu kita sebagai kaunselor atau guru bimbingan, apa salahnya kita terus melakukan perubahan diri. Biar orang melihat kita sebagai qudwah hasanah, atau contoh, atau sampel Guru Bimbingan yang baik.

Dari sehari ke sehari, kita mampu menambah kemahiran dan penampilan diri.Tidak statik selamanya. Begitu begitu terus dengan cara seperti baru mula-mula posting. Member jauh dan dekat tak nampak perbezaan kita, sedangkan kita punya facebook, nah, apalagi..gunakan fb sebagai media untuk mengiklankan siapa dirimu. Ayuh...upgrade dirimu,apa salah korbankan sedikit masa dan harta,jika itu menambah  "umph" bagi diri mu.

Admin telah mula belajar Adobe Photoshop, sanggup membeli buku, DVD ratusan ringgit bahkan menghadiri Bengkel. terkini admin mencari sifu adobe Ilustrator, seronok dapat mengubah diri menjadi "aku yang lain" dan rasa ingin terus membuat penambahan diri.

Admin mahu para sahabat turut membuat "rebonding" diri, belajar membuat penampilan yang lebih baik dan sistematik. Belajar menampung segala kekurangan diri.Biarlah orang bercakap, bahawa kita adalah manusia yang boleh dicontohi. Kalau orang lain boleh maju, kenapa tidak dengan kita?

Dalam hal ini, kita belajar "menghargai" diri.Kita yang meletakkan diri kita lebih berharga dari semalam.Saya tahu anda bukan menjadikan pujian sebagai objektif kerja, tetapi anda tak bisa pungkiri, bahawa segala kritikan buat anda cukup pahit bukan? Nah kalau begitu, segala pujian adalah hal yang manis buat mu kendatipun bukan itu yang kau mahu.

Kalau kawan-kawan yang lain sudah memiliki Whatsapp, Blog, instagram bahkan ada yang menambah kilogram.. Kalau kita juga ingin menjadi pengusaha kecil-kecilan, apa salahnya? Kan agama menganjur kita menjadi umat yang kaya raya.Umat yang berjaya dan bahagia, boleh membantu orang lain.

Dalam hal ini saya ingin menghargai kawan-kawan yang sudi mempelajari membina laman blog dan telah pun menjadikan ianya sebagai satu kerja anda.

Adapun hal yang boleh anda update diri ialah, kalau dulunya anda tak punya telefon bimbit, tetapi sekarang sudah pun memilikinya, apa salahnya mencuba android, memasang perisian internet yang mana anda boleh berhubung dengan rakan kaunselor lain. Belum masanya untuk anda mengatakan saya tak tahu lah hal-hal itu.Ingat anda masih muda.Waktu untuk anda mengatakan tak "doyan" tak minat dengan hal itu ialah nanti, nanti ketika anda berusia 60 tahun ke atas. Itu masanya anda tumpukan urusan lain.

Yang kedua, kalau dulu membina laman web itu cukup susah, tetapi sekarang sudah mudah. Semudah AB dan C. Tinggal mahu belajar sahaja. Saya ada page khusus untuk tutorial buat blog bagi yang berminat. Selain itu, ada yang membina laman facebook PRS sekolah dan unit Bimbingan dan Kaunseling.Tergantung masing-masing rezeki.

Yang ketiga, jika anda mahir menggunakan perisian komputer, itulah tanda anda hebat dan bernilai. Namun jika anda sudah merasakan seperti orang-orang level 50-an, maka anda silap. Anda boleh belajar sebenarnya, lewat youtube atau bertanya pada yang sudi.Belajarlah mengendali excel, power point, bagaimana menambah video dalam persembahan slaid anda.Kalau boleh belajar juga publisher. Lebih tinggi maqamnya sedikit ialah Photoshop dan Ilustrator.

Yang keempat,  jika anda mahir membuat web sendiri dan upload nya lewat FTP, pihak sekolah amat-amat merasa bangga dan bertuah dengan insan seperti anda. segala maklumat boleh sampai hanya dengan beberapa kali sentuhan pada keyboard.Wah...anda kini sudah cukup lumayan hebat.

Yang kelima, hadirlah ke seminar-seminar yang berprestij tinggi, seperti mempelajari NLP, Kaunseling Keluarga, dan tambahlah ilmu dengan buku-buku bacaan yang anda suka. Op..jangan lupa tambah ilmu agama. Walaupun anda ada kelulusan agama, tetapi penulisan orang lain sememangnya tidak sama dengan gaya anda. Anda boleh ambil teknik penyampaian mereka untuk "menghargai" diri anda.

Demikianlah apa yang dapat saya "sharing" ketika kita berada di ambang tahun 2014.Sama-sama kita telusuri jalannya... Dan jangan lupa sentiasa berdoa, terutama ... wa qina syarra maa qhodait... dan jauhkalah kami dari ketentuan Mu yang Ya Allah yang tak baik bagi diriku.




Sekian,salam hormat dari Admin.Selamat menyambut 2014.Selamat Jalan 2013.

 

No comments:

Post a Comment