Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Scanner Cara Murah, Tapi Macam Mahal

Cara Murah, Tapi Macam Mahal. Scan Kehadiran dengan QR Code di jam yang cikgunya buat sendiri https://www.facebook.com/amazingfingerprint/vi...

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Saturday, January 25, 2014
KUCHING, 26 JAN 2014. Seramai 16 orang guru Bimbingan dan Kaunseling termasuk seorang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Cik Habsah Sahari telah menghadiri bengkel PHOTOSHOP selama 4 jam setengah. 

Bengkel ini diadakan di SK Encik Buyong yang mana dianjurkan oleh Puan Linora Asyikin sebagai Guru Kaunseling sekolah tersebut. Peserta yang hadir dari pelbagai daerah.

Penceramah jemputan ialah En.Noorhisham Hamzah,JU ICT Kaunseling Selangor. Penceramah berkongsi cara membuat banner,bunting,animasi, header web dan beberapa teknik menyolek wajah seseorang dengan photoshop.

Para peserta merasa puas hati dan berkeyakinan untuk mencuba mengguna ilmu yang dipelajari. Program Akan datang di Manjung. 2 Feb 2014.
Tuesday, January 21, 2014
Panggilan atau ajakan pertama yang muslim dengar (ketika diazankan sewaktu baru saja dia dilahirkan) ialah hayya 'alas solah, hayya 'alal falah. Marilah solat (bina hubungan dengan Tuhan yang Esa, dengan cara menyembahNya), Marilah menjadi manusia yang BERJAYA.

Saya tambah lagi, copy dari buku Dr.Azizan, Mari kita jadi manusia yang KAYA dan BERJAYA. Kaya di DUNIA, sehingga boleh bantu diri sendiri dan orang lain. Tidak salah menjadi orang yang KAYA dan BERJAYA.Jangan salahkan kekAYAan kalau seseorang tidak menunai hak-hak Allah SWT.

Kaya ILMU, akan membawa kepada kaya IMAN, kaya iman akan membawa kepada kaya AMAL. Orang yang MISKIN ILMU, imannya kurang, amalnya apa lagi.Sebab itu Nabi berpesan (kaadal faqru an yakuuna fuqran) adalah sangat2 dekat orang yang faqir itu menjadi kafir.Masya Allah. Faqir wang satu hal, faqir ILMU apa lagi.

Sungguh ! Kehidupan ini hanya ladang untuk menanam.Akhiratlah tempat menuai. Ad Dunya..Mazra 'atul akhirah.Dunia itu ladangnya bagi akhirat.

Berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekalan menuju akhirat ialah TAQWA.

(Bahan Ceramah Awal Tahun di SRA BSP)
Jumaat 24 Jan 2014

Sunday, January 19, 2014
2 Orang Peserta kali ini, Cikgu Khusairy dan Mohd Alim
Antara yang anda pasti boleh buat.Gambar bertulisan berkelip seperti ini. Mau mau? Gambar seperti ini anda boleh masukkan ke dalam slaid presentation anda dan ianya akan tampil seperti gambar ini, tergantung sejauh mana kreatifnya anda,
Bengkel Photoshop kali ketiga kali ini hanya dengan 2 orang peserta. Namun Bengkel tetap diteruskan.Bagi yang berminat untuk mengikuti bengkel ini boleh hubungi admin di afraima@gmail.com
Thursday, January 16, 2014
Kebanyakkan rakan2 kita yang bank in duit hantar sms kepada saya, "Saya dah bank in duit, cuba semak" Jikalah seorang yang bank in, boleh saya trace siapa, tetapi jika seperti ini
Kerana dalam akaun keluar masuk tidak dinyatakan siapa yang telah bank in.
Jadi seeloknya, sila hantar bukti resit melalui wassap atau emel.Ianya lebih jelas.




Thursday, January 9, 2014
Sememangnya semua orang tahu kecanggihan sistem Photoshop yang boleh mengedit gambar hatta memanipulasi gambar. Cikgu-cikgu yang pandai photoshop boleh buat banner, bunting untuk sekolah sendiri. Dengan imajinasi cikgu yang tinggi.Cikgu tak perlu menghantar ke kedai kerana ianya mengambil masa yang lama.

Selain itu, dengan photoshop juga anda boleh buat kulit majalah, mencantikkan laporan anda. Bagi yang berminat mendapat wang tambahan, anda boleh mengguna kepakaran ini untuk mencari wang sampingan.

Saya akan mengajar anda teknik mengguna photoshop asas.Akan akan boleh membuat bunting, banner, header website, gambar animasi (bergerak) dan gambar ini anda boleh pindahkan ke dalam power point anda semasa persembahan slaid.Apakah anda tidak teruja?

Kos orang ambil RM350.00 perkepala. Saya hanya ingin anda bayar RM100.00 sahaja. Tempoh 4 jam setengah. Tutorial juga akan saya berikan jika diperlukan secara online jika sudah menghadiri Bengkel bersama saya,
Surah An-Nahlu : 78
Dan Allah (telah) mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa.Dan Dia menjadikan bagimu pendengaran dan mata dan hati,mudah-mudahan kamu menjadi hamba yang bersyukur.

Adik-adik sekalian, sebagai manusia kita memang dilahirkan dalam keadaan tidak tahu apa-apa. Tidak kenal huruf ABC, 123, Alif Ba' Ta dan seterusnya. Semua manusia sama, tidak ada orang yang dilahirkan terus berjaya atau gagal. Namun kita boleh berusaha, untuk mencapai impian kita.

Adik-adik semua, apa impian anda? Cuba renung sekejap. Mungkinkah anda ingin menjadi manusia yang kaya dan berjaya? Betul? Kalau betul, kita perlu tahu pula cara-cara untuk berjaya.

Meniru adalah salah satu cara untuk berjaya, tiru orang cemerlang untuk menjadi cemerlang.Tiru orang hebat untuk menjadi hebat. Lihatlah di sekeliling anda,siapa orang yang anda anggap dia hebat, berjaya, maju dan sangat membanggakan. Tirulah cara dia buat kerja sekolah, tirulah cara dia belajar, bertanya dan sebagainya. Ambil yang baik, yang tak baik jangan kita tiru.

Kita dari kecil pun pandai bercakap kerana kita meniru mak ayah abang kakak kita bercakap. Kita pandai makan pun sebab kita tiru mereka.Akuilah kelemahan kita sebagai insan yang dhaif.Namun disebalik kedhaifan kita disisi Tuhan, kita adalah khalifah di muka bumi yang boleh menjadi pentadbir bumi.

Salam ceria.

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada