Saturday, January 25, 2014

Bengkel Photoshop di Kuching Untuk Guru

KUCHING, 26 JAN 2014. Seramai 16 orang guru Bimbingan dan Kaunseling termasuk seorang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Cik Habsah Sahari telah menghadiri bengkel PHOTOSHOP selama 4 jam setengah. 

Bengkel ini diadakan di SK Encik Buyong yang mana dianjurkan oleh Puan Linora Asyikin sebagai Guru Kaunseling sekolah tersebut. Peserta yang hadir dari pelbagai daerah.

Penceramah jemputan ialah En.Noorhisham Hamzah,JU ICT Kaunseling Selangor. Penceramah berkongsi cara membuat banner,bunting,animasi, header web dan beberapa teknik menyolek wajah seseorang dengan photoshop.

Para peserta merasa puas hati dan berkeyakinan untuk mencuba mengguna ilmu yang dipelajari. Program Akan datang di Manjung. 2 Feb 2014.
 

No comments:

Post a Comment