Tuesday, February 25, 2014
Monday, February 24, 2014
BERANI HIDUP LUAR BIASA
Manusia sebenarnya selesa dengan cara hidup biasa-biasa. Cara hidup biasa ini tidak banyak cabaran. Graf hidupnya statik dan tidak banyak berubah.
Dari segi gajinya biasa-biasa sahaja. Cukup makan dan sara hidup setiap bulan. Dari
cara bekerjanya biasa-biasa sahaja. Keluar rumah waktu pagi dan balik waktu
petang.
Inilah yang umum dilakukan
oleh manusia biasa. Namun ada orang berfikiran, sampai bila dia akan hidup cara
sebegitu. Gaji bulan ini habis bulan ini. Andainya bulan depan dia tidak
bekerja dan tiada gaji,maka dia seperti orang yang tidak punya apa-apa.
Lalu dia berfikir dan ingin
naik ke taraf yang lebih tinggi. Ingin mempunyai gaji yang besar, kenderaan
yang bagus dan segala keinginan dirinya dan keluarga tercapai.
Lalu dia merancang untuk
keluar dari cara hidup biasa ke arah cara hidup luar biasa.
Rupanya bukan mudah untuk
melalui setiap anak tangga. Banyak cubaan yang kadang-kadang boleh mematahkan
semangat, namun disebabkan keinginan yang kuat, dia tempuhi jua.
Manusia pertama pencipta
bernama Thomas Edison pernah berkata, “kejayaan itu dicapai dengan 1 perseratus
keinginan dan 99 peratus usaha”Untuk hidup cara luar
biasa, kita mesti berani berubah, berani bertindak luar biasa. Maksudnya berani membuat
tindakan diluar dari kebiasaan.
Kejayaan
Dalam Akademik
Dalam akademik, jika kamu ingin kejayaan
yang cemerlang, contohnya mendapat 5A dalam UPSR,
kamu mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh. Bak kata Dr.Shukri, “Kejayaan
yang luar biasa itu datangnya dari usaha yang luar biasa”.
Kita perlu berfikir dan
mengambil keputusan demi masa depan kita sendiri. Baik buruk, bahagia, derita
kita adalah akibat ulah perbuatan kita sendiri.
Siapa mahu hidup susah?
Cuba angkat tangan. Ada? Pastinya orang yang normal tidak mahu sama sekali.
Baik susah semasa dewasa nanti, atau ketika sudah menginjak zaman orang tua
atau lebih jauh lagi, susah ketika berada di dalam kubur dan akhirat nanti.
Untuk itu, kita mesti
paksakan diri untuk menyelamat diri kita. Sebagaimana kita datang ke dunia
hanyalah seorang diri, keluar dari perut ibu seorang diri, begitulah kita akan
pergi satu masa nanti seorang seorang diri.
Kita mesti pandang jauh ke
depan. Bukan sekadar mahu hidup senang di sini (dunia) sahaja, bahkan di sana
juga. Peluang yang datang hanya sekali sahaja.Ianya tak akan berulang lagi.
Jika kamu sudah berusia 13
tahun, umumnya kita semua akan pergi ke sekolah menengah, menangis macam mana
sekalipun masa tidak akan dapat membawa kita kembali ke zaman lampau.
Sungguh rugilah
orang-orang yang telah mensia-siakan nikmat hidup. Sedangkan orang yang sudah
meninggal, jika ditanya apakah mereka ingin hidup kembali untuk menebus dosa
mereka, pastinya semua mereka mahu hidup semula.
Guru-guru hanyalah
pembimbing kita, mereka tidak boleh menyelamat kita.
Sewaktu kita berada dalam
dewan peperiksaan, kita sendiri yang berdepan dengan soalan. Tiada siapa yang
boleh menolong. Begitulah ketika manusia berdepan dengan Malaikat di dalam
kubur yang bertanya soalan, tiada siapa pun yang mampu menolong kita.Samalah dengan Nabi,
mereka juga hanya pembimbing, mahu atau tidak ikuti ajaran mereka, itu
tergantung pada kita.
Tuhan telah memberi kepada
manusia anugerah akal yang sangat mahal nilainya. Kerana akallah, manusia
berbeza dari makhluk lain, kerana akalnya manusia boleh terbang tinggi dengan
pesawat di udara, kerana akal manusia mampu sampai ke angkasa raya, bahkan
turun ke lautan yang dalam.
Buletin kali ini ingin
mengajak anak-anak semua untuk berani hidup berubah,TIDAK SELESAAda satu keadaan yang akan
kita lalui apabila kita memutuskan untuk hidup luar biasa. Keadaan itu adalah
kurang selesa.
Keadaan ini sebenarnya
tidaklah lama, kita perlu bersabar sehingga kita semakin merasa agak selesa
dengan keadaan baru.
Selain itu, para pelajar
yang ingin berjaya, kita perlu berkorban untuk mencapai kejayaan.
Masa bermain-main perlu
dikurangkan, banyakkan membuat latih tubi, perbanyakkan latihan matematik,
sains dan soalan-soalan lain.
Banyakkan membaca. Pada
waktu petang isilah dengan beriadah. Pelajar cemerlang tidak memisahkan dirinya
dari aktiviti bersukan.Kerana dengan bersukan,
otak menjadi cergas, badan sihat,ingatan pun semakin kuat.Kita perlu berkorban masa
untuk membaca buku-buku, percayalah orang yang rajin membaca, dia akan
mempunyai banyak ilmu. Ilmu lah yang menaikkan dirinya di mata orang lain.Sebagaimana belon naik
kerana isinya dan bukan kerana warnanya.Salam Maju Jaya.
Sunday, February 23, 2014
Saturday, February 22, 2014
Tuesday, February 18, 2014
Monday, February 17, 2014
Apa yang Cikgu Haslinda Paparkan di Blognya
Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 2014
Gambar sebelum ...
Gambar selepas
*************************************************************
Gambar sebelum
Gambar selepas
Ok tak pemandangan baru ni...terima kasih kepada cikgu hisham atas sumbangan memerihkan sudut pintu bilik ubk kami...apa lagi anak2 smkku jgn lupa singgah tgk perubahan baru ini....
terima kasih kpd prs amirul akmal dan suhen yg menolong cikgu2 tadi...
selamat datang juga buat kaunselor baru Pn Mazdalina ke SMK Kajang Utama...
Tahniah kpd Pn Zuriyati dengan persembahan mantap untuk perjumpaan ibu bapa hari ini...
Friday, February 14, 2014
Thursday, February 6, 2014
Dugaan Menjadi Insan Luar Biasa
Program Dalam Agenda
14 Feb SK Persint 11/3 Putrajaya
15 Feb SK Dusun Tua
26 Mac TOT ELAS
27 Mac Lawatan ke Aceh
Mei .. Lawatan ke Balik Papan
Wednesday, February 5, 2014
Monday, February 3, 2014
Kisah Sang Kambing
Dalam pengembaraan ini saya bertemu dengan guru yang beliau bolehlah disifatkan sebagai ulama kecil-kecilan. Beliau ialah Bapak Tengku Tarmizi Dahmi. Satu hari ketika menghuraikan sepotong ayat Al-Qur'an dari Surah Al-Hadid ayat 20
Beliau bercerita, pada ketika dahulu ada seekor kambing yang tinggal sendirinya,ia berada pada musim kemarau yang sangat panas, sehingga kulit bumi pun merekah lantaran kepanasan yang amat sangat, seekor kambing kehabisan bekalan makanan, tak punya stok untuk dimakan, lalu dia berhijrah dari tempat itu, menempah nasib baru, untung-untung ada rezeki buat nya di tempat yang lain.
Maka berjalanlah sang kambing ini melalui beberapa buah kampung sehingga melintasi dua bukit. Penatlah ia melalui bukit, menempuh kepanasan dan kehausan, akhirnya turun ke bukit ke dia bertemu dengan sebuah kebun. Rupanya kebun ini baru ditinggalkan sang petani.Tak hairanlah ada tumbuhan yang masih subur dan segar. Namun
Ketahuilah olehmu, bahawasanya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Mantapkan Program Tahun ini dengan meng"upgrade" diri sendiri
Kisah Sang Kambing 
Dalam pengembaraan ini saya bertemu dengan guru yang beliau bolehlah disifatkan sebagai ulama kecil-kecilan. Beliau ialah Bapak Tengku Tarmizi Dahmi. Satu hari ketika menghuraikan sepotong ayat Al-Qur'an dari Surah Al-Hadid ayat 20Beliau bercerita, pada ketika dahulu ada seekor kambing yang tinggal sendirinya,ia berada pada musim kemarau yang sangat panas, sehingga kulit bumi pun merekah lantaran kepanasan yang amat sangat, seekor kambing kehabisan bekalan makanan, tak punya stok untuk dimakan, lalu dia berhijrah dari tempat itu, menempah nasib baru, untung-untung ada rezeki buat nya di tempat yang lain.
Maka berjalanlah sang kambing ini melalui beberapa buah kampung sehingga melintasi dua bukit. Penatlah ia melalui bukit, menempuh kepanasan dan kehausan, akhirnya turun ke bukit ke dia bertemu dengan sebuah kebun. Rupanya kebun ini baru ditinggalkan sang petani.Tak hairanlah ada tumbuhan yang masih subur dan segar. Namun
Ketahuilah olehmu, bahawasanya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Saturday, February 1, 2014
Pada suatu hari ahli kumpulan MLM menghadiri satu kursus di Kota Bharu, motivator jemputan ialah seorang lelaki berbangsa Cina. Dalam sesi perkenalan, seorang lelaki Melayu dijemput tampil ke hadapan untuk memperkenalkan diri.
Motivator itu lantas bertanya, “Siapa nama kamu? Hasan jawabnya. Bapamu? Salleh jawabnya lagi.Siapa nama datukmu, ”hmmmmm” agak lambat sedikit dia hendak menjawab..Waahab..jawabnya dengan agak perlahan sedikit. Siapa nama ayah pada atukmu? Sampai disini, lidah dia kelu tak boleh menjawab.
"Tak tahu? Apalah kamu ni kata motivator itu, nama ayah atuk sendiri pun tak tahu”. Kata motivator itu.
“Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati (meninggal) tinggalkan nama”Ini nama pun tidak ada !
Para hadirin terkejut semua. Wah..kalau begitu, saya pun sama, bisik peserta yang lain. Kisah ini mengingatkan kita,bahawa pada suatu saat nanti, kita akan pergi dari muka bumi ini. Nah..mungkin kita masih diingati dan disebut orang untuk beberapa waktu, mungkin anak cucu kita masih mengenali siapa kita jika kita punya anak dan cucu. Tapi, mungkinkah anak kepada cucu dan cicit kita mengenali siapa kita?
Apakah masih ada orang yang menyebut-nyebut nama kita lantas menghadiahkan bacaan Al-Fatihah atau doa-doa tertentu untuk kita di sana? Belum tentukan?
Kenapa Nabi Muhammad SAW nama beliau ada sampai hari ini? Kenapa nama sahabat beliau masih disebut-sebut orang? Kenapa Mahatma Gandhi masih diingat orang?
Jawapannya, kerana mereka semua punya jasa yang besar atas dunia ini sebelum mereka pergi.Padahal usia mereka pun bukanlah panjang sangat. Nabi Muhammad sendiri hanya 63 tahun. Oleh itu, jom kita menjadi manusia yang baik dan taburkanlah kebaikan, taburlah jasa kita ke serata alam, mudah-mudahan orang akan mengingati kita suatu saat nanti ketika kita tiada lagi.
Jangan jadi manusia yang hanya ingin hidup sendiri dan menyendiri. Kerana kita memang sangat memerlukan bantuan orang lain satu saat nanti. Sekaya apa pun manusia, dia pasti memerlukan pemandu keretanya, dia pasti inginkan makanan, pakaian dan segala kemudahan-kemudahan lain. Tak mungkin dia boleh melakukan itu semua,buat baju sendiri,cipta telefon bimbit sendiri, masak sendiri, tanam sayuran sendiri dan tak mungkin. Dia pasti perlukan bantuan dari para petani.
Oleh itu,hidup ini jangan sombong. Merendah dirilah dihadapan siapapun yang kamu kenali. Taraf diri kita tak lebih dari berada di hujung tapak kaki orang lain.
Perhatikan kepala kita sewaktu kita sujud dalam solat berjamaah, kepala kita berada di hujung telapak kaki orang di hadapan kita. Itulah taraf kita sebenarnya. Gelaran-gelaran yang mulia hanyalah pemberian sesama manusia.Kelak ketika kita meninggal, orang tidak lagi panggil kita Yang Berhormat, tetapi tukang mandian mayat berkata, tolong usung mayat itu ke mari.Nama kita sudah pun bertukar lagi.
Kenderaan kita pun bertukar lagi.Jika awal waktu kelahiran, tangan bidan merupakan kenderaan awal kita,sebelumnya perut ibu yang membawa kita ke mana-mana,kemudian setelah boleh berjalan,kenderaan mainan lah kenderaan kita, kemudian bahu ayah kita, kemudian setelah dewasa kenderaan yang kita guna sekarang, kemudian ketika jasad sudah terpisah dari nyawa, bahu orang mukmin menjadi kenderaan kita dan akhir sekali di akhirat kelak, kenderaan di padang mahsyar bagi orang yang melakukan ibadah korban di dunia. Mereka berkorban apa saja demi agama, bukan sekadar seekor kambing setahun sekali, malah mereka berkorban jiwa dan raga, harta dan perasaan yang satu-satunya.Subhanallah
Harimau Mati Tinggalkan Belang
Pada suatu hari ahli kumpulan MLM menghadiri satu kursus di Kota Bharu, motivator jemputan ialah seorang lelaki berbangsa Cina. Dalam sesi perkenalan, seorang lelaki Melayu dijemput tampil ke hadapan untuk memperkenalkan diri.
Motivator itu lantas bertanya, “Siapa nama kamu? Hasan jawabnya. Bapamu? Salleh jawabnya lagi.Siapa nama datukmu, ”hmmmmm” agak lambat sedikit dia hendak menjawab..Waahab..jawabnya
"Tak tahu? Apalah kamu ni kata motivator itu, nama ayah atuk sendiri pun tak tahu”. Kata motivator itu.
“Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati (meninggal) tinggalkan nama”Ini nama pun tidak ada !
Para hadirin terkejut semua. Wah..kalau begitu, saya pun sama, bisik peserta yang lain. Kisah ini mengingatkan kita,bahawa pada suatu saat nanti, kita akan pergi dari muka bumi ini. Nah..mungkin kita masih diingati dan disebut orang untuk beberapa waktu, mungkin anak cucu kita masih mengenali siapa kita jika kita punya anak dan cucu. Tapi, mungkinkah anak kepada cucu dan cicit kita mengenali siapa kita?
Apakah masih ada orang yang menyebut-nyebut nama kita lantas menghadiahkan bacaan Al-Fatihah atau doa-doa tertentu untuk kita di sana? Belum tentukan?
Kenapa Nabi Muhammad SAW nama beliau ada sampai hari ini? Kenapa nama sahabat beliau masih disebut-sebut orang? Kenapa Mahatma Gandhi masih diingat orang?
Jawapannya, kerana mereka semua punya jasa yang besar atas dunia ini sebelum mereka pergi.Padahal usia mereka pun bukanlah panjang sangat. Nabi Muhammad sendiri hanya 63 tahun. Oleh itu, jom kita menjadi manusia yang baik dan taburkanlah kebaikan, taburlah jasa kita ke serata alam, mudah-mudahan orang akan mengingati kita suatu saat nanti ketika kita tiada lagi.
Jangan jadi manusia yang hanya ingin hidup sendiri dan menyendiri. Kerana kita memang sangat memerlukan bantuan orang lain satu saat nanti. Sekaya apa pun manusia, dia pasti memerlukan pemandu keretanya, dia pasti inginkan makanan, pakaian dan segala kemudahan-kemudahan lain. Tak mungkin dia boleh melakukan itu semua,buat baju sendiri,cipta telefon bimbit sendiri, masak sendiri, tanam sayuran sendiri dan tak mungkin. Dia pasti perlukan bantuan dari para petani.
Oleh itu,hidup ini jangan sombong. Merendah dirilah dihadapan siapapun yang kamu kenali. Taraf diri kita tak lebih dari berada di hujung tapak kaki orang lain.
Perhatikan kepala kita sewaktu kita sujud dalam solat berjamaah, kepala kita berada di hujung telapak kaki orang di hadapan kita. Itulah taraf kita sebenarnya. Gelaran-gelaran yang mulia hanyalah pemberian sesama manusia.Kelak ketika kita meninggal, orang tidak lagi panggil kita Yang Berhormat, tetapi tukang mandian mayat berkata, tolong usung mayat itu ke mari.Nama kita sudah pun bertukar lagi.
Kenderaan kita pun bertukar lagi.Jika awal waktu kelahiran, tangan bidan merupakan kenderaan awal kita,sebelumnya perut ibu yang membawa kita ke mana-mana,kemudian setelah boleh berjalan,kenderaan mainan lah kenderaan kita, kemudian bahu ayah kita, kemudian setelah dewasa kenderaan yang kita guna sekarang, kemudian ketika jasad sudah terpisah dari nyawa, bahu orang mukmin menjadi kenderaan kita dan akhir sekali di akhirat kelak, kenderaan di padang mahsyar bagi orang yang melakukan ibadah korban di dunia. Mereka berkorban apa saja demi agama, bukan sekadar seekor kambing setahun sekali, malah mereka berkorban jiwa dan raga, harta dan perasaan yang satu-satunya.Subhanallah
Subscribe to:
Posts (Atom)