Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

iKON wHATSAPP

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Monday, February 24, 2014

Manusia sebenarnya selesa dengan cara hidup biasa-biasa. Cara hidup biasa ini tidak banyak cabaran. Graf hidupnya statik dan tidak banyak berubah.


Dari segi gajinya biasa-biasa sahaja. Cukup makan dan sara hidup setiap bulan. Dari cara bekerjanya biasa-biasa sahaja. Keluar rumah waktu pagi dan balik waktu petang.


Inilah yang umum dilakukan oleh manusia biasa. Namun ada orang berfikiran, sampai bila dia akan hidup cara sebegitu. Gaji bulan ini habis bulan ini. Andainya bulan depan dia tidak bekerja dan tiada gaji,maka dia seperti orang yang tidak punya apa-apa.


Lalu dia berfikir dan ingin naik ke taraf yang lebih tinggi. Ingin mempunyai gaji yang besar, kenderaan yang bagus dan segala keinginan dirinya dan keluarga tercapai.


Lalu dia merancang untuk keluar dari cara hidup biasa ke arah cara hidup luar biasa.


Rupanya bukan mudah untuk melalui setiap anak tangga. Banyak cubaan yang kadang-kadang boleh mematahkan semangat, namun disebabkan keinginan yang kuat, dia tempuhi jua.


Manusia pertama pencipta bernama Thomas Edison pernah berkata, “kejayaan itu dicapai dengan 1 perseratus keinginan dan 99 peratus usaha”Untuk hidup cara luar biasa, kita mesti berani berubah, berani bertindak luar biasa. Maksudnya berani membuat tindakan diluar dari kebiasaan.


 Kejayaan Dalam Akademik

Dalam akademik, jika kamu ingin kejayaan yang cemerlang, contohnya mendapat 5A dalam UPSR, kamu mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh. Bak kata Dr.Shukri, “Kejayaan yang luar biasa itu datangnya dari usaha yang luar biasa”.


Kita perlu berfikir dan mengambil keputusan demi masa depan kita sendiri. Baik buruk, bahagia, derita kita adalah akibat ulah perbuatan kita sendiri.


Siapa mahu hidup susah? Cuba angkat tangan. Ada? Pastinya orang yang normal tidak mahu sama sekali. Baik susah semasa dewasa nanti, atau ketika sudah menginjak zaman orang tua atau lebih jauh lagi, susah ketika berada di dalam kubur dan akhirat nanti.


Untuk itu, kita mesti paksakan diri untuk menyelamat diri kita. Sebagaimana kita datang ke dunia hanyalah seorang diri, keluar dari perut ibu seorang diri, begitulah kita akan pergi satu masa nanti seorang seorang diri.


Kita mesti pandang jauh ke depan. Bukan sekadar mahu hidup senang di sini (dunia) sahaja, bahkan di sana juga. Peluang yang datang hanya sekali sahaja.Ianya tak akan berulang lagi.


Jika kamu sudah berusia 13 tahun, umumnya kita semua akan pergi ke sekolah menengah, menangis macam mana sekalipun masa tidak akan dapat membawa kita kembali ke zaman lampau.


Sungguh rugilah orang-orang yang telah mensia-siakan nikmat hidup. Sedangkan orang yang sudah meninggal, jika ditanya apakah mereka ingin hidup kembali untuk menebus dosa mereka, pastinya semua mereka mahu hidup semula.


Guru-guru hanyalah pembimbing kita, mereka tidak boleh menyelamat kita.


Sewaktu kita berada dalam dewan peperiksaan, kita sendiri yang berdepan dengan soalan. Tiada siapa yang boleh menolong. Begitulah ketika manusia berdepan dengan Malaikat di dalam kubur yang bertanya soalan, tiada siapa pun yang mampu menolong kita.Samalah dengan Nabi, mereka juga hanya pembimbing, mahu atau tidak ikuti ajaran mereka, itu tergantung pada kita.


Tuhan telah memberi kepada manusia anugerah akal yang sangat mahal nilainya. Kerana akallah, manusia berbeza dari makhluk lain, kerana akalnya manusia boleh terbang tinggi dengan pesawat di udara, kerana akal manusia mampu sampai ke angkasa raya, bahkan turun ke lautan yang dalam.


Buletin kali ini ingin mengajak anak-anak semua untuk berani hidup berubah,TIDAK SELESAAda satu keadaan yang akan kita lalui apabila kita memutuskan untuk hidup luar biasa. Keadaan itu adalah kurang selesa.


Keadaan ini sebenarnya tidaklah lama, kita perlu bersabar sehingga kita semakin merasa agak selesa dengan keadaan baru.


Selain itu, para pelajar yang ingin berjaya, kita perlu berkorban untuk mencapai kejayaan.


Masa bermain-main perlu dikurangkan, banyakkan membuat latih tubi, perbanyakkan latihan matematik, sains dan soalan-soalan lain.


Banyakkan membaca. Pada waktu petang isilah dengan beriadah. Pelajar cemerlang tidak memisahkan dirinya dari aktiviti bersukan.Kerana dengan bersukan, otak menjadi cergas, badan sihat,ingatan pun semakin kuat.Kita perlu berkorban masa untuk membaca buku-buku, percayalah orang yang rajin membaca, dia akan mempunyai banyak ilmu. Ilmu lah yang menaikkan dirinya di mata orang lain.Sebagaimana belon naik kerana isinya dan bukan kerana warnanya.Salam Maju Jaya.

0 comments:

Post a Comment

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada