Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

iKON wHATSAPP

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Saturday, February 1, 2014

Pada suatu hari ahli kumpulan MLM menghadiri satu kursus di Kota Bharu, motivator jemputan ialah seorang lelaki berbangsa Cina. Dalam sesi perkenalan, seorang lelaki Melayu dijemput tampil ke hadapan untuk memperkenalkan diri.

Motivator itu lantas bertanya, “Siapa nama kamu? Hasan jawabnya. Bapamu? Salleh jawabnya lagi.Siapa nama datukmu, ”hmmmmm” agak lambat sedikit dia hendak menjawab..Waahab..jawabnya dengan agak perlahan sedikit. Siapa nama ayah pada atukmu? Sampai disini, lidah dia kelu tak boleh menjawab.

"Tak tahu? Apalah kamu ni kata motivator itu, nama ayah atuk sendiri pun tak tahu”. Kata motivator itu.

“Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati (meninggal) tinggalkan nama”Ini nama pun tidak ada !

Para hadirin terkejut semua. Wah..kalau begitu, saya pun sama, bisik peserta yang lain. Kisah ini mengingatkan kita,bahawa pada suatu saat nanti, kita akan pergi dari muka bumi ini. Nah..mungkin kita masih diingati dan disebut orang untuk beberapa waktu, mungkin anak cucu kita masih mengenali siapa kita jika kita punya anak dan cucu. Tapi, mungkinkah anak kepada cucu dan cicit kita mengenali siapa kita?

Apakah masih ada orang yang menyebut-nyebut nama kita lantas menghadiahkan bacaan Al-Fatihah atau doa-doa tertentu untuk kita di sana? Belum tentukan?
Kenapa Nabi Muhammad SAW nama beliau ada sampai hari ini? Kenapa nama sahabat beliau masih disebut-sebut orang? Kenapa Mahatma Gandhi masih diingat orang?

Jawapannya, kerana mereka semua punya jasa yang besar atas dunia ini sebelum mereka pergi.Padahal usia mereka pun bukanlah panjang sangat. Nabi Muhammad sendiri hanya 63 tahun. Oleh itu, jom kita menjadi manusia yang baik dan taburkanlah kebaikan, taburlah jasa kita ke serata alam, mudah-mudahan orang akan mengingati kita suatu saat nanti ketika kita tiada lagi.

Jangan jadi manusia yang hanya ingin hidup sendiri dan menyendiri. Kerana kita memang sangat memerlukan bantuan orang lain satu saat nanti. Sekaya apa pun manusia, dia pasti memerlukan pemandu keretanya, dia pasti inginkan makanan, pakaian dan segala kemudahan-kemudahan lain. Tak mungkin dia boleh melakukan itu semua,buat baju sendiri,cipta telefon bimbit sendiri, masak sendiri, tanam sayuran sendiri dan tak mungkin. Dia pasti perlukan bantuan dari para petani.

Oleh itu,hidup ini jangan sombong. Merendah dirilah dihadapan siapapun yang kamu kenali. Taraf diri kita tak lebih dari berada di hujung tapak kaki orang lain.

Perhatikan kepala kita sewaktu kita sujud dalam solat berjamaah, kepala kita berada di hujung telapak kaki orang di hadapan kita. Itulah taraf kita sebenarnya. Gelaran-gelaran yang mulia hanyalah pemberian sesama manusia.Kelak ketika kita meninggal, orang tidak lagi panggil kita Yang Berhormat, tetapi tukang mandian mayat berkata, tolong usung mayat itu ke mari.Nama kita sudah pun bertukar lagi.

Kenderaan kita pun bertukar lagi.Jika awal waktu kelahiran, tangan bidan merupakan kenderaan awal kita,sebelumnya perut ibu yang membawa kita ke mana-mana,kemudian setelah boleh berjalan,kenderaan mainan lah kenderaan kita, kemudian bahu ayah kita, kemudian setelah dewasa kenderaan yang kita guna sekarang, kemudian ketika jasad sudah terpisah dari nyawa, bahu orang mukmin menjadi kenderaan kita dan akhir sekali di akhirat kelak, kenderaan di padang mahsyar bagi orang yang melakukan ibadah korban di dunia. Mereka berkorban apa saja demi agama, bukan sekadar seekor kambing setahun sekali, malah mereka berkorban jiwa dan raga, harta dan perasaan yang satu-satunya.Subhanallah

0 comments:

Post a Comment

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada