Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Mudahnya dengan Appsheet

Mana-mana murid yang sudah menjawab soalan ujian secara online, dah boleh saya trace di sini saja.

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Monday, April 28, 2014
Gunakan Teknik 3P untuk menyentuh hati manusia. Peserta ini menangis disaat saya minta mereka tampil untuk membuat penghargaan kepada seseorang. Jadikan diri kita insan peduli umat. Prihatin tentang kawan kita.
Gunakanlah teknik puji-pujian untuk menyenangkan hati orang lain. Jauhi kritikan yang tidak membina malah membina rasa permusuhan. Sebagai seorang pemimpin, anda patut sekali mempelajari apa itu 3P. Jangan asal mengkritik tetapi kritikan tidak dapat membantu organisasi anda berada.
Tidak pernah sesekali jatuh atau luruh kemuliaan seseorang dengan sebab dia memuji orang lain. Memuji pekerjanya,orang bawahannya, mengambil tahu dan peduli apa yang sedang mereka laksanakan..Paling tidak dengan senyuman atau menepuk bahu mereka atau menunjuk isyarat "best", "like" dan sebagainya. Banyak cara terkini yang mudah kita aplikasikan.
Ingatlah wahai semua pemimpin, Tuhan sendiri memuji Nabi-nabi Nya.sebagaimana yang terakam dalam Surah Al-Isra : 3 "Innahu kaana abdan syakuuraa". Sesungguhnya dia, yakni Nabi Nuh adalah dari hamba-hambaKu yang bersyukur. Tuhan puji Nabi Nuh.Tuhan Puji Nabi-nabi lain.Padahal siapalah manusia yang kerdil dan tak berdaya jika dibandingkan dengan Tuhan Sang Pencipta. Malah apa yang kita miliki, pun semuanya dariNya.
Lagi Tuhan memuji Nabi Idris.. Dan ingatlah dalam Kitab (ada disebut) tentang Nabi Idris. Sesungguhnya dia adalah Siddiqan Nabiya. (Nabi yang benar)
Inilah antara tanggungjawab besar sebagai seorang pemimpin. Sabda Nabi Muhammad SAW, "Kullukum raain.wa kullukum mas uulun 'ar raiyatih"..(Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya tentang apakah yang telah kamu pimpin). Ke mana arah kamu memimpin manusia, kompas apa yang anda gunakan.
Pemimpin yang memandang dekat, dia hanya inginkan organisasi nya berjaya mencapai target khusus didunia ini, namun pemimpin yang berwawasan jauh sampai ke akhirat, dia inginkan rakyatnya hidup selamat didunia sampai lubang kubur dan akhirat.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari kalangan kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. [Taubah:128]
Inilah ciri-ciri pemimpin yang mengikuti sunnah rasul. Tidak dipandang hanya kejayaan yang singkat semata, namun yang diteropong adalah kejayaan, kebahagiaan dan keselamatan yang jauh dan bersifat kekal abadi.


Sunday, April 13, 2014

Pada tahun 2006 saya terpilih mewakili daerah Hulu Langat ke kursus photografi di Melaka. Kursus ini memakan waktu 5 hari. Beberapa hari kami di hotel mengikuti kursus teori. Hari berikutnya saya dan peserta lain mesti keluar dari hotel untuk sesi latihan penggambaran.

Untuk sesi ini saya dan kawan-kawan memilih Zoo Melaka sebagai lokasinya. Semasa berada di Zoo Melaka, saya terserempak dengan 3 orang warga Indonesia berbangsa Cina.Seorang lelaki tua, seorang anak lelaki muda, dan seorang lagi perempuan yang merupakan adik kepada lelaki Cina tersebut. Kelihatan kepala lelaki itu berbalut, agaknya dia baru keluar dari hospital.Maklum Negeri Melaka terkenal dengan banyak lokasi perubatan swasta. 

Anehnya mereka bertiga bercakap dengan 2 bahasa, satu Bahasa Indonesia dan Cina. Ibu perempuan bercakap dengan remaja lelaki menggunakan bahasa Cina, manakala apabila mereka bercakap dengan pak cik itu, mereka menggunakan bahasa Indonesia.


Latihan Merangsang Otak Kanan

Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih budak-budak guna otak kanan. Tak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Kat rumah pon boleh buat. Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:
  • Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur.
  • Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. So, cuba ajar anak main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang-barang tu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.
  • Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
  • Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita tu.
  • Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka clue dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.
Kaedah-kaedah ni kalau boleh jangan buat dalam tempoh yang terlalu lama sebab ianya mungkin membosankan. Buat selama setengah jam sehari pon dah cukup. Sambil2 belajar tu, dapat juga rapatkan lagi hubungan yang sihat antara ibu bapa dengan anak-anak, kan?
Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang di utus sebagai rasul, bagi umat Islam, beliau adalah sesempurna manusia, zahir dan batin, tentunya beliau seorang yang hebat. Dimasa kecilnya beliau sudah dilihat kelainan, pernah di belah dada nya ketika berada di bawah jagaan penyusunya iaitu Halimatun Sa'diah. Ketika lahirnya Nabi Muhammad sudah berkhatan dan tali pusatnya sudah terpotong, malah tidak ada pun kesan darah di tubuhnya seperti bayi yang lain.Itulah petanda sejak kecil, bahawa beliau akan menjadi manusia agung suatu hari nanti.

Hari ini sudah tersebar buku-buku yang ditulis oleh orang bukan Islam, mereka meletakkan Nabi Muhammad ditempat pertama dalam buku mereka sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam dunia.

Manakala seorang wali besar bernama Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani pula, ketika kecilnya beliau tidak meminum susu ibunya menjelang puasa. Ketika masuk bulan Ramadhan, dia pun turut berpuasa. Hebatkan?
Maka, cikgu mengajak adik-adik sekalian, untuk menjadi insan hebat ketika dewasa nanti, antara syaratnya ialah, sudah kelihatan tanda-tanda hebat ketika kecil. jika kita belum punya apa-apa tanda, maka usahakan untuk mewujudkannya.

Satu hari penulis diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah bertajuk kepimpinan kepada pelajar pemimpin sekolah menengah, audien terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Penulis menyampaikan kehebatan diri Nabi Muhammad, ketika beliau berada ada dalam perut, ibunya bermimpi, bahawa anaknya yang bakal lahir nanti akan menjadi “manusia besar”. Pada awalnya ibunda Nabi tidak percaya. Namun ketika hamil, beliau  hairan, kenapa tidak merasakan sakit seperti ibu-ibu yang lain, tidak mengidam dan tidak ada kelakuan aneh.

Manakala atuknya yang bernama Abdul Mutalib turut bermimpi, dalam mimpinya beliau mendapat arahan, apabila lahirnya cucumu nanti, berikan namanya Muhammad yang ertinya terpuji kerana dia akan dipuji.

Paling mengejutkan ketika beliau lahir, jasad beliau kering tidak berselaput darah seperti bayi yang lahir, kening sudah bercelak, tali pusat sudah dipotong dan kemaluan sudahpun dikhatankan. Siapakah antara anda yang mengalami hal ini? Ternyata tidak ada. Itulah tanda-tanda awal manusia yang hebat.


Habis ceramah, penulis meminta seseorang bangun untuk bercakap hasil program hari ini, lalu bangkitkan seorang pelajar India, beliau mengatakan kagum pada peribadi Nabi Muhammad walaupun beliau bukan beragama Islam. 
Tuesday, April 8, 2014

Seorang penagih tegar diajak bapanya untuk melakukan taubat, oleh kerana pihak keluarga tidak tahan lagi menanggung permasalahan  anaknya maka diajak anaknya melakukan taubat. Lagi pun perbuatan menagih dadah adalah hukumnya haram dan berdosa dalam agama.

Oleh kerana bapanya mempunyai banyak wang dan mengetahui bahawa antara tempat yang paling mustajab doa ialah di dalam Ka'bah di Mekah. Maka bapa ini pun bersama anaknya berangkat ke Mekah sambil mengerjakan umrah dengan niat untuk berdoa sungguh-sungguh agar dia dapat berhenti dari menjadi penagih dadah yang tegar. 

Sesampainya di Mekah, seperti biasa sang anak mengikuti rukun-rukun umrah, bahkan ketika mengelilingi Ka'bah, beliau sempat berhenti dan menangis di depan Ka'bah, bukan itu sahaja, beliau juga menggigit kain Ka'bah tanda kesungguhannya ingin melakukan taubat. 

Selesai melakukan umrah, maka keluarga dua beranak inipun berangkatlah dengan menaiki pesawat MAS. Selama 8 jam dalam perjalanan, beliau memang tidak menampakkan tanda-tanda ingin kembali menjadi penagih lagi. Namun ketika pesawat mula memasuki ruang udara negara Malaysia, ketua anak kapal mengumumkan bahawa pesawat sudah mula memasuki ruang udara Malaysia dan akan mendarat sekian minit lagi di lapangan terbang KLIA. 

Ketika itulah juga perasaan bergejolak sebagai penagih datang kembali, perasaan darah penagih menyirap ke seluruh tubuhnya, keinginan untuk menagih amat terasa semula. Anda tahu...bagaimana kisah ini seterusnya? Penulis diberitakan bahawa beliau kembali menjadi penagih setelah sampai ke Malaysia. Sungguh malang bukan? Tempat berdoa bukan calang-calang tempat bagi umat Islam.Tetapi kenapa kes ini berulang kembali? 

Penulis cuba mengkaji dan membuat pemerhatian, yang pertama kesilapan datang dari diri penagih sendiri, sementara yang ingin anaknya berubah adalah ayahnya atau keluarganya. KEHENDAK itu tidak datang dari diri penagih itu sendiri melainkan hanya suntikan dari luar sahaja. DOS keinginan untuk melakukan taubat tidak kuat, menyebabkan dia kalah dengan keinginan yang ada dalam dirinya sendiri. 

Yang kedua berkaitan berdoa di Mekah, secara umumnya Ka'bah diisytihar antara lokasi yang terbaik untuk berdoa, namun tidak semua doa itu wajib diterima Allah Taala. Doa perlu dengan kesungguhan dari hati yang paling dalam disertai keinsafan dan ketakutan akan azab Allah, jikalah saya terus-menerus menjadi penagih,tentukan ibadah saya terabai dan apabila saya meninggal pastinya azab Allah sedang menunggu saya. Doa perlu diiringi dengan tindakan-tindakan untuk menguatkan lagi doa itu.

Akademik

Dalam hal akademik, seorang calon UPSR belum tentu akan mendapat kejayaan yang gilang gemilang tanpa usaha. Sebagai seorang ISLAM, kita perlu perbanyakkan doa dan iringi dengan usaha yang sungguh-sungguh. Harapan ibu ayah dan keluarga tidak boleh membantu kita mendapat 5A, walaupun ibu dan ayah kita seorang yang hebat. Namun jika usaha kita sambil lewa, kita akan dapat hasilnya atas usaha sambil lewa. Jika usaha kita bersungguh, memberi perhatian yang lebih, tidak bercakap, menambah masa untuk mengulangkaji, rajin menjawab kesemua soalan-soalan berkaitan UPSR, insya Allah kita akan mendapat apa yang kita mahukan.

Jangankan orang ISLAM, bukan muslim pun boleh berjaya. Kerana sudah menjadi janji Tuhan, siapa yang berusaha, dia pasti mendapat (hasilnya).

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.