Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

iKON wHATSAPP

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Tuesday, April 8, 2014

Seorang penagih tegar diajak bapanya untuk melakukan taubat, oleh kerana pihak keluarga tidak tahan lagi menanggung permasalahan  anaknya maka diajak anaknya melakukan taubat. Lagi pun perbuatan menagih dadah adalah hukumnya haram dan berdosa dalam agama.

Oleh kerana bapanya mempunyai banyak wang dan mengetahui bahawa antara tempat yang paling mustajab doa ialah di dalam Ka'bah di Mekah. Maka bapa ini pun bersama anaknya berangkat ke Mekah sambil mengerjakan umrah dengan niat untuk berdoa sungguh-sungguh agar dia dapat berhenti dari menjadi penagih dadah yang tegar. 

Sesampainya di Mekah, seperti biasa sang anak mengikuti rukun-rukun umrah, bahkan ketika mengelilingi Ka'bah, beliau sempat berhenti dan menangis di depan Ka'bah, bukan itu sahaja, beliau juga menggigit kain Ka'bah tanda kesungguhannya ingin melakukan taubat. 

Selesai melakukan umrah, maka keluarga dua beranak inipun berangkatlah dengan menaiki pesawat MAS. Selama 8 jam dalam perjalanan, beliau memang tidak menampakkan tanda-tanda ingin kembali menjadi penagih lagi. Namun ketika pesawat mula memasuki ruang udara negara Malaysia, ketua anak kapal mengumumkan bahawa pesawat sudah mula memasuki ruang udara Malaysia dan akan mendarat sekian minit lagi di lapangan terbang KLIA. 

Ketika itulah juga perasaan bergejolak sebagai penagih datang kembali, perasaan darah penagih menyirap ke seluruh tubuhnya, keinginan untuk menagih amat terasa semula. Anda tahu...bagaimana kisah ini seterusnya? Penulis diberitakan bahawa beliau kembali menjadi penagih setelah sampai ke Malaysia. Sungguh malang bukan? Tempat berdoa bukan calang-calang tempat bagi umat Islam.Tetapi kenapa kes ini berulang kembali? 

Penulis cuba mengkaji dan membuat pemerhatian, yang pertama kesilapan datang dari diri penagih sendiri, sementara yang ingin anaknya berubah adalah ayahnya atau keluarganya. KEHENDAK itu tidak datang dari diri penagih itu sendiri melainkan hanya suntikan dari luar sahaja. DOS keinginan untuk melakukan taubat tidak kuat, menyebabkan dia kalah dengan keinginan yang ada dalam dirinya sendiri. 

Yang kedua berkaitan berdoa di Mekah, secara umumnya Ka'bah diisytihar antara lokasi yang terbaik untuk berdoa, namun tidak semua doa itu wajib diterima Allah Taala. Doa perlu dengan kesungguhan dari hati yang paling dalam disertai keinsafan dan ketakutan akan azab Allah, jikalah saya terus-menerus menjadi penagih,tentukan ibadah saya terabai dan apabila saya meninggal pastinya azab Allah sedang menunggu saya. Doa perlu diiringi dengan tindakan-tindakan untuk menguatkan lagi doa itu.

Akademik

Dalam hal akademik, seorang calon UPSR belum tentu akan mendapat kejayaan yang gilang gemilang tanpa usaha. Sebagai seorang ISLAM, kita perlu perbanyakkan doa dan iringi dengan usaha yang sungguh-sungguh. Harapan ibu ayah dan keluarga tidak boleh membantu kita mendapat 5A, walaupun ibu dan ayah kita seorang yang hebat. Namun jika usaha kita sambil lewa, kita akan dapat hasilnya atas usaha sambil lewa. Jika usaha kita bersungguh, memberi perhatian yang lebih, tidak bercakap, menambah masa untuk mengulangkaji, rajin menjawab kesemua soalan-soalan berkaitan UPSR, insya Allah kita akan mendapat apa yang kita mahukan.

Jangankan orang ISLAM, bukan muslim pun boleh berjaya. Kerana sudah menjadi janji Tuhan, siapa yang berusaha, dia pasti mendapat (hasilnya).

0 comments:

Post a Comment

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada