Sunday, April 13, 2014

Terdelete Bahasa Dalam Memori

Pada tahun 2006 saya terpilih mewakili daerah Hulu Langat ke kursus photografi di Melaka. Kursus ini memakan waktu 5 hari. Beberapa hari kami di hotel mengikuti kursus teori. Hari berikutnya saya dan peserta lain mesti keluar dari hotel untuk sesi latihan penggambaran.

Untuk sesi ini saya dan kawan-kawan memilih Zoo Melaka sebagai lokasinya. Semasa berada di Zoo Melaka, saya terserempak dengan 3 orang warga Indonesia berbangsa Cina.Seorang lelaki tua, seorang anak lelaki muda, dan seorang lagi perempuan yang merupakan adik kepada lelaki Cina tersebut. Kelihatan kepala lelaki itu berbalut, agaknya dia baru keluar dari hospital.Maklum Negeri Melaka terkenal dengan banyak lokasi perubatan swasta. 

Anehnya mereka bertiga bercakap dengan 2 bahasa, satu Bahasa Indonesia dan Cina. Ibu perempuan bercakap dengan remaja lelaki menggunakan bahasa Cina, manakala apabila mereka bercakap dengan pak cik itu, mereka menggunakan bahasa Indonesia.


Latihan Merangsang Otak Kanan

Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih budak-budak guna otak kanan. Tak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Kat rumah pon boleh buat. Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:
  • Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur.
  • Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. So, cuba ajar anak main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang-barang tu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.
  • Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
  • Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita tu.
  • Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka clue dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.
Kaedah-kaedah ni kalau boleh jangan buat dalam tempoh yang terlalu lama sebab ianya mungkin membosankan. Buat selama setengah jam sehari pon dah cukup. Sambil2 belajar tu, dapat juga rapatkan lagi hubungan yang sihat antara ibu bapa dengan anak-anak, kan?
 

No comments:

Post a Comment