Monday, June 30, 2014
Sunday, June 29, 2014
Friday, June 27, 2014

Siri Tazkirah Ramadhan

Ayat 14 Surah As Sajdah + Thaha 124. Punca dosa manusia ialah kerana hati lupakan ALLAH. Maka program ibadah adalah program untuk mengingatkan kembali manusia (REMINDER) bahawasanya hidup ini akan berakhir dengan mati.

Hati perlu sentiasa disirami baja seperti zikir, kemudian solat, puasa, seterusnya zakat dan haji.

3 Manusia yang sangat-sangat menyesal di hari qiamat kelak

1. orang yang disebut nama Nabi, tetapi dia tidak menjawab dengan selawat
2. orang yang masih ada ibubapa tetapi mensia-siakan
3. orang yang datang bulan ramadan, tetapi melepaskan peluang

7 Kenderaan Mukmin

Hidup Ibarat berada dalam sebuah padang permainan
7S Untuk cemerlang

Read more »

 
Thursday, June 19, 2014

Sebahagian Aktiviti ELAS

Belajar secara Outdoor adalah satu perkara baru bagi sebahagian orang.
Generasi Y kini tidak lagi suka kepada bahan ceramah seperti Power Point. Power Point sudah tak power lagi" Demikian kata Puan Rosmaria selaku Team Cikgu Jinggo yang menerajui ELAS ke seluruh Malaysia.

Read more »

 

ELAS bersama GBK Hulu Langat

19 Jun 2014.BANGI.Seramai 55 orang guru Bimbingan dan Kaunseling menerima pelajaran baru hari ini bersama Cgu Jinggo.

Read more »

 
Sunday, June 15, 2014

Gambar Animasi dengan PhotoScape


Read more »

 

Jauh Perjalanan Dapat Pengalaman

Trip ke Beijing sememangnya bukan lokasi terbaik untuk shopping, sekadar melihat tempat orang dan belajar apa yang ada di tempat mereka boleh lah. Sebagaimana penulis ke Medan akan bergambar dengan kereta polis disana, ketika di China penulis sempat curi tangkap gambar dengan kereta polis di sini. Untuk makluman, di China tidak dibenarkan kita mengambil gambar polis atau askar mereka. Kerana mereka mesti dihormati, mengambil gambar bersama adalah dilarang demikian imbauan dari pemandu pelancung kami.
Bangunan untuk stesen TV CCTV. Canggih kerana bentuk nya yang kosong ditengah-tengah berada di tengah-tengah bandar. Dalam TV di China ada banyak siaran /channel untuk CCTV sahaja. Belum lagi channel lain.
Ini yang paling aneh, tembok China sepanjang hampir 7000km. Dibina oleh Orang Monggol sebenarnya, bukan orang China kerana orang Monggol berbadan besar, tinggi dan kuat. Sejarah mencatat orang Monggol asalnya ISLAM. Penulis tidak pasti apakah mereka beragama apa ketika pembinaan Tembok China yang memakan masa ribuan tahun untuk siap.

Yang peliknya, tembok ini atas puncak bukit, siapalah yang angkat batu besar-besar bawa naik ke atas disepanjang gunung ini, dan kenderaan apa yang mereka guna. Kren ada ke tidak zaman tu?
Kami hanya bergambar di sini dan saya sempat naik ke puncak di belakang sana tu.
Pengembaraan kali ini ditaja sepenuhnya oleh Tifamie Marketing. Jutaan Terima Kasih kepada Pengurus Besar En Shuhaimi

Boleh baca juga entry sebelum ini di sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan sini

Read more »

 

Takut Menjadi Muslim?

Seseorang telah menulis, mempertanyakan sudahkah sampai masanya ISLAM dalam Kad Pengenalan dihapuskan. ALASANnya, dengan adanya tulisan ISLAM inilah telah mengotak-ngotak rasa perkauman umat manusia di Malaysia.

Dengan rasa sensitif yang amat mendalam tulisan ini dibuat, mungkin boleh membetulkan jika salah,atau memahamkan jika kurang difahami. Sebagai orang ISLAM, kita perlu menyatakan dan menunjukkan keISLAMan kita kepada semua orang, dari sehalus-halus perkara sampai sekasar-kasar benda. Dari sekecil-kecil benda sampai sebesar-besar perkara. Apa masalah tertera tulisan beragama ISLAM bagi mereka yang ISLAM.

Mungkin penulis tidak pernah bertemu dengan satu ayat yang berbunyi " Dan siapakah yang lebih baik daripada orang-orang yang mengajak orang lain kepada Allah dan dia beramal soleh dan berkata (menyatakan dengan perkataan, perbuatan dan apa saja) bahawasanya saya adalah dari orang-orang Islam".

Al-Fussilat : 54

Kenapa takut menyatakan pendirian kita sebagai orang ISLAM dan betulkah dengan adanya ISLAM pada IC menjadikan kita berkotak-kotak dalam perkauman.Sungguh naif pendapat itu bagi saya.Walhal Allah Taala sendiri suruh kita katakan bahawasanya kita adalah orang ISLAM, baik dengan pakaian, tunjukkan kita ISLAM, atau dengan perkataaan, tingkah-laku termasuklah tulisan. Jika ada seorang penggiat seni,penerbit filem, nyatakan keislaman dalam filem-filem anda. Tunjukkan kebaikkan, keindahan Islam dan kebenarannya. Jin sendiri mengakui yang Islam itu agama benar. Tidakkah anda tahu bahawa jin yang kafir melarang kita menyebut nama ALLAH,kerana mereka akan kepanasan.Ada apa pada nama ALLAH? Kenapa tidak menyebut JAGUNG membuat mereka kepanasan? Hal ini pun boleh diungkapkan melalui filem-filem. Menambah subur keyakinan umat beragama terhadap agamanya.

Kini..sayang sekali..keyakinan penganut ISLAM kian menipis, jangankan soal-soal kecil, soal besar seperti SOLAt yang menjadi tiang agama pun masih minima. Jikalah seseorang ISLAM pergi ke negara lain untuk melakukan wisata atau istilahnya VISIT dalam bahasa Jerman, solat tak mereka bila berdepan dengan kepayahan? Air wuduk tak ada, tempat sembahyang tak ada, solat tak mereka ? Yang lemah iman pasti memberi pelbagai alasan dan dalil.Itu namanya Islam Melayu Baka. Islam sebab keturunan, tetapi tidak mendalami ISLAM yang sebenar. Masih berpakaian ketat dan sebagainya, pada anggapan dia seorang, ALLAH Taala itu baik, tak apalah.Hmmmm..dia belum tahu hakikatnya bagaimana.


Berbalik kepada sang penulis tadi, saya menyangkal suguhan,idea beliau ingin membuang nama ISLAM.Kalau dia rasa malu menjadi umat ISLAM serta lebih kagum dengan agama lain, silakan nyata pendirian anda lebih jujur. Mudah kita faham.

Read more »

 
Thursday, June 12, 2014

7S untuk Menggapai Cemerlang (SPACE)

Seronok bercakap tentang 7 perkara untuk sukses dan cemerlang dalam hidup ini. 7 perkara ini dikenali 7S. Biarpun ada yang menokok nambah menjadi 8.
Antaranya ialah SPACE. (RUANG) Bagi pemain bola sepak, mereka perlukan padang untuk bermain. Itulah ruang bagi mereka, elokkah padang itu atau sekadar boleh melepaskan kaki untuk menendang bola, sudah memadai baginya. Padang rumput tak sempurna pun sudah memadai. Bagi anak-anak, longkang pun boleh jadi lokasi tempat bermain.
Bagi seorang murid, pelajar, tholib atau mahasiswa, mereka perlukan ruang tempat dan masa untuk belajar dan membaca. Jika tanpa waktu untuk ulangkaji dan siapkan kerja rumah, lihatlah keputusannya, pasti mengecewakan dirinya. Tak akan pandai seorang manusia yang belajar sambil main-main. Di rumahnya mesti ada ruang untuk belajar, apakah di ruang tamu atau dalam bilik sendiri. Ibu bapa perlu sediakan SPACE untuk anak mereka belajar. Bantu dengan mewujudkan meja dan kerusi khas untuk mereka belajar. Buku-buku juga perlukan SPACE untuk disusun atur. Adakan rak khas untuk mereka susun dan mengambilnya dengan mudah.
Ingat kata pakar motivasi, bagaimana keadaan sekitar kita, begitulah keadaan jiwa kita. Jiwa yang kacau boleh dilihat dengan berserabutnya susun atur. Jiwa yang sentiasa tersusun, boleh dilihat dari susun atur barangnya. Keadaan kita adalah menifestasi ruhani kita.
Bagi seorang ahli bisnesman, mereka perlukan satu SPACE untuk menjalankan urusan transaksi samada di internet atau di kedai biasa. Mewujudkan perbankan online merupakan satu langkah bijak, dimana dia tidak perlu ke bank setiap hari untuk melihat wang yang ditransfer apakah sudah masuk atau belum. Mewujudkan web site atau blog juga merupakan satu SPACE khusus dimana para pembeli boleh melihat senarai produk dan berinteraksi dengannya.
Dan bagi Ahlillah (Ahli ibadah), mereka perlukan ruang waktu untuk beribadah. Apalah makna wang berjuta, harta dimana-mana, jika pada Allah anda lupa. Kelak Allah akan melupakan anda dipadang mahsyar di saat-saat getir anda sangat mengharapkan pertolongan dariNya. Lihatlah kehebatan Rabiatul Adawiyah, sufi agung zaman lampau, siang hari menjadi hamba abdi kepada manusia, malamnya, masya Allah, dia bangun untuk bermunajat pada Rabbnya.
Terima Kasih Cgu Jinggo atas ilmunya. Dengan ini saya panjangkan kepada ahli fb ini mudah-mudahan menjadi motivasi buat kita dan semua yang membacanya.

Read more »

 

Di Sepanjang Jalan Beijing





Read more »

 
Wednesday, June 11, 2014

Pengalaman Berjalan di Negara China (Beijing)

BEIJING.Kalau tak sampai maka banyak tak tahu. Syukur atas nikmat Allah, admin Kembara Hidup sampai ke bumi China khususnya ke Beijing dengan selamat bersama rombongan. Lebih menarik perjalanan kali ini dibiayai sepenuhnya oleh Tifamie Marketing. Percaya atau tidak, kita tinggalkan dahulu. Yang penting banyak informasi baru saya terima.
Gambar berikut adalah salah satu lokasi lawatan kami iaitu kilang pembuatan batu Jed. Batu ini di ukir dengan begitu hebat sekali sehingga kan timbul rasa keanehan.

















Read more »

 

Di sepanjang jalan

Read more »

 

Pemandangan dari Tasik Kunming

Read more »