Thursday, June 12, 2014

7S untuk Menggapai Cemerlang (SPACE)

Seronok bercakap tentang 7 perkara untuk sukses dan cemerlang dalam hidup ini. 7 perkara ini dikenali 7S. Biarpun ada yang menokok nambah menjadi 8.
Antaranya ialah SPACE. (RUANG) Bagi pemain bola sepak, mereka perlukan padang untuk bermain. Itulah ruang bagi mereka, elokkah padang itu atau sekadar boleh melepaskan kaki untuk menendang bola, sudah memadai baginya. Padang rumput tak sempurna pun sudah memadai. Bagi anak-anak, longkang pun boleh jadi lokasi tempat bermain.
Bagi seorang murid, pelajar, tholib atau mahasiswa, mereka perlukan ruang tempat dan masa untuk belajar dan membaca. Jika tanpa waktu untuk ulangkaji dan siapkan kerja rumah, lihatlah keputusannya, pasti mengecewakan dirinya. Tak akan pandai seorang manusia yang belajar sambil main-main. Di rumahnya mesti ada ruang untuk belajar, apakah di ruang tamu atau dalam bilik sendiri. Ibu bapa perlu sediakan SPACE untuk anak mereka belajar. Bantu dengan mewujudkan meja dan kerusi khas untuk mereka belajar. Buku-buku juga perlukan SPACE untuk disusun atur. Adakan rak khas untuk mereka susun dan mengambilnya dengan mudah.
Ingat kata pakar motivasi, bagaimana keadaan sekitar kita, begitulah keadaan jiwa kita. Jiwa yang kacau boleh dilihat dengan berserabutnya susun atur. Jiwa yang sentiasa tersusun, boleh dilihat dari susun atur barangnya. Keadaan kita adalah menifestasi ruhani kita.
Bagi seorang ahli bisnesman, mereka perlukan satu SPACE untuk menjalankan urusan transaksi samada di internet atau di kedai biasa. Mewujudkan perbankan online merupakan satu langkah bijak, dimana dia tidak perlu ke bank setiap hari untuk melihat wang yang ditransfer apakah sudah masuk atau belum. Mewujudkan web site atau blog juga merupakan satu SPACE khusus dimana para pembeli boleh melihat senarai produk dan berinteraksi dengannya.
Dan bagi Ahlillah (Ahli ibadah), mereka perlukan ruang waktu untuk beribadah. Apalah makna wang berjuta, harta dimana-mana, jika pada Allah anda lupa. Kelak Allah akan melupakan anda dipadang mahsyar di saat-saat getir anda sangat mengharapkan pertolongan dariNya. Lihatlah kehebatan Rabiatul Adawiyah, sufi agung zaman lampau, siang hari menjadi hamba abdi kepada manusia, malamnya, masya Allah, dia bangun untuk bermunajat pada Rabbnya.
Terima Kasih Cgu Jinggo atas ilmunya. Dengan ini saya panjangkan kepada ahli fb ini mudah-mudahan menjadi motivasi buat kita dan semua yang membacanya.
 

No comments:

Post a Comment