Monday, June 2, 2014

Isu Tudung Raja Azmi

Saya ingin membuat sedikit ulasan berhubung kenyataan Raja Azmi berkenaan isu tudung. Katanya :

“Tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa jika seseorang wanita itu tidak bertudung tidak semestinya dia akan masuk neraka kerana hanya Allah yang boleh tentukan sama ada seseorang itu akan masuk neraka atau tidak,” katanya dalam wawancara itu.

Kata-kata beliau itu mesti dicerna sebaiknya oleh alim ulama, sebab  ianya berkaitan hukum Islam. Tak sesiapa boleh sewenangnya memberi pendapat secara peribadi berkaitan dengan hukum. Itu Satu.Lainlah kalau kita dah capai taraf ulama besar atau al-hakim. Anda tau apa tu al-hakim?

Yang Kedua,betul lah Allah Taala yang tentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka. Betul tak? Betul kan. Tetapi tak kan lah senang2 Allah Taala nak lemparkan orang solat, berhijab, berzikir berjuang, rela meninggal kekayaan, sanggup menghadapi derita demi Agama ke dalam neraka? 

Sebaliknya orang yang bergojet, mabuk2, masuk disko, tak solat, suka-suka hati dia je semua nak buat, tak kan yg ini Allah nak masukkan ke dalam syurga? Takkan Allah tak ada panduan ? Main suka hati macam manusia?

Jika Allah kata ... sekiranya kamu beriman dan beramal soleh, maka kamu akan dimasukkan ke dalam syurganya.. inilah panduannya. apa makna sih beriman dan beramal tu? Percaya  Allah itu ada, itu sahaja?? Itu je..soal sembahyang dan aurat, itu gua punya pasal?

Yang ketiga Allah ada banyak sebut acap kali dalam Qur'an, barangsiapa yang mensyirikkan Allah..maka balasannya sekian-sekian..takkan lah Allah hanya pandai berjanji kemudian janji nak dicapati macam manusia jugak? 

Nasihat saya pada orang yang dah pandai macam Raja Azmi ni..teliti dulu bang apa yang kita nak cakap tu, lebih2 lagi soal hukum, kita ada panduan bang, bukan main ikut suka cakap je, bumi ini milik Allah, udara makanan air dan semua milikNYa, hidup mati dia punya, syurga neraka Dia yang punya. Dia ada peraturannya nak masukkan sesiapa ke mana.Dia tidak Zalim bang. Dia MAha Adil.

Apa pun saya bersyukur..kini Raja Azmi sudah bertudung..percaya tak? Mudah-mudahan beliau kembali menjadi muslim muslimah yang sejati sampai akhir hayat.
 

No comments:

Post a Comment