Sunday, June 15, 2014

Jauh Perjalanan Dapat Pengalaman

Trip ke Beijing sememangnya bukan lokasi terbaik untuk shopping, sekadar melihat tempat orang dan belajar apa yang ada di tempat mereka boleh lah. Sebagaimana penulis ke Medan akan bergambar dengan kereta polis disana, ketika di China penulis sempat curi tangkap gambar dengan kereta polis di sini. Untuk makluman, di China tidak dibenarkan kita mengambil gambar polis atau askar mereka. Kerana mereka mesti dihormati, mengambil gambar bersama adalah dilarang demikian imbauan dari pemandu pelancung kami.
Bangunan untuk stesen TV CCTV. Canggih kerana bentuk nya yang kosong ditengah-tengah berada di tengah-tengah bandar. Dalam TV di China ada banyak siaran /channel untuk CCTV sahaja. Belum lagi channel lain.
Ini yang paling aneh, tembok China sepanjang hampir 7000km. Dibina oleh Orang Monggol sebenarnya, bukan orang China kerana orang Monggol berbadan besar, tinggi dan kuat. Sejarah mencatat orang Monggol asalnya ISLAM. Penulis tidak pasti apakah mereka beragama apa ketika pembinaan Tembok China yang memakan masa ribuan tahun untuk siap.

Yang peliknya, tembok ini atas puncak bukit, siapalah yang angkat batu besar-besar bawa naik ke atas disepanjang gunung ini, dan kenderaan apa yang mereka guna. Kren ada ke tidak zaman tu?
Kami hanya bergambar di sini dan saya sempat naik ke puncak di belakang sana tu.
Pengembaraan kali ini ditaja sepenuhnya oleh Tifamie Marketing. Jutaan Terima Kasih kepada Pengurus Besar En Shuhaimi

Boleh baca juga entry sebelum ini di sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan sini

 

No comments:

Post a Comment