Sunday, June 15, 2014

Takut Menjadi Muslim?

Seseorang telah menulis, mempertanyakan sudahkah sampai masanya ISLAM dalam Kad Pengenalan dihapuskan. ALASANnya, dengan adanya tulisan ISLAM inilah telah mengotak-ngotak rasa perkauman umat manusia di Malaysia.

Dengan rasa sensitif yang amat mendalam tulisan ini dibuat, mungkin boleh membetulkan jika salah,atau memahamkan jika kurang difahami. Sebagai orang ISLAM, kita perlu menyatakan dan menunjukkan keISLAMan kita kepada semua orang, dari sehalus-halus perkara sampai sekasar-kasar benda. Dari sekecil-kecil benda sampai sebesar-besar perkara. Apa masalah tertera tulisan beragama ISLAM bagi mereka yang ISLAM.

Mungkin penulis tidak pernah bertemu dengan satu ayat yang berbunyi " Dan siapakah yang lebih baik daripada orang-orang yang mengajak orang lain kepada Allah dan dia beramal soleh dan berkata (menyatakan dengan perkataan, perbuatan dan apa saja) bahawasanya saya adalah dari orang-orang Islam".

Al-Fussilat : 54

Kenapa takut menyatakan pendirian kita sebagai orang ISLAM dan betulkah dengan adanya ISLAM pada IC menjadikan kita berkotak-kotak dalam perkauman.Sungguh naif pendapat itu bagi saya.Walhal Allah Taala sendiri suruh kita katakan bahawasanya kita adalah orang ISLAM, baik dengan pakaian, tunjukkan kita ISLAM, atau dengan perkataaan, tingkah-laku termasuklah tulisan. Jika ada seorang penggiat seni,penerbit filem, nyatakan keislaman dalam filem-filem anda. Tunjukkan kebaikkan, keindahan Islam dan kebenarannya. Jin sendiri mengakui yang Islam itu agama benar. Tidakkah anda tahu bahawa jin yang kafir melarang kita menyebut nama ALLAH,kerana mereka akan kepanasan.Ada apa pada nama ALLAH? Kenapa tidak menyebut JAGUNG membuat mereka kepanasan? Hal ini pun boleh diungkapkan melalui filem-filem. Menambah subur keyakinan umat beragama terhadap agamanya.

Kini..sayang sekali..keyakinan penganut ISLAM kian menipis, jangankan soal-soal kecil, soal besar seperti SOLAt yang menjadi tiang agama pun masih minima. Jikalah seseorang ISLAM pergi ke negara lain untuk melakukan wisata atau istilahnya VISIT dalam bahasa Jerman, solat tak mereka bila berdepan dengan kepayahan? Air wuduk tak ada, tempat sembahyang tak ada, solat tak mereka ? Yang lemah iman pasti memberi pelbagai alasan dan dalil.Itu namanya Islam Melayu Baka. Islam sebab keturunan, tetapi tidak mendalami ISLAM yang sebenar. Masih berpakaian ketat dan sebagainya, pada anggapan dia seorang, ALLAH Taala itu baik, tak apalah.Hmmmm..dia belum tahu hakikatnya bagaimana.


Berbalik kepada sang penulis tadi, saya menyangkal suguhan,idea beliau ingin membuang nama ISLAM.Kalau dia rasa malu menjadi umat ISLAM serta lebih kagum dengan agama lain, silakan nyata pendirian anda lebih jujur. Mudah kita faham.

 

No comments:

Post a Comment