Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Wednesday, August 27, 2014
Assalamu alaikumwr wbt, dan salam sejahtera, kepada anak-anak calon UPSR yang dikasihi. Berikut adalah beberapa tips yang mesti kamu baca dan amalkan jika kamu mempunyai impian untuk berjaya dengan cemerlang.
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN JAYA
Disaat-saat akhir begini, kita seharusnya merasakan kekerdilan diri, kurangnya ilmu dan tiada tempat untuk kita bergantung kecuali hanya kepada Allah. Sebanyak mana ilmu kita, jikalah Allah Taala hendak hilangkan, pasti ianya boleh hilang.  
Bab awal ialah menjaga ingatan, selain dari mengamalkan tips-tips dibawah, kamu juga hendaklah menjauh diri dari sebarang perbuatan, perkataan yang boleh menghakis ingatan.
Contoh, gosok gigi sambil kencing, makan makanan terpijak semut, bercakap hal yang lagho, ketawa kuat-kuat, banyak tidur dan lain-lain.
Stamina juga perlu supaya otak sentiasa cerdas. Bahkan perut boleh berada dalam keadaan tidak terlalu kenyang kerana boleh melemahkan tubuh, ini kerana tubuh melakukan proses menghadamkan makanan yang kita makan, efeknya otak menjadi lemah ketika itu dan biasanya kita mengantuk. Betul tak?
TEKNIK PEMBELAJARAN  BERKESAN
Mengapa Teknik kemahiran mendengar sangat penting? Ini kerana, kita (yang normal) tidak akan dapat ilmu jika tidak melalui pendengaran.
Pendengaran yang baik dan berkesan ialah kita menggunakan telinga dan hati.
Mendengar dengan hati lebih baik hanya dengan telinga sahaja.
Untuk mendapat maklumat yang maksimal ketika guru mengajar, kamu hendaklah disiplinkan diri dan tanam minat untuk gemar mendengar ceramah dan kuliah
Berikan perhatian kepada guru yang sedang mengajar. Teliti bait-bait kata yang diucapkan
* Fokus kepada ucapan dan kata-kata guru
* Beri penumpuan kepada apa yang disampaikan oleh penceramah.
* Dengar dengan teliti isi penting atau topik utama yang ingin disampaikan oleh guru atau penceramah.
* Catat isi,Fakta atau maklumat penting
LATIHAN MEMBACA CEPAT
Tumpukan perhatian mata dan minda kepada teks.   Tentukan isi yang hendak dicari
Tunjukkan jari telunjuk ke atas barisan pertama perkataan pertama
Tunjukkan jari telunjuk ke kanan dengan cepat.
Gerak mata ikut gerak jari telunjuk ke kanan dengan cepat.
Hanya baca dengan mata dan minda.
Ingat isi utama yang dikehendaki  dan tandakan isi penting dengan garisan atau warna.
       Tumpukan pada petikan akhbar
       Beri penumpuan di tepi kiri dan kanan teks.
       Berikan tumpuan minda.
       Pergerakan mata hendaklah pantas.
       Lihat kumpulan perkataan.Penglihatan lebih besar.
       Pembaca yang lemah adalah pembaca yang mengulang-ulang perkataan  tersebut.Membaca yang terbaik adalah dengan cara skimming. Baca idea utama. Bukan  perkataan  yang tidak memberi makna seperti kata sendi dan sebagainya.
       Apa yang lebih penting mengaitkan bahan bacaan dengan pengalaman pembaca sendiri. 
MENAJAMKAN INGATAN
Membuat Enkod, Langkah 1
        Tumpukan perhatian kepada  maklumat yang hendak diingati
        Langkah 2. Semasa melihat maklumat sila hayati semua bahagian yang dilihat.
        Contoh: Semasa melihat muka seseorang,lihat mata,telinga,hidung,raambut,kening dan sebagainya.
        Langkah 3. Bercakap kepada diri sendiri tentang apa-apa yang dilihat. Apabila ada dua deria terlibat untuk mengingat satu benda,anda telah merekod  dengan dua cara.
       Buat Cerita
       Buait cerita yang menarik atau kaitkan dengan dengan cerita yang sesuai
.
       Cara Berirama
       Buat lagu, pantun ,nasyid dan sebagainya
       Alat Bantu Ingatan
       Alat bantu ingatan /TV,Record,ICT dan lain-lain.
       Catatan Mengulangkaji catatan tidak melebihi 24 jam
       Memberikan kefahaman yang betul dari catatan tersebut.Ikut urutan dan plot.
       i-THINK
       Gunakan lakaran ,logo,graf dan peta minda  i-THINK.
       Ulangkaji Catatan

       Cuba ulang secara lisan apa yang dicatat.Catat semula yang diingat.

Cara mengingat secara berkesan

*Gunakan apa yang dibaca
Contoh untuk mengingat gunakan istilah.formula,simbol
  *Senarai semak
  *Buat senarai kad
*Akronim dan Akrostik
*Secara Rantaian dan Berlawanan
*Gambar

Hanya beberapa hari saja lagi, gunakan masa yang ada ini “paling habis baik”. Ingatlah, masa ini tidak akan berulang kembali walau sedetik pun.
Agama mengajar kita, “mari menjadi orang yang berjaya”, ayuhlah, kejayaan yang besar itu adalah kumpulan dari kejayaan-kejayaan kecil. Inilah titik permulaan kejayaan kita yang besar akan datang. Cikgu doakan agar semua calon mendapat keputusan yang terbaik.
Wednesday, August 20, 2014
SEMALAM 30/4/2012 TELAH BERLANGSUNG CERAMAH PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH UNTUK SESI PETANG BERSAMA KR EN. NOORHISHAM HAMZAH GBKSM SK BANGI. NAMPAKNYA PERKONGSIAN KALI INI SANGAT BERMAKNA UNTUK SEMUA WARGA SMKKU. APA TAKNYA....SEMUA JADI SEPI APABILA EN NOORHISHAM MEMULAKAN BICARA.....









TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID YANG TELAH BERJAYA MEMBERIKAN KERJASAMA SEBAIKNYA. BEGITU JUGA KEPADA EN. NOORHISHAM SENDIRI....TERIMALAH PANTUN PENGHARGAAN DARI KAMI....

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang


Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati


Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Sumber : http://ubksmkkajangutama.blogspot.com/
Wednesday, August 13, 2014
PANTAS NYA MASA BERLALU, BARU-BARU INI
KITA BERKATA, RAMADAN SUDAH HAMPIR MENJELMA, NAMUN KINI KITA SUDAH BERADA DI BULAN SYAWAL.

MASA BEGITU CEPAT BERLARI, ADAKALA KITA DIBUAI MIMPI.

ADAKALA MIMPI BEGITU INDAH DAN MENARIK,
ADAKALA MIMPI MEMBUAT KITA MERASA TIDAK PERLU AKAN KEHADIRANNYA,

LEBIH BAIK TIDAK ADA MIMPI, KERANA MIMPI BIKIN KITA MELELAHKAN SEMASA TIDUR DAN BANGUN

WAKTU YANG LAIN, MIMPI MEMBUAT KITA SEMAKIN INDAH, TERASA SEPERTI WAKTU BELUM REMAJA, BELUM KAHWIN, BELUM ADA APA-APANYA LAGI.

ITULAH MIMPI


Monday, August 4, 2014
Bersyukurlah dengan teknologi internet kita dapat melihat sesuatu yang menarik. Gambar sisa runtuhan rumah Rasulullah SAW adalah diambil dari web Islamik luar negara.Blog gnbest hanya sebagai medium untuk saya berkongsi dengan anda. Wallahualam
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar tapak rumah Rasulullah SAW bersama Saiditina Siti Khadijah AS, tempat mereka tinggal selama 28 tahun. Di sinilah tempat lahirnya putera dan puteri Baginda,antaranya ialah yang sulung bernama Qasim dan yang bongsu, puteri kesayangan baginda yang banyak juga mencipta sejarah dalam Islam iaitu Fatimah Az-Zahrah.

Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar runtuhan dilihat lebih dekat.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Pintu masuk ke bilik Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah AS
Gambar rumah Rasulullah SAW
Sisa runtuhan Bilik Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Ruang tamu
Update:
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar kedudukan rumah Nabi Muhammad SAW dari google earth  Sumber

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers