Wednesday, August 27, 2014

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN JAYA

Assalamu alaikumwr wbt, dan salam sejahtera, kepada anak-anak calon UPSR yang dikasihi. Berikut adalah beberapa tips yang mesti kamu baca dan amalkan jika kamu mempunyai impian untuk berjaya dengan cemerlang.
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN JAYA
Disaat-saat akhir begini, kita seharusnya merasakan kekerdilan diri, kurangnya ilmu dan tiada tempat untuk kita bergantung kecuali hanya kepada Allah. Sebanyak mana ilmu kita, jikalah Allah Taala hendak hilangkan, pasti ianya boleh hilang.  
Bab awal ialah menjaga ingatan, selain dari mengamalkan tips-tips dibawah, kamu juga hendaklah menjauh diri dari sebarang perbuatan, perkataan yang boleh menghakis ingatan.
Contoh, gosok gigi sambil kencing, makan makanan terpijak semut, bercakap hal yang lagho, ketawa kuat-kuat, banyak tidur dan lain-lain.
Stamina juga perlu supaya otak sentiasa cerdas. Bahkan perut boleh berada dalam keadaan tidak terlalu kenyang kerana boleh melemahkan tubuh, ini kerana tubuh melakukan proses menghadamkan makanan yang kita makan, efeknya otak menjadi lemah ketika itu dan biasanya kita mengantuk. Betul tak?
TEKNIK PEMBELAJARAN  BERKESAN
Mengapa Teknik kemahiran mendengar sangat penting? Ini kerana, kita (yang normal) tidak akan dapat ilmu jika tidak melalui pendengaran.
Pendengaran yang baik dan berkesan ialah kita menggunakan telinga dan hati.
Mendengar dengan hati lebih baik hanya dengan telinga sahaja.
Untuk mendapat maklumat yang maksimal ketika guru mengajar, kamu hendaklah disiplinkan diri dan tanam minat untuk gemar mendengar ceramah dan kuliah
Berikan perhatian kepada guru yang sedang mengajar. Teliti bait-bait kata yang diucapkan
* Fokus kepada ucapan dan kata-kata guru
* Beri penumpuan kepada apa yang disampaikan oleh penceramah.
* Dengar dengan teliti isi penting atau topik utama yang ingin disampaikan oleh guru atau penceramah.
* Catat isi,Fakta atau maklumat penting
LATIHAN MEMBACA CEPAT
Tumpukan perhatian mata dan minda kepada teks.   Tentukan isi yang hendak dicari
Tunjukkan jari telunjuk ke atas barisan pertama perkataan pertama
Tunjukkan jari telunjuk ke kanan dengan cepat.
Gerak mata ikut gerak jari telunjuk ke kanan dengan cepat.
Hanya baca dengan mata dan minda.
Ingat isi utama yang dikehendaki  dan tandakan isi penting dengan garisan atau warna.
       Tumpukan pada petikan akhbar
       Beri penumpuan di tepi kiri dan kanan teks.
       Berikan tumpuan minda.
       Pergerakan mata hendaklah pantas.
       Lihat kumpulan perkataan.Penglihatan lebih besar.
       Pembaca yang lemah adalah pembaca yang mengulang-ulang perkataan  tersebut.Membaca yang terbaik adalah dengan cara skimming. Baca idea utama. Bukan  perkataan  yang tidak memberi makna seperti kata sendi dan sebagainya.
       Apa yang lebih penting mengaitkan bahan bacaan dengan pengalaman pembaca sendiri. 
MENAJAMKAN INGATAN
Membuat Enkod, Langkah 1
        Tumpukan perhatian kepada  maklumat yang hendak diingati
        Langkah 2. Semasa melihat maklumat sila hayati semua bahagian yang dilihat.
        Contoh: Semasa melihat muka seseorang,lihat mata,telinga,hidung,raambut,kening dan sebagainya.
        Langkah 3. Bercakap kepada diri sendiri tentang apa-apa yang dilihat. Apabila ada dua deria terlibat untuk mengingat satu benda,anda telah merekod  dengan dua cara.
       Buat Cerita
       Buait cerita yang menarik atau kaitkan dengan dengan cerita yang sesuai
.
       Cara Berirama
       Buat lagu, pantun ,nasyid dan sebagainya
       Alat Bantu Ingatan
       Alat bantu ingatan /TV,Record,ICT dan lain-lain.
       Catatan Mengulangkaji catatan tidak melebihi 24 jam
       Memberikan kefahaman yang betul dari catatan tersebut.Ikut urutan dan plot.
       i-THINK
       Gunakan lakaran ,logo,graf dan peta minda  i-THINK.
       Ulangkaji Catatan

       Cuba ulang secara lisan apa yang dicatat.Catat semula yang diingat.

Cara mengingat secara berkesan

*Gunakan apa yang dibaca
Contoh untuk mengingat gunakan istilah.formula,simbol
  *Senarai semak
  *Buat senarai kad
*Akronim dan Akrostik
*Secara Rantaian dan Berlawanan
*Gambar

Hanya beberapa hari saja lagi, gunakan masa yang ada ini “paling habis baik”. Ingatlah, masa ini tidak akan berulang kembali walau sedetik pun.
Agama mengajar kita, “mari menjadi orang yang berjaya”, ayuhlah, kejayaan yang besar itu adalah kumpulan dari kejayaan-kejayaan kecil. Inilah titik permulaan kejayaan kita yang besar akan datang. Cikgu doakan agar semua calon mendapat keputusan yang terbaik.
 

No comments:

Post a Comment