Tuesday, September 30, 2014

Senarai Blog yang sudah pun di aktifkan

http://hirdhanie.blogspot.com/
http://skseremban2.blogspot.com/
http://ubksmkisparit.blogspot.com/
http://skpbanggi.blogspot.com/
http://ubkskjmb.blogspot.com/
http://ppdaskbangidotcom.blogspot.com/
http://ppdasmktinggikajang.blogspot.com/
http://ppdaskpokoksena.blogspot.com/
http://ppdasmkttj.blogspot.com/
http://ppdasktj.blogspot.com/
http://ppdaskrs.blogspot.com/
http://norizansp.blogspot.com/
http://roshaimmidr.blogspot.com/
http://sharifsharifah.blogspot.com/
http://hartinaje.blogspot.com/
http://cgmalia.blogspot.com/
http://teratakkaunseling.blogspot.com/
http://zurinakaunselor.blogspot.com/

Boleh salin URL ini dan add dalam Blog List Anda

Read more »

 

Tutorial Cara Buat Short Cut New Post

Read more »

 

Video Tutorial Cara Buat Bahan


Saya telah memuat naik bahan ke youtube

Read more »

 
Monday, September 29, 2014

Saya Ajak Anda semua mari Berblog

Semenjak posting saya sudah mula berkeinginan untuk mencipta web untuk sekolah saya, Untuk urusan itu saya mula mencari-cari orang yang boleh mengajar membina laman web. Dalam mencari tu, terjumpa lah seorang yang sudi mengajar, beliau sanggup datang dari Pahang ke Bangi untuk mengajar saya. Dengan bayaran saguhati RM50.00 masa itu saya baru posting, itulah yang sanggup saya berikan. 





Kemudian terjumpa pula, bengkel cara buat di Ampang, saya hadir, bayar RM100.00. Dapat lah ilmu sedikit. Setelah saya terpilih jadi JU ICT Unit Kaunseling, bertemu ramai kawan pakar dunia web, saya belajar lagi. buat web guna Jomla dan sebagainya. 

Kemudian tahun 2006 keluar dalam Majalah PC cara buat blog. Saya terus membuatnya. Guru online saya yang pertama ialah Mahasiswa yang sedang menuntut di Jepun. Saya mula berkarya, siang malam, asal apa yang terlintas, saya cuba kongsikan.Sehinggalah saya di emel oleh seorang untuk memasukkan blog saya dalam Majalah. 

Inilah blog-blog yang saya hasilkan. guru-guru kaunseling khususnya yang saya ajak berblog untuk berkongsi maklumat. 











Hubungi saya jika anda berminat untuk buat blog. Anda yang zero dalam blog saya perlukan..

Read more »

 

SK Pokok Sena


Read more »

 
Sunday, September 28, 2014

SMK TEBRAU

Guru Kaunseling SMK Taman Desa Tebrau telah membuat tempahan item hiasan pintu dibawah ini. 

367x240
2 Keping
67x200
2 keping
193X258
1 keping

Pada petang ini juga admin sempat menyiapkan sebuah blog guru bimbingan dan kaunseling SK Kg Cheras Baru.. boleh rujuk di sini, Blog ini adalah keperluan bagi setiap guru kaunseling untuk menyampaikan maklumat secara lebih meluas dari biasa.

Telah banyak blog dilahirkan, admin membantu guru-guru untuk berkarya. Blog admin sendiri pernah masuk majalah Pendidik;


Read more »

 
Saturday, September 27, 2014

Kempen Ajakan Berblog

Read more »

 

Cara Tambah Menu Link.Boleh Juga Buang Menu Link

video


Read more »

 

Hobi pada Photoshop

Selain berblog, saya juga suka kepada photoshop. Minat kepada photoshop telah membuat saya sanggup membeli DVD hingga ratusan ringgit untuk belajar. Kemudian membeli perisian tertentu untuk mencantikkan lagi hiasan.

Sayangnya, salah seorang guru photoshop saya, iaitu kawan saya sendiri, hilang entah ke mana. Beliau dan juga isterinya juga seorang guru di sebuah sekolah. Minatnya pada kamera sehingga beliau menghadiri kursus RM600 seorang di Sabak Bernam. Beliau kemudiannya mengusahakan projek mengambil gambar orang kahwin. Saya belajar phostoshop secara jarak jauh dengan beliau dan juga membina website Jomlaa. Beliau menghantar video-video cara mengedit web dan photoshop. Di sekolahnya, beliau seorang yang sangat penting. web sekolah beliaulah orang pertama yang ciptakan.

Satu masa, saya dengar khabar, rumahnya kosong, dia dan isteri tidak lagi tinggal bersama dan tidak lagi hadir ke sekolah tanpa makluman. Beliau hilang jejak entah di mana.Saya mendoakan agar kawan saya ini masih hidup dan berpegang dengan agama. Walau bagaimana pun kesusahan sekarang.

Read more »

 
Friday, September 26, 2014

Teknik Pos Blog Paling Cepat Dalam Masa 3 Minit

video
Gunakan Teknik Copy and Paste sahaja dari pelbagai dokumen anda. Masukkan Tajuk dan Klik PUBLISH

Anda juga boleh download video ini dari sini http://youtu.be/XYopynbkwoY

Read more »

 

Adakah Aku Tuhan Kamu

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Read more »

 

Buletin Pertama 2013

BERANI HIDUP LUAR BIASA
Manusia sebenarnya selesa dengan cara hidup biasa-biasa. Cara hidup biasa ini tidak banyak cabaran. Graf hidupnya statik dan tidak banyak berubah.

Dari segi gajinya biasa-biasa sahaja. Cukup makan dan sara hidup setiap bulan. Dari cara bekerjanya biasa-biasa sahaja. Keluar rumah waktu pagi dan balik waktu petang.

Inilah yang umum dilakukan oleh manusia biasa. Namun ada orang berfikiran, sampai bila dia akan hidup cara sebegitu. Gaji bulan ini habis bulan ini. Andainya bulan depan dia tidak bekerja dan tiada gaji,maka dia seperti orang yang tidak punya apa-apa.

Lalu dia berfikir dan ingin naik ke taraf yang lebih tinggi. Ingin mempunyai gaji yang besar, kenderaan yang bagus dan segala keinginan dirinya dan keluarga tercapai.
Lalu dia merancang untuk keluar dari cara hidup biasa ke arah cara hidup luar biasa.

Rupanya bukan mudah untuk melalui setiap anak tangga. Banyak cubaan yang kadang-kadang boleh mematahkan semangat, namun disebabkan keinginan yang kuat, dia tempuhi jua.
Manusia pertama pencipta bernama Thomas Edison pernah berkata, “kejayaan itu dicapai dengan 1 perseratus keinginan dan 99 peratus usaha”

Untuk hidup cara luar biasa, kita mesti berani berubah, berani bertindak luar biasa. Maksudnya berani membuat tindakan diluar dari kebiasaan.

Kejayaan Dalam Akademik

Dalam akademik, jika kamu ingin kejayaan yang cemerlang, contohnya mendapat 5A dalam UPSR, kamu mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh. Bak kata Dr.Shukri, “Kejayaan yang luar biasa itu datangnya dari usaha yang luar biasa”.

Kita perlu berfikir dan mengambil keputusan demi masa depan kita sendiri. Baik buruk, bahagia, derita kita adalah akibat ulah perbuatan kita sendiri.

Siapa mahu hidup susah? Cuba angkat tangan. Ada? Pastinya orang yang normal tidak mahu sama sekali. Baik susah semasa dewasa nanti, atau ketika sudah menginjak zaman orang tua atau lebih jauh lagi, susah ketika berada di dalam kubur dan akhirat nanti.

Untuk itu, kita mesti paksakan diri untuk menyelamat diri kita. Sebagaimana kita datang ke dunia hanyalah seorang diri, keluar dari perut ibu seorang diri, begitulah kita akan pergi satu masa nanti seorang seorang diri.

Kita mesti pandang jauh ke depan. Bukan sekadar mahu hidup senang di sini (dunia) sahaja, bahkan di sana juga. Peluang yang datang hanya sekali sahaja.Ianya tak akan berulang lagi.

Jika kamu sudah berusia 13 tahun,umumnya kita semua akan pergi ke sekolah menengah, menangis macam mana sekalipun masa tidak akan dapat membawa kita kembali ke zaman lampau.

Sungguh rugilah orang-orang yang telah mensia-siakan nikmat hidup. Sedangkan orang yang sudah meninggal, jika ditanya apakah mereka ingin hidup kembali untuk menebus dosa mereka, pastinya semua mereka mahu hidup semula.

Guru-guru hanyalah pembimbing kita, mereka tidak boleh menyelamat kita.
Sewaktu kita berada dalam dewan peperiksaan, kita sendiri yang berdepan dengan soalan. Tiada siapa yang boleh menolong. Begitulah ketika manusia berdepan dengan Malaikat di dalam kubur yang bertanya soalan, tiada siapa pun yang mampu menolong kita.

Samalah dengan Nabi, mereka juga hanya pembimbing, mahu atau tidak ikuti ajaran mereka, itu tergantung pada kita.
Tuhan telah memberi kepada manusia anugerah akal yang sangat mahal nilainya. Kerana akallah, manusia berbeza dari makhluk lain, kerana akalnya manusia boleh terbang tinggi dengan pesawat di udara, kerana akal manusia mampu sampai ke angkasa raya, bahkan turun ke lautan yang dalam.

Buletinkali ini ingin mengajak anak-anak semua untuk berani hidup berubah,

TIDAK SELESA

Ada satu keadaan yang akan kita lalui apabila kita memutuskan untuk hidup luar biasa. Keadaan itu adalah kurang selesa.
Keadaan ini sebenarnya tidaklah lama, kita perlu bersabar sehingga kita semakin merasa agak selesa dengan keadaan baru.

Selain itu, para pelajar yang yang berjaya, kita perlu berkorban untuk mencapai kejayaan.

Masa bermain-main perlu dikurangkan, banyakkan membuat latih tubi, perbanyakkan latihan matematik, sains dan soalan-soalan lain.
Banyakkan membaca. Pada waktu petang isilah dengan beriadah. Pelajar cemerlang tidak memisahkan dirinya dari aktiviti bersukan.
Kerana dengan bersukan, otak menjadi cergas, badan sihat,ingatan pun semakin kuat.
Kita perlu berkorban masa untuk membaca buku-buku, percayalah orang yang rajin membaca, dia akan mempunyai banyak ilmu. Ilmu lah yang menaikkan dirinya di mata orang lain.
Sebagaimana belon naik kerana isinya dan bukan kerana warnanya.

Salam Maju Jaya.

Read more »

 

Apa perlunya Thoriqat?

Ada 3 jenis manusia dalam menuju kedekatan dengan Tuhan.

1. Golongan yang sampai terus ke destinasi. Dia tak faham dan tak tau apa yang berlaku sepanjang jalan, kerna dia ni naik kapal terbang. Istimewanya dia sampai lebih cepat dari orang lain.

2. Golongan yang sampai lambat. Dia naik kereta Nissan tahun 1984 lalu ikut Gua Musang, Kuala Lipis, Merapoh Lancang dan akhirnya di Kuala Lumpur. Dia boleh cerita semua pengalamannya dalam perjalanan, eksiden di mana. Surau dimana, kedai makan sedap dimana. Semua dia tahu.

3. Golongan ketiga dia lalu ikut jalan golongan kedua, tetapi sampai di Temerloh (dia tersesat jalan sikit gara-gara GPS hilang dikesan radar) lalu singgah di Temerloh. Ada pulak orang tawarkan kerja sementara dan anak dara comel Kg Awah, lalu kahwin dan menetap disitu. Golongan ini tidak sampai hakikat. Ilmu dan pengalaman ada tetapi tak boleh bimbing orang lain.

Sampai pada Allah untuk faham kita orang awam ialah mengenal tujuan adanya Agama lalu ia beramal dengannya dan membuat persiapan sebanyak mungkin untuk pulang mengadap Tuhannya.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama. (Muttafaq ‘Alaihi, no. 8 dalam al-Fath)

Hakikatnya, semua manusia mesti lalui jalan untuk sampai ke destinasi. Samada jalan darat, laut, udara atau jalan ghaib. Meraibkan diri pun jalan jugak. Kerana itulah caranya.

Dalam berangan-angan hendak menjadi hamba yang dekat dengan Tuhan. Seorang hamba mesti mencari jalan. Ya..carilah jalan. Samada jalan kampung atau jalan persekutuan, bandaraya atau highway.

Read more »

 

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Tidak semua orang sukakan aktiviti menulis. Jika anda punya minat menulis, teruskan berkarya, menulis membantu membaiki mutu percakapan kita dihadapan orang ramai. Seorang penulis buku merupakan penjual roti pau dan seorang tabligh pernah berkata kepada saya ketika ditanya bilakah masanya beliau menulis,

"Saya membawa pen dan kertas dalam poket baju ke mana-mana, apabila saja teringat sesuatu, terus saya berhenti motor dan mencatatnya, kalau tidak ianya akan hilang".

Beliau merupakan penulis buku Wali Songo ini telah mengembara ke serata tempat untuk mencari bukti dan fakta bersabit penulisannya, bahkan sampai ke tanah Jawa. Salut..penulis adalah seorang penjual roti pau....

Saya mengenalinya ketika beliau datang ke tempat kami belajar ilmu persilatan "Tapak Suci" untuk mencungkil beberapa fakta.


Read more »

 
Thursday, September 25, 2014

Hasil Kajian Soal Selidik Pemulihan Emosi Pelajar 2014

Hasil kajian Soal Selidik Pemulihan Emosi Pelajar yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Bangi terhadap 21 orang calon UPSR (yang hadir ke sekolah) pada 24 September 2014.

Kajian ini bertujuan mengukur tahap trauma murid setelah penangguhan Peperiksaan UPSR 2014 buat pertama kali dalam sejarah, pihak UBK menggunakan MODUL PEMULIHAN EMOSI PELAJAR yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Soalan ini mengandungi 10 soalan. Berikut adalah hasil dapatan. :

6 orang murid menjawab perasaaan mereka masih berasa gembira manakala 15 tidak berasa gembira.
13 orang berasa kecewa gara-gara penangguhan ini manakala 8 orang menjawab tidak
14 orang merasa cemas dan bimbang untuk menduduki UPSR manakala 7 orang tidak
6 orang murid mengaku kurang bersemangat manakala 15 orang lagi masih biasa.
17 orang murid dalam keadaan bersedia manakala 4 orang menjawab tidak.
17 orang mengaku ibubapa ada memberikan dorongan sebaliknya  4 orang menjawab tidak
19 orang ibubapa meletak harapan tingi kepadanya manakala 12 orang menjawab tidak
7 orang diberi kebebasan oleh ibubapa manakala 14 orang menjawab tidak
Semua murid (21 orang) menyatakan pihak sekolah ada membantu mereka dalam menangani krisis ini.
19 orang murid mengaku mendapat dorongan dari guru-guru manakala 2 orang menjawab tidak.

Read more »

 

Pelajari Teknik Berblog dengan santai


Read more »

 

Tutorial Mengganti Header

1. Anda buatlah satu header (kepala) baru dengan saiz 1000x210. Save di PC anda, kemudian upload ke tapak blog anda, boleh juga upload di ruang artikel.
2. Dapatkan URL header itu, caranya klik kanan atas gambar dan pilih URL
3. Paste kan URL ini dalam HTML Blog anda.

Apa kelebihan jika anda ada BLOG? Rujuklah perbualan saya dengan seorang guru dibawah ini.
Bingkai Side web



Read more »

 
Tuesday, September 23, 2014

Bukan Penghargaan ku Pinta

Awalnya saya belajar berblog dari seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut di Jepun. Tahun itu awal 2006.

Menulis dan berkarya menjadi seronok ketika ianya datang dari diri sendiri untuk berkongsi apa yang kita tahu. Cara mengolah seseorang tidak sama. Disini terletaknya istimewa diri kita. 

Saya terus menulis sehingga setahun kemudian saya ingin menukar template blog. Malangnya kerana ilmu kurang, blog lama yang tersimpan setahun coretan itu "burn" begitu sahaja. 2007 Saya mulakan kembali penulisan, tanpa merasa kesal yang sangat mendalam, sehingga akhirnya seorang penerbit datang menemui saya dan mengajak menjadi penulis buku,

Kemudiannya, tahun 2010, wartawan Majalah Pendidik pula menghubungi saya kerana berminat untuk memasukkan Blog Norish77 dalam Majalah warga pendidik itu. 

Kemudian, aktiviti berblog menjadi slow, kerana terpaan angin facebook yang begitu kencang. Merasa blog saya begitu lama sekali kian tidak terisi, saya kini kembali mengisi dan mengajak kawan-kawan yang suka penulis untuk berblog bersama.

Maka lahirnya akhir-akhir ini penulis blog seperti Hartina Ali, Aisyah Nining, Nurul Fildza, Zurina Samhah, Ros Ma, Haslinda, Rus line, Dayang Hairuniza, dan lain-lain. Blog Lobam.Net pula berada dalam kategori blog Otai dan sememangnya adminnya sangat suka menulis.

Ayuh...mari berblog, kita tak punya masa yang panjang untuk hidup. Sisa-sisa yang ada mari kita sempatkan untuk berdakwah melalui penulisan. Insya Allah, diketika ketiadaan kita nanti, tulisan-tulisan ini akan bermanfaat bagi pembaca.

AL-Fatihah

Read more »

 

Permulaan Bagi Blogger Menerima Invitation

Saya titipkan di sini beberapa video sebagai tutorial kepada anda yang baru bermula menjadi BLOGGER.

Permulaan Bagi Blogger
video

VIDEO CARA LAIN UPLOAD FOTO dengan Mudah


CARA, mewujudkan gajet di blog kita yang boleh melihat siapakah antara rakan-rakan kita yang telah update blog mereka tanpa perlu kita melilau ke semua blog tersebut.


Tips Menambah Gambar sebelah kanan kiri Blog
 

CARA Edit MENU HOME

Read more »

 
Monday, September 22, 2014

ISI Ceramah 5 Minit DADAH

DENGAN AGAMA, DADAH AKAN HANCUR.   Kerana dadah manusia manusia yang elok, baik bertukar menjadi manusia durjana, bengis, hilang rasa kasih sayang, pencuri, perompak, malah pembunuh anak dan keluarga sendiri.
Semuanya gara-gara ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah. Mereka terpaksa jadi begitu (jahat) sebab tubuh dan jiwa mereka sedang sakit.Sakit yang amat parah. Mereka tidak lagi peduli halal, haram, apa kata agama, apa ancaman Allah Taala. Semuanya hilang dari fikiran mereka yang waras selama ini.

Sebab itulah, jika kita tidak ingin menjadi penagih dadah, dalami ilmu agama. Nescaya akan terhindar dari semua hal yang tidak berfaedah itu. Kerana orang yang faham agama, dia sedar bahawa hidup ini sementara, akhirnya mereka akan kembali menemui Allah Taala. Firman Allah Taala, 

Man yuridillahu bihil khair, yu faqqihhu fiddin...."Barangsiapa yang Allah Taala mahu kan kebaikan untuknya, maka Allah Taala jadikan dia faham agama"

Anak-anak yang dikasihi sekalian, marilah mempelajari agama, mendalami sehingga kita kenal Allah. Orang yang kenal Allah, rasa takut akan menerjah dihatinya. Taqwa akan diraih. Kelak di akhirat, mereka ini tergolong dalam golongan, "Laa khaufun 'alaihim wa laa hum yahzanun" Tiada ketakutan atas mereka, dan tiada pun rasa kerungsingan".

Read more »

 
Sunday, September 21, 2014

Promosikan Blog Anda

Tahniah kepada blogger-blogger baru dari kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah dan menengah. Salut pada anda semua, berani menjadi luar biasa. Bagi anda yang masih blurr dalam mengedit blog yang sebenarnya amatlah senang ni, boleh lah download video-video yang telah saya upload kat sini.  


Dapatkan video tutorial penuh pengurusan blog disini http://goo.gl/gH5YJd


Read more »

 

Tips Membuat Pengunjung Betah

Salam Bahagia, keterujaan saya pada hari ini disebabkan 3 buah lagi blog lahir. Blog SK Sg Ramal Dalam Kajang, Blog UBK SK (P) Methodist Melaka dan SK Kundasang. Semua blog ini lahir bukan atas dasar keterpaksaan, akan tetapi semangat ingin menjadi manusia yang lain.

Tahniah juga kepada En Roshaimmi juga telah mengupdate blog nya buat pertama kali. Haslinda Jais juga telah merasa ketinggalan apabila lama tidak menjeling blog kesayangannya. Saya pautkan semua alamat blog mereka itu di blog saya. Jika ada yang tertinggal mohon dimaklumkan.

Untuk pengetahuan anda semua, hari ini saya juga memasang 2 gajet baru, yang pertama borang untuk pengunjung mengutus apa-apa informasi dan pertanyaan. Anda boleh lakukan dengan menambah gajet.

Yang kedua Gajet  "mungkin ini anda meminati" nak baca. Gajet ini akan membuatkan pembaca tidak meninggal blog anda, mereka tetap terus betah kerana ada lagi, ada lagi berita lain yang menarik perhatiannya.

Klik sini http://www.linkwithin.com/learn

Read more »

 
Saturday, September 20, 2014

Andai anda terjumpa buku ini

Kisah benar yang terjadi, siapa yang membeli buku ini di Indonesia, malah tidak dijual pun di Malaysia, akan ditahan di Airport dan dinasihat agar tidak membawa pulang.

Hakikatnya kita semua tidak pernah tahu apa yang terjadi kepada semua anak kapal MH370. DI Malaysia sendiri sudah ada buku pasal MH370, tetapi sebenarnya versi penceritaan dan fakta pasti jelas berbeza antara setiap penulis.

Anda boleh baca buku ini jika mahu tahu, tetapi awas...hanya di Indonesia sahaja, kendatipun Malaysia belum memberi amaran tentang buku ini.

Saya sendiri pun tidak tahu apa isinya, namun jika melihat apa yang tertulis di muka depan, kita sendiri boleh menebak apa isinya, yang agak bertentangan dengan apa yang sedia maklum. Ya..maklum saja, ditulisnya pun "Menyangkal"..artinya menolak...Jika menolak, pasti ada bahan masukan dari dia sendiri.
Namun pihak polis Malaysia sendiri telah menolak dakwaan wartawan dari negara seberang. Apa pun..kita doakan jika ini ada satu ilmu baharu yang Allah Taala ingin tunjukkan. Apakah....rahsia disebalik kehilangannya???


Read more »

 

Musibah Merubah Kehidupan

Kadang-kala manusia memandang ciptaan Tuhan itu ada baik dan buruknya. Persoalannya, begitukah hakikatnya ciptaan Tuhan yang Maha Hebat lagi Bijaksana?

INNAL INSAANA KHULIWA HALU'A, IZA MASSAHUL KHAIRU MANU'A, WA IZA MASSAHUL SYARRU JAZUU'A

Sesungguhnya manusia, diciptakan bersifat keluh-kesah, apabila ditimpa kebaikan, dia (mula) mendabik dada (sombong), dan apabila ditimpa keburukan (hidupnya mula) resah gelisah, melainkan orang-orang yang solat.(tidak akan terjadi hal yang demikian)
Mahfum Surah Al-Maarij : 19

Ada antara manusia, kebaikan yang dia terima diterjemah sebagai kebaikan Tuhan padanya, kasih-sayang Tuhan padanya, sebab dia orang dan keturunannya orang baik-baik, sebaliknya apabila ia menerima musibah itu adalah keburukan baginya. Begitukah Tuhan dalam mentakdirkan sesuatu kepadanya, ada baik dan buruk? Ketika ini buruk di anggap musibah.

Berapa Ramai

Padahal, berapa manusia yang berubah hidupnya gara-gara hadiah Tuhan berupa musibah? Anda tahu? Berapa ramai manusia yang menjawat jawatan besar dalam dunia ini ada yang garang, bengis, zalim, keras kepala, dia saja yang betul dan benar, berubah menjadi baik, lembut tingkah laku, tutur kata dan hatinya gara-gara dia terkena musibah sakit yang dahsyat selama beberapa waktu? Disaat dia sakit, orang bawahannya, datang menziarahinya,membawa doa dan penawar, luluh hati yang keras selama ini.

Disini penulis ingin mengajak anda berfikir, apakah musibah disaat ini dianggap betul-betul musibah dengan kata lain disebabkan kebencian tuhan padanya atau kasih sayang Allah Taala supaya dia berubah?

Cara Manusia Berubah

Manusia pula berubah dengan pelbagai cara, ada disebabkan usianya semakin lanjut, maka ia berfikir, sampai bila aku harus begini? Lalu dia buat perubahan. Mulalah menukar gaya berpakaian, kalau dulu seksi sana sini, kini tidak lagi.

Ada pula manusia diuji dengan kehilangan anaknya yang teramat dia sayangi. Selama ini dia jauh dari rumah Allah dan keras hubungannya dengan jiran tetangga, namun berubah total setelah anaknya pergi buat selamanya. Dia mula menjejak kaki ke masjid, wajahnya mula kelihatan ditempat-tempat kuliah agama. Subhanallah

Ada pula manusia yang diberiNya kesakitan yang berpanjangan. Habis segala ikhtiar dan ubat diusahakannya. Namun sembuh tak juga kunjung. Lalu khirnya ia pasrah, mula mengharap simpati Tuhan padanya, dia mula mencari amalan-amalan, doa-doa dan zikir yang mungkin boleh ia amalkan sebelum sisa-sisa hidupnya semakin menguncup.

Kalau dulunya dia seorang yang sombong, kini merendah diri dan selalu menunaikan perintah Solat di awal waktu.

Nah..musibah ini telah menjadi satu nikmat, bahkan rahmat dan satu tali penghubung antara makhluk dan khalik. 

Wa nunazzilu minal Qur'ani maa huwa syifaa wa rahmatun lilmukminin.

Artinya: Dan Kami turunkan dari isi kandungan Al-Qur'an itu, obat dan rahmat bagi orang mukmin.

Teringat penulis pada ungkapan seorang OKU di kaki gunung Indonesia, ketika seorang wartawan hadir untuk melihatnya bertanya, apakah anda tidak merasa kesusahan dengan kecatatan seperti ini, OKU itu ditakdirkan tidak punya tangan dan terpaksa menulis dan melukis menggunakan kaki.Subhanallah. Apa jawabnya? Sesungguhnya tidak ada cacat celanya pada ciptaan Allah Taala itu, kalau ternyata hadirnya cacat, itu adalah salahnya (pandangan) manusia itu sendiri.

Nah, disini..persepsi itulah yang membahagikan ini nikmat, itu bencana. Sementara Al-Qur'an mengatakan ia adalah rahmat. Kerana orang sakit ditarik keceriaan wajahnya, kesihatan dirinya dan dosa-dosanya, 

Sabda Nabi Muhammad SAW, "Sungguh hebat orang mukmin, apabila ditimpa bencana, dia bersabar, apabila diberi nikmat, dia bersyukur" Mudah-mudahan kita boleh menerima takdir Tuhan ke atas diri kita ya. Orang yang sabar dan redha dengan takdir Tuhan ini, bakal mendapat title Agung dari Tuhan, "Radhiallahu anhum...wa radhuu anhu...dzalika liman khasiya rabbah" Redha Allah Taala kepada mereka, dan mereka pun redha pada Allah Taala (atas takdir selama hidupnya) itu lah balasan bagi orang-orang yang takutkan tuhanNya,

Wallahu A'lam. 

Read more »

 
Thursday, September 18, 2014

Cara Posting Artikel di Blog

Read more »

 

ANUGERAH BLOG DINAMIK 2014

ALHAMDULILLAH, telah berpuluh blog lahir dalam masa 2 minggu ini. melihat kerajinan dan daya kreatif rakan-rakan blogger yang sering update blog mereka, saya akan memberi anugerah ini kepada mereka, anugerah ini akan berada di Blog mereka selama setahun.



Mudah-mudahan menjadi pemicu bagi mereka untuk terus berkarya. Untuk makluman di sebelah kiri blog saya terdapat link ke blog-blog lain, yang mana jika mereka update status hari ini, secara automatik kedudukan blog mereka akan berada paling atas. Kepada Guru-guru lain yang inginkan link blog anda berada dalam norish77.blogspot.com..sila berikan link anda. Mudah-mudahan makin bertambah pembaca dan pahala anda. Amin

Read more »

 
Wednesday, September 17, 2014

Anugerah APC buat rakan setugas

Kadang-kadang seorang insan ketika ditanya, bilakah anda mahu melakukan itu dan ini? Jawabnya saya belum ada keinginan lagi, Tunggulah bantuan Allah Taala tiba, saya belum mahu berubah lagi" Itulah jawapan dari manusia yang kurang bermotuivasi atau boleh dikatakan langsung tiada motivasi. 

Sebenarnya keinginan yang baik itu sudah ada dalam diri setiap manusia, cuma tindakan sahaja yang belum bermula, hanya memandang kejayaan demi kejayaan orang lain diraih. Sampai bila?

Sebenarnya juga, keinginan masuk syurga Allah itu semua orang ada. Kalau tak percaya, sila suruh angkat tangan siapa yang mau masuk neraka? Ayok...Cuma manusia mengambil sikap hanya menunggu perubahan itu terjadi dengan sendiri. MALAS untuk memulakan  tindakan.

Manusia seperti ini sebenarnya akan menjadi makhluk yang ketinggalan dalam semua aspek. Kalau toh majunya dia, hanya dalam beberapa bidang sahaja. Orang yang berjaya, tentunya memiliki ciri-ciri yang positif, sangat kecil ciri negatif nya walaupun tak terpisahkan.

Sahabat saya ini, dari awal saya sudah meramalkan, bahawa beliau bakal mendapat tahta APC tahun ini. Hanya saja masa menentukan. Nah...29 Mei 2015, bertepatan hari Khamis, Cikgu Azila Abdullah di umumkan antara penerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Sebagai sahabat saya yang banyak menolong membereskan hampir semua kerja-kerja. Baik yang kecil atau besar, baik yang dalam lingkungan nya mau pun diluar batasan, semuanya dikerjakan tanpa mengira masa dan wang ringgit. Layaklah beliau mendapat nya. Doa saya, agar hidup lebih cemerlang, lebih luas langkah, lebih lebar sayapnya dan bertukar menjadi aku yang baru.

Ahli syurga, begitulah, sejak dari dunia ..ciri-ciri cemerlangnya sudah terserlah.Ayuh kita serlahlah diri kita. Siapa lagi kalau bukan kita. ...Wa ahdainaahun najdain... dan Kami hidayahkan kepada manusia 2 jalan.

Sesungguhnya...orang cemerlang, tiada sikap, tunggu lah dulu, nanti lah dulu, kalau itu lah kesempatan yang mesti direbut.

Read more »

 

Semangat itu Penyakit Berjangkit

Upgrade Diri diketika ada semangat. Berkawanlah dengan orang kaya jika mahu kaya, kata Dr Azizan dalam siri ceramah, anda ada orang kaya dalam senarai facebook anda? Tanyanya, adaaa....jawab hadirin, siapa? Dr Azizan. Ya. Kalau mahu bersemangat, berenergi, bergaullah dengan mereka. Tumpanglah ilmu mereka, nescaya perubahan akan kelihatan pada diri anda.Ingatlah,akan ada satu masa nanti, kita tak sempat berbuat apa-apa, mungkin dikala itu kita sedang sakit atau apa saja, jikalah kita punya tulisan yang boleh diikuti orang akan hal kebaikan yang kita anjurkan, bukankah itu satu cabang pahala buat kita nanti?

Read more »

 

Panduan Lengkap Bagi Pertama Kali Join Blog

Read more »

 

Panduan Bagi Permulaan



Read more »

 
Monday, September 15, 2014