Friday, September 26, 2014

Apa perlunya Thoriqat?

Ada 3 jenis manusia dalam menuju kedekatan dengan Tuhan.

1. Golongan yang sampai terus ke destinasi. Dia tak faham dan tak tau apa yang berlaku sepanjang jalan, kerna dia ni naik kapal terbang. Istimewanya dia sampai lebih cepat dari orang lain.

2. Golongan yang sampai lambat. Dia naik kereta Nissan tahun 1984 lalu ikut Gua Musang, Kuala Lipis, Merapoh Lancang dan akhirnya di Kuala Lumpur. Dia boleh cerita semua pengalamannya dalam perjalanan, eksiden di mana. Surau dimana, kedai makan sedap dimana. Semua dia tahu.

3. Golongan ketiga dia lalu ikut jalan golongan kedua, tetapi sampai di Temerloh (dia tersesat jalan sikit gara-gara GPS hilang dikesan radar) lalu singgah di Temerloh. Ada pulak orang tawarkan kerja sementara dan anak dara comel Kg Awah, lalu kahwin dan menetap disitu. Golongan ini tidak sampai hakikat. Ilmu dan pengalaman ada tetapi tak boleh bimbing orang lain.

Sampai pada Allah untuk faham kita orang awam ialah mengenal tujuan adanya Agama lalu ia beramal dengannya dan membuat persiapan sebanyak mungkin untuk pulang mengadap Tuhannya.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama. (Muttafaq ‘Alaihi, no. 8 dalam al-Fath)

Hakikatnya, semua manusia mesti lalui jalan untuk sampai ke destinasi. Samada jalan darat, laut, udara atau jalan ghaib. Meraibkan diri pun jalan jugak. Kerana itulah caranya.

Dalam berangan-angan hendak menjadi hamba yang dekat dengan Tuhan. Seorang hamba mesti mencari jalan. Ya..carilah jalan. Samada jalan kampung atau jalan persekutuan, bandaraya atau highway.
 

No comments:

Post a Comment