Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Tuesday, September 23, 2014
Awalnya saya belajar berblog dari seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut di Jepun. Tahun itu awal 2006.

Menulis dan berkarya menjadi seronok ketika ianya datang dari diri sendiri untuk berkongsi apa yang kita tahu. Cara mengolah seseorang tidak sama. Disini terletaknya istimewa diri kita. 

Saya terus menulis sehingga setahun kemudian saya ingin menukar template blog. Malangnya kerana ilmu kurang, blog lama yang tersimpan setahun coretan itu "burn" begitu sahaja. 2007 Saya mulakan kembali penulisan, tanpa merasa kesal yang sangat mendalam, sehingga akhirnya seorang penerbit datang menemui saya dan mengajak menjadi penulis buku,

Kemudiannya, tahun 2010, wartawan Majalah Pendidik pula menghubungi saya kerana berminat untuk memasukkan Blog Norish77 dalam Majalah warga pendidik itu. 

Kemudian, aktiviti berblog menjadi slow, kerana terpaan angin facebook yang begitu kencang. Merasa blog saya begitu lama sekali kian tidak terisi, saya kini kembali mengisi dan mengajak kawan-kawan yang suka penulis untuk berblog bersama.

Maka lahirnya akhir-akhir ini penulis blog seperti Hartina Ali, Aisyah Nining, Nurul Fildza, Zurina Samhah, Ros Ma, Haslinda, Rus line, Dayang Hairuniza, dan lain-lain. Blog Lobam.Net pula berada dalam kategori blog Otai dan sememangnya adminnya sangat suka menulis.

Ayuh...mari berblog, kita tak punya masa yang panjang untuk hidup. Sisa-sisa yang ada mari kita sempatkan untuk berdakwah melalui penulisan. Insya Allah, diketika ketiadaan kita nanti, tulisan-tulisan ini akan bermanfaat bagi pembaca.

AL-Fatihah

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers