BERANI HIDUP LUAR BIASA
Manusia sebenarnya selesa dengan cara hidup
biasa-biasa. Cara hidup biasa ini tidak banyak cabaran. Graf hidupnya statik
dan tidak banyak berubah.
Dari segi gajinya biasa-biasa sahaja. Cukup makan dan sara hidup setiap bulan. Dari
cara bekerjanya biasa-biasa sahaja. Keluar rumah waktu pagi dan balik waktu
petang.
Inilah yang umum dilakukan
oleh manusia biasa. Namun ada orang berfikiran, sampai bila dia akan hidup cara
sebegitu. Gaji bulan ini habis bulan ini. Andainya bulan depan dia tidak
bekerja dan tiada gaji,maka dia seperti orang yang tidak punya apa-apa.
Lalu dia berfikir dan ingin
naik ke taraf yang lebih tinggi. Ingin mempunyai gaji yang besar, kenderaan
yang bagus dan segala keinginan dirinya dan keluarga tercapai.
Lalu dia merancang untuk
keluar dari cara hidup biasa ke arah cara hidup luar biasa.
Rupanya bukan mudah untuk melalui setiap anak tangga. Banyak cubaan yang kadang-kadang boleh mematahkan semangat, namun disebabkan keinginan yang kuat, dia tempuhi jua.
Manusia pertama pencipta
bernama Thomas Edison pernah berkata, “kejayaan itu dicapai dengan 1 perseratus
keinginan dan 99 peratus usaha”
Untuk hidup cara luar
biasa, kita mesti berani berubah, berani bertindak luar biasa. Maksudnya berani membuat
tindakan diluar dari kebiasaan.
Dalam akademik, jika kamu ingin kejayaan
yang cemerlang, contohnya mendapat 5A dalam UPSR,
kamu mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh. Bak kata Dr.Shukri, “Kejayaan
yang luar biasa itu datangnya dari usaha yang luar biasa”.
Kita perlu berfikir dan
mengambil keputusan demi masa depan kita sendiri. Baik buruk, bahagia, derita
kita adalah akibat ulah perbuatan kita sendiri.
Siapa mahu hidup susah?
Cuba angkat tangan. Ada? Pastinya orang yang normal tidak mahu sama sekali.
Baik susah semasa dewasa nanti, atau ketika sudah menginjak zaman orang tua
atau lebih jauh lagi, susah ketika berada di dalam kubur dan akhirat nanti.
Untuk itu, kita mesti
paksakan diri untuk menyelamat diri kita. Sebagaimana kita datang ke dunia
hanyalah seorang diri, keluar dari perut ibu seorang diri, begitulah kita akan
pergi satu masa nanti seorang seorang diri.
Kita mesti pandang jauh ke
depan. Bukan sekadar mahu hidup senang di sini (dunia) sahaja, bahkan di sana
juga. Peluang yang datang hanya sekali sahaja.Ianya tak akan berulang lagi.
Jika kamu sudah berusia 13
tahun,umumnya kita semua akan pergi ke sekolah menengah, menangis macam mana
sekalipun masa tidak akan dapat membawa kita kembali ke zaman lampau.
Sungguh rugilah
orang-orang yang telah mensia-siakan nikmat hidup. Sedangkan orang yang sudah
meninggal, jika ditanya apakah mereka ingin hidup kembali untuk menebus dosa
mereka, pastinya semua mereka mahu hidup semula.
Guru-guru hanyalah
pembimbing kita, mereka tidak boleh menyelamat kita.
Sewaktu kita berada dalam
dewan peperiksaan, kita sendiri yang berdepan dengan soalan. Tiada siapa yang
boleh menolong. Begitulah ketika manusia berdepan dengan Malaikat di dalam
kubur yang bertanya soalan, tiada siapa pun yang mampu menolong kita.
Samalah dengan Nabi,
mereka juga hanya pembimbing, mahu atau tidak ikuti ajaran mereka, itu
tergantung pada kita.
Tuhan telah memberi kepada
manusia anugerah akal yang sangat mahal nilainya. Kerana akallah, manusia
berbeza dari makhluk lain, kerana akalnya manusia boleh terbang tinggi dengan
pesawat di udara, kerana akal manusia mampu sampai ke angkasa raya, bahkan
turun ke lautan yang dalam.
Buletinkali ini ingin
mengajak anak-anak semua untuk berani hidup berubah,
Ada satu keadaan yang akan
kita lalui apabila kita memutuskan untuk hidup luar biasa. Keadaan itu adalah
kurang selesa.
Keadaan ini sebenarnya
tidaklah lama, kita perlu bersabar sehingga kita semakin merasa agak selesa
dengan keadaan baru.
Selain itu, para pelajar
yang yang berjaya, kita perlu berkorban untuk mencapai kejayaan.
Masa bermain-main perlu
dikurangkan, banyakkan membuat latih tubi, perbanyakkan latihan matematik,
sains dan soalan-soalan lain.
Banyakkan membaca. Pada
waktu petang isilah dengan beriadah. Pelajar cemerlang tidak memisahkan dirinya
dari aktiviti bersukan.
Kerana dengan bersukan,
otak menjadi cergas, badan sihat,ingatan pun semakin kuat.
Kita perlu berkorban masa
untuk membaca buku-buku, percayalah orang yang rajin membaca, dia akan
mempunyai banyak ilmu. Ilmu lah yang menaikkan dirinya di mata orang lain.
Sebagaimana belon naik
kerana isinya dan bukan kerana warnanya.
No comments:
Post a Comment