Saturday, September 27, 2014

Hobi pada Photoshop

Selain berblog, saya juga suka kepada photoshop. Minat kepada photoshop telah membuat saya sanggup membeli DVD hingga ratusan ringgit untuk belajar. Kemudian membeli perisian tertentu untuk mencantikkan lagi hiasan.

Sayangnya, salah seorang guru photoshop saya, iaitu kawan saya sendiri, hilang entah ke mana. Beliau dan juga isterinya juga seorang guru di sebuah sekolah. Minatnya pada kamera sehingga beliau menghadiri kursus RM600 seorang di Sabak Bernam. Beliau kemudiannya mengusahakan projek mengambil gambar orang kahwin. Saya belajar phostoshop secara jarak jauh dengan beliau dan juga membina website Jomlaa. Beliau menghantar video-video cara mengedit web dan photoshop. Di sekolahnya, beliau seorang yang sangat penting. web sekolah beliaulah orang pertama yang ciptakan.

Satu masa, saya dengar khabar, rumahnya kosong, dia dan isteri tidak lagi tinggal bersama dan tidak lagi hadir ke sekolah tanpa makluman. Beliau hilang jejak entah di mana.Saya mendoakan agar kawan saya ini masih hidup dan berpegang dengan agama. Walau bagaimana pun kesusahan sekarang.
 

1 comment: