Monday, September 22, 2014

ISI Ceramah 5 Minit DADAH

DENGAN AGAMA, DADAH AKAN HANCUR.   Kerana dadah manusia manusia yang elok, baik bertukar menjadi manusia durjana, bengis, hilang rasa kasih sayang, pencuri, perompak, malah pembunuh anak dan keluarga sendiri.
Semuanya gara-gara ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah. Mereka terpaksa jadi begitu (jahat) sebab tubuh dan jiwa mereka sedang sakit.Sakit yang amat parah. Mereka tidak lagi peduli halal, haram, apa kata agama, apa ancaman Allah Taala. Semuanya hilang dari fikiran mereka yang waras selama ini.

Sebab itulah, jika kita tidak ingin menjadi penagih dadah, dalami ilmu agama. Nescaya akan terhindar dari semua hal yang tidak berfaedah itu. Kerana orang yang faham agama, dia sedar bahawa hidup ini sementara, akhirnya mereka akan kembali menemui Allah Taala. Firman Allah Taala, 

Man yuridillahu bihil khair, yu faqqihhu fiddin...."Barangsiapa yang Allah Taala mahu kan kebaikan untuknya, maka Allah Taala jadikan dia faham agama"

Anak-anak yang dikasihi sekalian, marilah mempelajari agama, mendalami sehingga kita kenal Allah. Orang yang kenal Allah, rasa takut akan menerjah dihatinya. Taqwa akan diraih. Kelak di akhirat, mereka ini tergolong dalam golongan, "Laa khaufun 'alaihim wa laa hum yahzanun" Tiada ketakutan atas mereka, dan tiada pun rasa kerungsingan".
 

No comments:

Post a Comment