Wednesday, September 17, 2014

Anugerah APC buat rakan setugas

Kadang-kadang seorang insan ketika ditanya, bilakah anda mahu melakukan itu dan ini? Jawabnya saya belum ada keinginan lagi, Tunggulah bantuan Allah Taala tiba, saya belum mahu berubah lagi" Itulah jawapan dari manusia yang kurang bermotuivasi atau boleh dikatakan langsung tiada motivasi. 

Sebenarnya keinginan yang baik itu sudah ada dalam diri setiap manusia, cuma tindakan sahaja yang belum bermula, hanya memandang kejayaan demi kejayaan orang lain diraih. Sampai bila?

Sebenarnya juga, keinginan masuk syurga Allah itu semua orang ada. Kalau tak percaya, sila suruh angkat tangan siapa yang mau masuk neraka? Ayok...Cuma manusia mengambil sikap hanya menunggu perubahan itu terjadi dengan sendiri. MALAS untuk memulakan  tindakan.

Manusia seperti ini sebenarnya akan menjadi makhluk yang ketinggalan dalam semua aspek. Kalau toh majunya dia, hanya dalam beberapa bidang sahaja. Orang yang berjaya, tentunya memiliki ciri-ciri yang positif, sangat kecil ciri negatif nya walaupun tak terpisahkan.

Sahabat saya ini, dari awal saya sudah meramalkan, bahawa beliau bakal mendapat tahta APC tahun ini. Hanya saja masa menentukan. Nah...29 Mei 2015, bertepatan hari Khamis, Cikgu Azila Abdullah di umumkan antara penerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Sebagai sahabat saya yang banyak menolong membereskan hampir semua kerja-kerja. Baik yang kecil atau besar, baik yang dalam lingkungan nya mau pun diluar batasan, semuanya dikerjakan tanpa mengira masa dan wang ringgit. Layaklah beliau mendapat nya. Doa saya, agar hidup lebih cemerlang, lebih luas langkah, lebih lebar sayapnya dan bertukar menjadi aku yang baru.

Ahli syurga, begitulah, sejak dari dunia ..ciri-ciri cemerlangnya sudah terserlah.Ayuh kita serlahlah diri kita. Siapa lagi kalau bukan kita. ...Wa ahdainaahun najdain... dan Kami hidayahkan kepada manusia 2 jalan.

Sesungguhnya...orang cemerlang, tiada sikap, tunggu lah dulu, nanti lah dulu, kalau itu lah kesempatan yang mesti direbut.

 

No comments:

Post a Comment