Sunday, September 21, 2014

Tips Membuat Pengunjung Betah

Salam Bahagia, keterujaan saya pada hari ini disebabkan 3 buah lagi blog lahir. Blog SK Sg Ramal Dalam Kajang, Blog UBK SK (P) Methodist Melaka dan SK Kundasang. Semua blog ini lahir bukan atas dasar keterpaksaan, akan tetapi semangat ingin menjadi manusia yang lain.

Tahniah juga kepada En Roshaimmi juga telah mengupdate blog nya buat pertama kali. Haslinda Jais juga telah merasa ketinggalan apabila lama tidak menjeling blog kesayangannya. Saya pautkan semua alamat blog mereka itu di blog saya. Jika ada yang tertinggal mohon dimaklumkan.

Untuk pengetahuan anda semua, hari ini saya juga memasang 2 gajet baru, yang pertama borang untuk pengunjung mengutus apa-apa informasi dan pertanyaan. Anda boleh lakukan dengan menambah gajet.

Yang kedua Gajet  "mungkin ini anda meminati" nak baca. Gajet ini akan membuatkan pembaca tidak meninggal blog anda, mereka tetap terus betah kerana ada lagi, ada lagi berita lain yang menarik perhatiannya.

Klik sini http://www.linkwithin.com/learn
 

No comments:

Post a Comment