Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

ERPH BNK 2020 | Unit Kaunseling Sekolah

Blog Archive

Thursday, October 16, 2014
Antara yang boleh kita manfaatkan dengan aplikasi whatsapp ialah berkongsi segala maklumat, ilmu, pengetahuan, mungkin (juga) pengalaman, tazkirah, dakwah, doa dan sebagainya. Gunakan alat-alat ini sebagai perantara yang menjadikan pahala buat kita. Ambil kesempatannya. Kerana dakwah tidak hanyalah kaku dengan mesti berjumpa seseorang secara berdepan.

Sementara itu, ahli group lain mestilah respon, paling kurang beri tanda like agar orang maklum anda membacanya kendatipun anda sebenarnya sibuk. "Like" yang anda berikan, adalah satu galakan baginya untuk terus melakukan, menyampaikan hal-hal kebaikan. Adalah sangat-sangat tidak patut, jika menjadi ahli group, langsung tidak pernah memberi respon, apatah lagi komentar. Sedangkan anda sentiasa online dan membuka aplikasi itu.
Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan seseorang itu pada hakikatnya dia tidak rela berada dalam group itu. Dia di ajak,(invite) secara paksa oleh rakan yang lain. Hendak keluar group takut orang lain berkecil hati. Lantas dia mendiamkan diri sahaja. Sehingga orang tidak tahu kewujudannya.
Admin group boleh mengingatkan insan sebegini dengan bertanya khabar melalui Private Massage, dan jika PM pun dia masih tidak layan.Tunggu tempoh 2-3 hari. Jika tidak respon, kemungkinan besar dia tidak berminat dan kesibukannya boleh terganggu dengan banyak mesej yang masuk. Maka admin boleh remove ahli tersebut bagi memberi laluan kepada orang lain yang ingin mengambil manfaat dan sudi memberi respon. 
Seandainya dia berminat, dia akan menghantar mesej mohon masuk semula. Sebaliknya jika dia mendiamkan diri sahaja. Camkan lah, dia lebih rela berada dalam situasi terkini.

Sunnah Nabi kita..membaca Quran sebelum matahari menjelma. Kaunselor pantasnya bangun awal pagi..berhubung dulu dengan sang pencipta melalui 2 rakaat tahajud sekurangnya. Kemudian baca sepipi 2 al-quran..
Inilah penolong anda di dalam kubur nan gelap gulita nanti.
Disaat tiada suami,tiada anak,tiada kekasih. Saat inilah yang sedang dirasakan oleh sahabat KPA kita Kak Nazmah.
Nyatalah hidup ini singkat cuma. Buat apa kita kumpul wang yang banyak jika hubungan kita denganNya rapuh.
Ayuh bangunlah..bangkitklah..tinggalkan kebiasaan kita yg jauh dari Allah.
Allah itu sayang pada kita.Dia cukup2 kasihan takut kita masuk nerakaNya.
Dia tahu kita takkan mampu membayar udara. Makanya Dia beri percuma saja pada kita.
Dia tahu...kita tak kan mampu membayar air..makanya Tuhan bagi percuma saja.makanya 3/4 bumi ini dipenuhi air. Untuk siapa? Untuk hambaNya buat mengabdi diri sebelum saat ia pergi.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers