Saturday, October 4, 2014

Perutusan Aidil Adha.

SANGGUP MENJADI DIRI YANG LAIN

Umat Islam akan meraikan Aidil Adha setiap tahun. Perayaan ini melambangkan pengorbanan teragung dari seorang insan untuk Tuhannya. 'Adha' dari perkataan Udhiah yang maknanya pengorbanan. Di sini kita perlu memahami bahawa sangat pentingnya pengorbanan.

Siapa pun yang nak maju,mesti berkorban. Baik dalam hal keduniaan ataupun agama. Orang nak kaya mesti korban masa,wang dan apa saja untuk meningkat pendapatannya. Ikut kursus bengkel dan belajar. Kemudian susuli dengan kerja keras. Sanggup kurang tidur. Sanggup balik lewat dan sebagainya.

Dalam agama,kita digalak menjadi berbeza dari orang lain. Kerana 90% umat Islam tidak memahami Islam itu sendiri.(menurut gereja).

Menurut kaca mata orang Tasauf. Orang Islam yang meninggal dunia itu terbahagi 4 golongan.

Yang pertama matinya seperti haiwan. Manusia ini hidup nya tak ubah laksana haiwan. Keluar pagi balik petang cari makan. Solatnya entah ke mana. Yang ada hanya urusan perut semata. Manusia ini tak ada harga langsung di sisi Tuhan dan matinya tak ubah bagaikan haiwannya mati.

Yang kedua..meninggal dalam keadaan kurus kering. Golongan ini orang yang ikut-ikutan dalam beramal. Cukup-cukup makan kata orang. Solatnya ada tapi Isinya tak ada. Dia sendiri blurr dan tak faham sangat apa yang dia buat. Pun masih tak bernasib baik.

Golongan ketiga meninggal bagaikan orang tidur. Pada wajahnya pun tergambar muka orang laksana sedang tidur. Tempoh dia di alam barzakh pun tak lama. Ini lah manusia yang beramal dengan isi. Belajar dengan berguru. Patuh dan istiqomah. Allah Taala pendekkan masa nya di alam kubur. Mudah cakap bagai orang koma, atau ashabul kahfi.. 300 tahun pun dirasakan hanya sehari. Subhanallah.

Golongan terakhir adalah meninggal laksana Nabi dan orang mati syahid.  Walaa taquulu liman yuqtalu fi sabilillahi amwaat.. jangan kamu kata orang yang meninggal dijalan Allah itu mati. Bah ahyaa un wala killa tasy uruun. Bahkan mereka hidup. Akan tetapi kamu sahaja yang tidak mengetahui. (Meninggal tetapi hidup)

Ayuh..jadi orang berbeza. Semuanya perlu pengorbanan. Jangan tidur kita sama dengan tidurnya orang awam. Jangan solat kita sama dengan mereka. Solat kita mestilah ikut syariat. Faiza qodhaitumus solaata fazkurullAh. Apabila engkau selesai berzikirlah (menyebut nama Allah).

Jangan macam orang lain. Habis salam langsung kabur. Inilah manusia yang tak mengenal Tuhan. Langsung tak ada hubungan dengan pencipta dirinya.

 

No comments:

Post a Comment