Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Blog Archive

Friday, November 21, 2014
Seandainya di akhirat manusia bergembira tatkala mendapat buku rekod sepanjang hidupnya dengan tangan kanannya, kemudian dia pulang menemui keluarganya dalam keadaan yang sama.
Sebaliknya ahli neraka menerima buku catatan amalnya dengan tangan kiri malah lewat belakang. Dia berteriak yad'u tsubuuraa aduhai celakalah aku. Nasib masa depan yang panjang sudah jelas di matanya.
Begitulah anak-anak, di dunia kita gembira apabila mendapat hadiah,penghargaan di hari anugerah kecemerlangan dan satu keluarga menumpang bahagia bangga dan teruja. Tak cukup sekadar mendengar berita, mak ayah yang tak sempat berada bersama ingin melihat sendiri bagaimana anaknya berada di pentas. Tak ada video, gambar pun memadai.
Ciri-ciri insan berjaya akhirat ialah, semasa hidupnya dia sentiasa lebih baik dan baik dari sehari ke sehari. Dengan kata lain sentiasa memperbaiki diri.
Lebih banyak ilmu dia pelajari, lebih tawaduk dan takut pada Ilahi Rabbi. Akhlak nya bertambah bagus, ibadah semakin bermutu. Kata-katanya lemah lembut, ada ilmu yang keluar. Hatinya semakin redha, tawakal dan semakin rindu pada penciptaNya.
Inilah ciri-ciri insan berjaya di akhirat dan bakal mendapat redha serta syurgaNya.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers