Wednesday, December 30, 2015
Sunday, December 27, 2015
Tuesday, December 22, 2015
Thursday, December 17, 2015

JOM JADI HEBAT

KOTA BHARU : 11 DISEMBER 2016. Seraimai 14 orang guru Bimbingan dan Kaunseling telah hadir ke perjumpaan secara tidak rasmi di SMKA Melor.


Read more »

 

BENGKEL HIPNOTIS KALI KEDUA UNTUK GROUP KAUNSELOR PALING AKTIF


Read more »

 

Pesanan Berharga Guru Kami

Waktu lahir  disambut azan,
Waktu meninggal di lepas shalat,
Antara azan dan shalat,
Aduhai, alangkah singkatnya hidup.

Lahir ke dunia telanjang bulat,
Pulang hanya berkain kapan,
Jangan ke alam hati tertambat,

Alam tak mampu menolong badan.


1.Dari Buku karangan Prof. Dr. H.Abu Bakar Aceh, Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf, Halaman 210, cetakan ke sepuluh. Penerbit Ramadhani.1996.

Diceritakan juga bahwa Tuhan menciptakan empat orang wali besar, yang dinamakan Autad, yang menjaga keselamatan dunia, semuanya ada empat orang, seorang  di Timur, seorang  di barat, seorang  di Syam, dan seorang di Yaman, masing-masing bertanggungjawab terhadap seperempat dunia. Apabila seorang  dari mereka wafat, digantikan dengan 70 orang, yang dinamakan nujaba’, begitu juga apabila yang seorang  mati pula lalu digantikan dengan 40 laki-laki, jika seorang laki-laki in mati, digantikan dengan 70 orang, yang dinamakan nujaba’, begitu juga apabila salah seorang daripada mereka mati, digantiakan dengan 300 org penggantinya, yang dinamakan nuqaba’, dan apabila seorang dari mereka wafat pula digantikan dengan 500 orang pilihan, yang dinamakan asaib, yang pada akhirnya berpecah atas orang-orang yang dinamakn mufarridun, yang berkeliaran di atas muka bumi sebagai orang biasa, sebagai pemimpin umum dari segala golongan itu ialah Nabi Khaidir, dan sebagai wali yang terakhir ialah Imam Mahdi. Demikianlah diringkaskan dari ceritera Abdullah bin Mas’ud”.


Read more »

 
Wednesday, December 16, 2015
Tuesday, December 15, 2015

Makna Hidup

Waktu ketemu Pak Tarmizi di Banda Aceh, katanya MATi itu ialah Mempersembahkan Amalan Terhadap Ilahi, Sementara HIDUP ialah Hanya Ini Dunia Untuk PengAbdian.. Hidup ini CUkup Singkat..Beberapa tahun yang lalu kita pernah bersama,sepertinya bagaikan semalam, masih terdengar2 suara Abg Ipar Sam Azan di sini...
10 Dis 2011 BAnda Aceh

Read more »

 
Thursday, December 3, 2015

PENDAFTARAN MENGIKUTI BENGKEL HIPNOTERAPI


UNTUK MENJADI AHLI YANG PAKAR DALAM HIPNOTERAPI, ANDA PERLU MENGHADIRKAN DIRI KE BENGKEL KAMI SELMA 3 HARI.

KLIK

https://goo.gl/Fqg6S5

Read more »

 
Tuesday, December 1, 2015
Thursday, November 26, 2015
Wednesday, November 25, 2015
Tuesday, November 24, 2015
Monday, November 23, 2015
Sunday, November 15, 2015
Saturday, November 14, 2015

Tutorial Cara Print Sijil Banyak


Read more »

 

Coretan Minggu Ini (November 2015)


Kisah Turning Point 1
==================
Jika saya menemui penagih yang sedang dalam proses untuk pulih, saya akan bertanya, kenapa anda ingin pulih.

Dalam seribu penagih, hanya seorang yang berjaya pulih. Termasuklah sahabat saya arwah Hafney.
Salah seorang menjawab begini. Dia sudah lama menangih. Tidak peduli apa orang kata. Satu hari, ketika sama sama duk main jeck jarum di dalam semak bersama kawannya, tiba-tiba datang seorang berkata kepada kawan nya, hei, balik lah engko, emak kau meninggal kat rumah tu. Member ni jawab jawab, kejap la lagi bro..aku nak layan sejarum lagi.
Habis layan sejarum, dia dan kawannya pun pergi lah ke rumah yang meninggal. Sesampai disana, jasad emak kawannya sudah tiada, sudah siap dibawa ke kubur dan ditanam.
Orang berkata kepada kawannya, apalah engkau ni, mak sendiri meninggal pun tak balik.
Dari kisah ini dia terfikir. Hari ini mak kawan aku meninggal. Ntah ntah besok mak aku sendiri. Dahsyat betul penangan dadah ni. Akhirnya dia ambil keputusan untuk berhenti.
Inilah yg saya katakan turning point. Sebab untuk seseorang itu berubah. Berapa ramai penagih yang hati kecilnya meronta-ronta ingin berubah? Tetapi semuanya gagal.
Begitulah manusia biasa, kalau ingin berubah, anda perlukan turning point, iaitu sebab APA yang terbesar untuk anda berubah. Kenapa anda perlu berubah? Untuk apa? Jika jawapan ini tak ditemukan, maka sukar bagi anda untuk berubah.

AYAH TARIK BARANG MAINAN ANAK


Ketika seorang anak sedang berdoa, dalam masa yang sama dia mengambil hand phone dan bermain dengan hand phone nya. Bapaknya yang melihat perangai anaknya ini terus merampas supaya dia lebih khusyuk dalam berdoa.
Pun begitulah sang hamba, yang asyik leka dengan dunianya, dengan keretanya, rumahnya, perniagaannya, kehebatannya, Allah Taala tarik semula, supaya dia lebih khusyuk dalam menghamba diri padaNya.
Ada kereta, kereta terbakar, ada bisness, bisness hancur, ada nama, nama tercemar, semuanya adalah kerana Allah sedang memerhatikan gerak geri hambaNya. Dia sedar hamba itu yang Dia kasihi sedang hanyut, lalu Dia tarik semula.

Subhanallah. Jika kita masih ada segalanya, syukurlah. Supaya kita sedar itu semua adalah dariNya.
Ketika kita diambil apa yang ada, syukurlah, Dia sedang memerhati anda. Anda dalam perhatianNya.

Kisah Turning Point Seorang Penagih
==============================
Sekiranya bertaubat itu satu hal yang mudah atau gampang, maka tidaklah besar pahalanya bagi orang yang bertaubat.Tuhan acap kali memuji orang yang bertaubat, Tsumma Tuubuu.lantaran dia mundur kembali ke jalannya yang lurus menuju destinasi yang memandu nya pulang ke pangkuan.
Jalan yang lurus menuju syurga, tanpa belok-belok kiri kanan, tanpa terjun atau terhumban dahulu ke lubang neraka. Makanya kita memohon Ihdinassiratal Mustaqim,Tunjukkan kami jalan yang lurus. Mungkin antara kita lebih ramai tahu membacanya dengan fasih macam orang Arab, namun kurang memahami apa maknanya sih, siratal Mustaqim itu.
Kita tinggalkan sebentar pembuka bicara itu, saya pernah temui seorang penagih dadah, dia berasal dan tinggal di Serdang Lama. Seronok berbual dengannya, mulanya ada perasaan takut-takut untuk menegurnya, ketika saya memberikan kuliah di surau dalam pusat serenti, matanya memandang terus ke arah saya. Wajahnya kelihatan agak garang dan bengis. Ah... nampak macam gedebe dia ni, nanti dia. Bisik hati kecil saya. Habis ceramah, diwaktu yang lain, ketika habis solat asar (kalau tak salah) saya mendekatinya.Bertanya dari mana asalnya.
So, cerita yang saya dapati darinya begini, kesimpulan yang dapat saya kutip, rupanya bukan mudah untuk bertaubat. Jangankan bertaubat, untuk memulakan taubat pun bukan main susah. Dalam penagihan, orang yang ingin berhenti dari menagih, dia mensti mendapatkan turning point (faktor untuk berhenti dari terus menagih) dalam hidupnya. Turning point adalah sebab untuk berhenti. Untuk apa dia nak berhenti dari terus menjadi penagih. Kalau ini dia tidak temui, maka sampai mati pun dia akan hidup dalam dunia penagihan. Dalam penagihan juga, berkata Saudara Hafney,,, hanya 1 dalam seribu yang berjaya berhenti.

Read more »

 
Wednesday, November 11, 2015
Tuesday, November 10, 2015
Thursday, November 5, 2015

Test

Sg http://postimg.org/image/59tezorfn/

Read more »

 
Wednesday, November 4, 2015

Sedutan gambar ceramah penulis di beberapa buah lokasi










Read more »

 

Dalam Kenangan Selamanya

Tarikh 4 November adalah tarikh penting buat warga guru SK Bangi dan juga SK Beranang. Tarikh ini mempunyai kaitan dengan seorang guru besar yang telah berada di kedua-dua buah sekolah tersebut.

Selama 8 tahun beliau menjadi PK Koko di Sk Beranang, kemudian berpindah menjadi Guru Besar di SK Bangi selama 8 tahun (2002-2010) dan kembali semula ke SK Beranang sebagai guru besar.
Menurut pencerita yang penulis dapatkan, setiap hari setelah beliau meninggal, ada sekeluarga miskin yang sering datang ke kuburnya setiap hari/minggu untuk menziarahi. Katanya, arwah adalah seorang yang aktif menderma dan membantu orang miskin selama hayatnya dalam diam. 

Sebab itulah, setelah beliau tiada, keluarga itu sentiasa datang. Apa yang penulis ingin catatkan di sini sebagai peringatan bersama, adalah menjadi kebiasaan seseorang akan meninggal tak jauh dari tarikh dia dilahirkan.  Penulis sering berjumpa dengan beberapa kes yang sama. Antara lain, inilah contohnya. Arwah meninggal pada 4 November, sedangkan beliau dilahirkan pada 2 November.


Hari Jumaat

Ketika Lawatan YB Adun Bangi, DR.Shafie menyampaikan hadiah buku kamus kepada murid SK Bangi

Dalam Kenangan. Pn Zakiah Idris. 50 Tahun 2 Hari. Selamat Jalan Menuju Alam Abadi.Sempat Berbakti pada SK Bangi.Menabur budi setiap hari.Akhirnya pergi mengadap Ilahi. Aduhai..Alangkah singkatnya hidup ini. Datang ke dunia dengan tangisan, Pergi dilepas dengan solat, Hidup antara Azan dan Solat, Aduhai, alangkah singkatnya hidup.
Kepada yang mengenali insan bernama Cikgu Zakiah Idris. Titipkan doa mu buat nya di alam barzakh. Hari ini beliau pergi, esok kita pun kan menyusuri. Tiada lagi amal dan bakti, yang kekal hanya amalan dibawa ke mati.

Ramai yang terasa kenaikannya dalam kerjaya ada sangkut paut dengan arwah. Ada juga yang dari guru biasa tiba-tiba dilantik menjadi Guru Besar. Hal ini membuat ramai yang terkejut. Apabila ditanya penyebabnya, jawapannya adalah markah tahunan guru tersebut sentiasa 95% ke atas selama 3 tahun berturut-turut. Siapa kah yang terlibat memberikan markah itu? Arwahlah salah seorang. 

Untuk yang tiada, salahnya dimaafkan, Dosa nya kita ampun, kebaikannya kita sebarkan. Mudah-mudahan kita pula nanti mendapat imbalan yang sama. AlFatihah

Dalam Artikel Lain : http://norish77.blogspot.my/2012/11/buletin-november-2012.html

Read more »

 
Friday, October 30, 2015

Gambaran di Padang Mahsyar

Gambaran Di Padang Mahsyar

Sahabat yang dimuliakan, Beriman kepada hari kiamat dan kehidupan di Padang Mahsyar adalah salah satu daripada Rukun Iman. Sesiapa yang tidak mempercayainya akan termasuk dikalangan orang yang tidak beriman dan menjadi kafir dan akan mendapat siksaannya di hari akhirat nanti.

Sahabat yang dirahmati Allah, Dibawah ini di jelaskan beberapa peristiwa yang di ambil daripada beberapa hadis Nabi s.a.w untuk menjelaskan peristiwa hari kiamat, Padang Mahsyar dan pengadilan Allah kepada setiap hamba-hamba-Nya.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Berpancaran peluh manusia di Hari Qiyamat (di Padang Mahsyar) nanti kerana sangat huru hara yang mereka alami dan rasai, sehingga mereka tenggelam didalam peluh mereka yang telah mengalir.”

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama "Al-Kausar" yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari Syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 1. Pemimpin yang adil. 2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid. 4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. 6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di Padang Mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara berkata, “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib dan ‘Atid / Kiraman Katibin.

15. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

16. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

17. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

18. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

19. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

20. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

21. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

22. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

23. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat : a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. b. Memasukkan manusia ke dalam Syurga tanpa hisab. c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari Neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

24. Para Nabi dan Rasul serta golongan Khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 orang yang lain.

25. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju Syurga melintasi Jambatan Sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya Neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

26. Fudhail bin Iyadh berkata, "Perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api Neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya."

27. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri Sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 orang yang meniti Sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya, 999 orang akan terjatuh ke dalam Neraka.

Sahabat yang dihormati, Marilah sama-sama kita membuat persiapan dengan meningkatkan amal soleh, amal ibadah yang ikhlas kerana Allah, amal kebajikan dan banyakkan amal jariah dan memberi ilmu yang bermanfa'at untuk diri kita sebelum kita kembali kepada Allah s.w.t. Perlulah kita menjaga setiap anggota kita samaada lidah, telinga, mata, kaki dan tangan untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya supaya kita terselamat daripada timbangan amal dan pengadilan kerana ketika itu semua anggota kita dan makhluk disekeliling akan menjadi saksi atas perbuatan kita kecuali mulut.

Read more »

 
Wednesday, October 21, 2015

Pakistan ke India ni

https://www.facebook.com/facebook/videos/10153231379946729/

Read more »

 
Thursday, October 8, 2015

Sebelum mata terlena..

Beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul
Hulurkan ampunanmu..

Kembara ku keseorangan
Di alam buana Mu ini
Mencari sesuatu yang nama Bahagia

Pabila ku sedar, bahagia itu tiada di dunia ini
Redha Mu ku cari
Oh...Ilahi..

Read more »

 
Monday, October 5, 2015

KERJA MUDAH YANG DIPERPAYAHKAN

BERIKUT ALAMAT (URL) HRMIS YANG TIDAK DIPAPARKAN DI PAGE UTAMA HRMIS

https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

LINK MENUJU KE ALAMAT INI SEHARUSNYA TERPAPAR DIMUKA PALING DEPAN UNTUK MEMUDAHKAN KERJA-KERJA KITA SEMUA. HANYA KLIK BUTANG LOG IN, KITA TERUS DIBAWA PAGE INI https://hrmis2.eghrmis.gov.mY


Read more »

 
Sunday, October 4, 2015

PELAJARI HIPNOSIS DALAM MASA 3 HARI

TARIKH, MASA DAN TEMPAT ADALAH SEPERTI DI ATAS

HUBUNGI : NOORHISHAM, CALL 011 10815141 ATAU WHATSAP 0196144040

Read more »

 
Friday, October 2, 2015

Post

Prog LUA NLP pada 7-8 Nov 2015. (2H1M)

Tempat: Seri Menanti Resort, Seri Menanti NS insyaallah

Tarikh akhir bayaran: 1 OKT 2015 ( Hanya 45 orang pertama yg akan diterima )

Bukti pembayaran RM399: Whatsapp kepada Aisyah Sweet (019415880)

No akaun: 555 126 109 988
(ATTRACTive Learning & Consultancy, Maybank)

PESERTA (Mohon isikan nama Tuan Puan):
🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆🎆

1. Aniq
2. ABG LONG
3. Dini
4. Mulin (paid)
5. Zuaiza
6. Norharfanizah
7. Nornaimah
8. Marina cun ( paid )
9. Effa khairunnisak
10. Asmazila
11. Solihah
12. Noor Azian SK Lesong Batu
13. Aula
14. Muhammad Hafiz
15. Rubiah
16. Rogayah
17. Mun Nordin
18. Esa AT
19. Puan JJ art therapy
20. Olin AT
21. Tam hamid AT (dep 200)
22. Madihah Sabariah AT
23. Wan azlina spada (paid)
24. norhanim
25. norlela husin
26. NORLIZA (paid )
27. Renaldi Kamaluddin
28. Md Faizal Bin Kamaruzaman (Suami Asmazila)
29. Sh. Linora' Ashikin Wan Zain
30. Harun Abdul Jabar (suami)
31. Zairoslina
32. Suzaiza ( paid )
33. Puan Afzan uitm
34. Suami Afzan uitm
35. Tuan Jamil
36. NORSALWA BT ABDUL WAHAB(paid)
37. Akram (paid)
38. Naimah Ghazali (paid)
39. Syariffah Anisah (paid)
40.Siti Jamilah
41. Nurhidayatee AT
42. Cikgu Azmi AT (Dep 200 )
43. Isteri Tuan Akram (paid)
44. Reena ( paid )
45. Hafiz   ( paid )
46. Julaibeeb (paid)
47. Khubaib ( paid)
46. Khadijah Abdullah (paid)
47. Aishah suhaimi ( paid ).

Read more »

 

Jenis Manusia Visual Auditori dan Kinestetik

Tipe Visual Orang visual akan lebih memahami melalui apa yang mereka lihat. Warna, hubungan ruang, potret mental dan gambar menonjol dalam modalitas ini. Adapun beberapa ciri orang dengan tipe belajar visual, yaitu : Rapi, teratur, memperhatikan segala sesuatu dan menjaga penampilan Berbicara dengan cepat Perencana dan pengatur jangka panjang yang baik Pengeja yang baik dan dapat melihat kata-kata yang sebenarnya dalam pikiran mereka Lebih mengingat apa yang dilihat daripada yang didengar Mengingat dengan asosiasi visual Mempunyai masalah untuk mengingat instruksi verbal kecuali jika ditulis dan sering meminta orang lain untuk mengulangi ucapannya. Lebih suka membaca daripada dibacakan dan pembaca yang cepat Mencoret-coret tanpa arti selama berbicara di telepon atau dalam rapat Lebih suka melakukan demonstrasi daripada berpidato Lebih menyukai seni gambar daripada musik Sering menjawab pertanyaan dengan jawaban yang singkat ya atau tidak Mengetahui apa yang harus dikatakan, tetapi tidak pandai memilih kata-kata yang tepat Biasanya tidak terganggu dengan keributan 2. Tipe auditori Orang dengan tipe ini akan lebih memahami sesuatu melalui apa yang mereka dengar. Modalitas ini mengakses segala jenis bunyi dan kata. Musik, irama, dialog internal dan suara menonjol pada tipe auditori. Seseorang yang sangat auditori memiliki ciri-ciri sebagai berikut : Suka berbicara kepada diri sendiri saat bekerja Perhatiannya mudah terpecah dan mudah terganggu oleh keributan Menggerakkan bibir mereka dan mengucapkan tulisan di buku ketika membaca Senang membaca dengan keras dan mendengarkan Dapat mengulangi kembali dan menirukan nada, perubahan dan warna suara Merasa kesulitan untuk menulis dan lebih suka mengucapkan secara lisan Berbicara dalam irama yang terpola Lebih suka musik daripada seni gambar Belajar dengan mendengarkan dan mengingat apa yang didiskusikan daripada yang dilihat Suka berbicara, suka berdiskusi dan menjelaskan sesuatu dengan panjang lebar Lebih suka gurauan lisan daripada membaca komik Mempunyai masalah dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan visualisasi, seperti memotong bagian-bagian hingga sesuai satu sama lain Lebih pandai mengeja dengan keras daripada menuliskannya Biasanya pembicara yang fasih 3. Kinestetik Orang dengan tipe kinestetik belajar malalui gerak, emosi dan sentuhan. Modalitas ini mengakses pada gerakan, koordinasi, irama, tanggapan emosional, dan kenyamanan fisik. Ciri-ciri orang dengan tipe belajar kinestetik yaitu : Berbicara dengan perlahan Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian mereka saat berbicara Berdiri berdekatan saat berbicara dengan orang Selalu berorientasi pada fisik dan banyak bergerak Belajar melalui memanipulasi dan praktik Menghafal dengan cara berjalan dan melihat Menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca Banyak menggunakan isyarat tubuh Tidak dapat diam untuk waktu yang lama Tidak dapat mengingat geografis, kecuali jika mereka memang telah pernah berada di tempat itu. Menyukai permainan yang menyibukkan Mencerminkan aksi dengan gerakan tubuh saat membaca, suka mengetuk-ngetuk pena, jari, atau kaki saat mendengarkan Ingin melakukan segala sesuatu Kemungkinan tulisannya jelek Selain ketiga tipe belajar tersebut, DePetter juga menambahkan bahwa ada tipe campuran dari tiga tipe belajar diatas, misalnya Auditori-visual atau Visual-kinestetik atau bisa ketiga-tiganya tapi biasanya satu tipe belajar lebih mendominasi. Jadi, menurutmu, yang manakah tipe belajarmu? :) Jika bisa ditemukan, maka ada baiknya dimaksimalkan. :D https://sandurezu.wordpress.com/2013/02/05/mengenal-tipe-belajarmu-visual-auditori-atau-kinestetik/

Read more »

 

Jenis Manusia Visual Auditori dan Kinestetik

  1. Tipe Visual
Orang visual akan lebih memahami melalui apa yang mereka lihat. Warna, hubungan ruang, potret mental dan gambar menonjol dalam modalitas ini. Adapun beberapa ciri orang dengan tipe belajar visual, yaitu :
  • Rapi, teratur, memperhatikan segala sesuatu dan menjaga penampilan
  • Berbicara dengan cepat
  • Perencana dan pengatur jangka panjang yang baik
  • Pengeja yang baik dan dapat melihat kata-kata yang sebenarnya dalam pikiran mereka
  • Lebih mengingat apa yang dilihat daripada yang didengar
  • Mengingat dengan asosiasi visual
  • Mempunyai masalah untuk mengingat instruksi verbal kecuali jika ditulis dan sering meminta orang lain untuk mengulangi ucapannya.
  • Lebih suka membaca daripada dibacakan dan pembaca yang cepat
  • Mencoret-coret tanpa arti selama berbicara di telepon atau dalam rapat
  • Lebih suka melakukan demonstrasi daripada berpidato
  • Lebih menyukai seni gambar daripada musik
  • Sering menjawab pertanyaan dengan jawaban yang singkat ya atau tidak
  • Mengetahui apa yang harus dikatakan, tetapi tidak pandai memilih kata-kata yang tepat
  • Biasanya tidak terganggu dengan keributan
2. Tipe auditori
Orang dengan tipe ini akan lebih memahami sesuatu melalui apa yang mereka dengar. Modalitas ini mengakses segala jenis bunyi dan kata. Musik, irama, dialog internal dan suara menonjol pada tipe auditori. Seseorang yang sangat auditori memiliki ciri-ciri sebagai berikut :
  • Suka berbicara kepada diri sendiri saat bekerja
  • Perhatiannya mudah terpecah dan mudah terganggu oleh keributan
  • Menggerakkan bibir mereka dan mengucapkan tulisan di buku ketika membaca
  • Senang membaca dengan keras dan mendengarkan
  • Dapat mengulangi kembali dan menirukan nada, perubahan dan warna suara
  • Merasa kesulitan untuk menulis dan lebih suka mengucapkan secara lisan
  • Berbicara dalam irama yang terpola
  • Lebih suka musik daripada seni gambar
  • Belajar dengan mendengarkan dan mengingat apa yang didiskusikan daripada yang dilihat
  • Suka berbicara, suka berdiskusi dan menjelaskan sesuatu dengan panjang lebar
  • Lebih suka gurauan lisan daripada membaca komik
  • Mempunyai masalah dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan visualisasi, seperti memotong bagian-bagian hingga sesuai satu sama lain
  • Lebih pandai mengeja dengan keras daripada menuliskannya
  • Biasanya pembicara yang fasih
3. Kinestetik
Orang dengan tipe kinestetik belajar malalui gerak, emosi dan sentuhan. Modalitas ini mengakses pada gerakan, koordinasi, irama, tanggapan emosional, dan kenyamanan fisik. Ciri-ciri orang dengan tipe belajar kinestetik yaitu :
  • Berbicara dengan perlahan
  • Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian mereka saat berbicara
  • Berdiri berdekatan saat berbicara dengan orang
  • Selalu berorientasi pada fisik dan banyak bergerak
  • Belajar melalui memanipulasi dan praktik
  • Menghafal dengan cara berjalan dan melihat
  • Menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca
  • Banyak menggunakan isyarat tubuh
  • Tidak dapat diam untuk waktu yang lama
  • Tidak dapat mengingat geografis, kecuali jika mereka memang telah pernah berada di tempat itu.
  • Menyukai permainan yang menyibukkan
  • Mencerminkan aksi dengan gerakan tubuh saat membaca, suka mengetuk-ngetuk pena, jari, atau kaki saat mendengarkan
  • Ingin melakukan segala sesuatu
  • Kemungkinan tulisannya jelek
Selain ketiga tipe belajar tersebut, DePetter juga menambahkan bahwa ada tipe campuran dari tiga tipe belajar diatas, misalnya Auditori-visual atau Visual-kinestetik atau bisa ketiga-tiganya tapi biasanya satu tipe belajar lebih mendominasi.
Jadi, menurutmu, yang manakah tipe belajarmu? :) Jika bisa ditemukan, maka ada baiknya dimaksimalkan. :D

https://sandurezu.wordpress.com/2013/02/05/mengenal-tipe-belajarmu-visual-auditori-atau-kinestetik/

Read more »

 

Jenis Manusia Visual Auditori dan Kinestetik

  1. Tipe Visual
Orang visual akan lebih memahami melalui apa yang mereka lihat. Warna, hubungan ruang, potret mental dan gambar menonjol dalam modalitas ini. Adapun beberapa ciri orang dengan tipe belajar visual, yaitu :
  • Rapi, teratur, memperhatikan segala sesuatu dan menjaga penampilan
  • Berbicara dengan cepat
  • Perencana dan pengatur jangka panjang yang baik
  • Pengeja yang baik dan dapat melihat kata-kata yang sebenarnya dalam pikiran mereka
  • Lebih mengingat apa yang dilihat daripada yang didengar
  • Mengingat dengan asosiasi visual
  • Mempunyai masalah untuk mengingat instruksi verbal kecuali jika ditulis dan sering meminta orang lain untuk mengulangi ucapannya.
  • Lebih suka membaca daripada dibacakan dan pembaca yang cepat
  • Mencoret-coret tanpa arti selama berbicara di telepon atau dalam rapat
  • Lebih suka melakukan demonstrasi daripada berpidato
  • Lebih menyukai seni gambar daripada musik
  • Sering menjawab pertanyaan dengan jawaban yang singkat ya atau tidak
  • Mengetahui apa yang harus dikatakan, tetapi tidak pandai memilih kata-kata yang tepat
  • Biasanya tidak terganggu dengan keributan
2. Tipe auditori
Orang dengan tipe ini akan lebih memahami sesuatu melalui apa yang mereka dengar. Modalitas ini mengakses segala jenis bunyi dan kata. Musik, irama, dialog internal dan suara menonjol pada tipe auditori. Seseorang yang sangat auditori memiliki ciri-ciri sebagai berikut :
  • Suka berbicara kepada diri sendiri saat bekerja
  • Perhatiannya mudah terpecah dan mudah terganggu oleh keributan
  • Menggerakkan bibir mereka dan mengucapkan tulisan di buku ketika membaca
  • Senang membaca dengan keras dan mendengarkan
  • Dapat mengulangi kembali dan menirukan nada, perubahan dan warna suara
  • Merasa kesulitan untuk menulis dan lebih suka mengucapkan secara lisan
  • Berbicara dalam irama yang terpola
  • Lebih suka musik daripada seni gambar
  • Belajar dengan mendengarkan dan mengingat apa yang didiskusikan daripada yang dilihat
  • Suka berbicara, suka berdiskusi dan menjelaskan sesuatu dengan panjang lebar
  • Lebih suka gurauan lisan daripada membaca komik
  • Mempunyai masalah dengan pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan visualisasi, seperti memotong bagian-bagian hingga sesuai satu sama lain
  • Lebih pandai mengeja dengan keras daripada menuliskannya
  • Biasanya pembicara yang fasih
3. Kinestetik
Orang dengan tipe kinestetik belajar malalui gerak, emosi dan sentuhan. Modalitas ini mengakses pada gerakan, koordinasi, irama, tanggapan emosional, dan kenyamanan fisik. Ciri-ciri orang dengan tipe belajar kinestetik yaitu :
  • Berbicara dengan perlahan
  • Menyentuh orang untuk mendapatkan perhatian mereka saat berbicara
  • Berdiri berdekatan saat berbicara dengan orang
  • Selalu berorientasi pada fisik dan banyak bergerak
  • Belajar melalui memanipulasi dan praktik
  • Menghafal dengan cara berjalan dan melihat
  • Menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca
  • Banyak menggunakan isyarat tubuh
  • Tidak dapat diam untuk waktu yang lama
  • Tidak dapat mengingat geografis, kecuali jika mereka memang telah pernah berada di tempat itu.
  • Menyukai permainan yang menyibukkan
  • Mencerminkan aksi dengan gerakan tubuh saat membaca, suka mengetuk-ngetuk pena, jari, atau kaki saat mendengarkan
  • Ingin melakukan segala sesuatu
  • Kemungkinan tulisannya jelek
Selain ketiga tipe belajar tersebut, DePetter juga menambahkan bahwa ada tipe campuran dari tiga tipe belajar diatas, misalnya Auditori-visual atau Visual-kinestetik atau bisa ketiga-tiganya tapi biasanya satu tipe belajar lebih mendominasi.
Jadi, menurutmu, yang manakah tipe belajarmu? :) Jika bisa ditemukan, maka ada baiknya dimaksimalkan. :D

https://sandurezu.wordpress.com/2013/02/05/mengenal-tipe-belajarmu-visual-auditori-atau-kinestetik/

Read more »

 
Wednesday, September 30, 2015

Erti Rindu bagi sang penagih

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan Syabas dan Tahniah atas kesudian anda membantu adik anda. Jikalah bukan anda yang terdetik perasaan ingin membantu, nescaya tiada lagi orang lain yang akan ambil peduli. Sementelahan orang tahu, bahawa "sekali menagih, selamanya akan menjadi penagih" Maafkan saya jika mengguna perkataan menagih.Kerana dari penjelasan anda, istilah ini sudah pun ada pada diri adik anda.Bukti-buktinya cukup.

Namun percayalah, bukan begitu keputusan muktamad Tuhan, masih ada sisa untuk kita berusaha, membantu mereka yang sedang jatuh dalam lubang penagihan. Ya..kerana mereka sedang berada didalam "lubang", dan "lubang" itu sangatlah dalam, maka kitalah (orang yang berada di luar lubang) yang boleh memberi bantuan kepadanya.

Memahami Arti Rindu Seorang Penagih

Saya tinggalkan bab "Bagaimana Seseorang Boleh Terjebak" seketika, seorang Penagih Akan Rindu kepada "benda itu" dengan 3 sebab. Pertama apabila dia bertemu semula lokasi lama bekas dia pernah hinggap disitu. Serta merta kerinduannya datang. Berkata para penagih yang kami temui, kerinduan itu mencapai 7 kali ganda bahkan lebih, dari rindunya seseorang lelaki atau perempuan kepada sang kekasihnya. Kedua... "Benda-benda yang pernah diguna" untuk bermain benda itu. Antaranya sudu, timah, "dapur"  dan sebagainya, inipun menjadikan dia rindu dan ketiga..apabila dia bertemu rakan-rakan lama dalam dunia gelapnya itu.

Ada tambahan lagi yang kami temui dari bekas pengkonsumsi tersebut, katanya nombor-nombor  telefon juga cukup kuat tarikannya dan terakhir ialah bau-bauan yang pernah dia mencium nya. Nombor telefon itu yang pernah dia tekan-tekan untuk mendapatkan barang terlarang.

Inilah masalahnya, kita inginkan dia keluar dari dunia gelap itu, sedangkan dia tenggelam dalam dunia rindu dendamnya.Darul Hanan, AADK, Air Tawar, Jampi, bahkan pengubatan ala zikir tarekat pun masih belum menjamin 100 peratus kesembuhan, walaupun masing-masing mendakwa mereka berjaya mencapai peratusan yang tinggi dalam kesembuhan.Kerana yang ingin disembuhkan tiada jiwa yang kuat untuk sembuh.Mereka ada lintasan hati untuk sembuh, tetapi tiada usaha ke arah itu.Bahkan lebih senang duduk dalam dunianya.

Walau bagaimanapun anda harus terus mencuba, paling tidak dengan doa-doa dan rintihan kepada Tuhan, minta tuhan selamatkan dia di dunia ini, apalagi di akhirat. Malangnya manusia yang tenggelam dalam dunia penagihan, bukan sahaja dia kehilangan keluarga, adik beradik, kerja, anak, isteri, bahkan dia kehilangan TUHAN. Bayangkan jika dia tidur dibawah jambatan Klang selama 3 tahun, siang mencari makan dibelakang-belakang restauran, Mc Donald, KFC dan sebagainya, malamnya pula tidur berlangitkan simen jambatan, bertilam simen yang keras. Dimana tuhan mereka?

Mungkin cerita Pak Cik ini boleh anda jadikan teladan. Umurnya sekitar 58 tahun, saya bertemu disalah satu pusat serenti. Hati ingin tahu, apa pasal dah tua-tua gini masih lagi menagih dan kenapa boleh masuk sini (pusat).

Mulai sekarang Aku mesti berhenti dari menagih

Lalu saya menghampirinya, apa jawabnya? Dia mula bercerita, dia ada isteri dan anak-anak, antaranya sudah berada di sekolah asrama. Ketika musim cuti persekolahan, anaknya pulang ke rumah, sedangkan antara hari-hari yang dia lalui, ada satu hari dirinya sangat sakit, sakit disebabkan datangnya keinginan untuk memasukkan dadah dalam tubuhnya (Gian). Anaknya cukup sedar kesakitan bapanya memang bukan kepalang, dan tiada ubat yang boleh menyembuhkannya kecuali "heroin". Lalu anaknya mengambil wang simpanannya RM50.00 diberikan kepadanya untuk membeli "ubat" itu. Bukan sekali, bahkan beberapa kali,sehingga duit simpanan anaknya berkurang.Kemudian pergi lah sang anak ke sekolahnya.

Satu hari, apabila cuti sekolah kali lainnya, isterinya mendapat telefon dari anak di asrama, dalam perbualan ditanya sang ibu, kenapa kamu tak balik (rumah), inikan cuti? Jawab anak, duit sudah habis mak. Bagaikan hati disantap, dia terkejut, sungguh anaknya telah berkorban dan menyusah diri demi bapanya seorang penagih. Ah... ini tak boleh jadi.. Mulai sekarang Aku mesti berhenti dari menagih.
Lalu dia bertemu bapak saudaranya, meminta tolong supaya dihantar ke mana-mana pusat pemulihan..Aku ingin pulih dah katanya... Apa lagi... berlinangan air mata bapa saudaranya, sambil berkata, aku sudah lama berdoa untukmu... baru kali ini tuhan mengabulnya..

Anda faham kan? Keinginan untuk sembuh boleh datang dari doa orang lain.So, jangan berputus asa. Belajarlah untuk memahami jiwa seorang penagih. Kalau boleh hubungi mereka yang pernah jatuh dalam dunia itu, mungkin anda boleh menghubungi PENDAMAI, minta pendapat dan bantuan untuk mendekati adik anda itu.Merekalah antara insan yang memahami jiwa mereka.

Satu perkara, untuk berhenti dari menagih, seseorang mesti ada "penyebab" kenapa dia perlu berhenti.Jika tiada sebab, selamanya dia akan begitu.

Read more »

 
Tuesday, September 29, 2015

Sejauh mana keberkesanan langkah pencegahan yang telah kita lakukan.

Membantu rakan-rakan lebih faham senario dadah di Malaysia. Antara takrif, statistik dan sejauh mana keberkesanan langkah pencegahan yang telah kita lakukan.

Read more »

 
Monday, September 28, 2015