Tuesday, January 27, 2015

Jalan Menuju Kejayaan

Dalam menuju ke satu destinasi, kita perlukan kenderaan yang bagus, jalan baik dan jalan mana yang ingin kita tempuhi.

Dalam pelajaran, seorang murid mesti memutuskan jalan yang mana dia nak lalui untuk mencapai kejayaan.

Walau berliku jauhnya jalan, akhirnya kita akan sampai ke destinasi nya juga.

Read more »

 

Kelebihan Solat Tahajud

Solat tahajud adalah solat sunat muakad, maksudnya adalah solat sunnah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah. Dalam sebuah riwayat dikatakan bahawasanya Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan solat tahajud baik itu ketika shafar atau bermukim ataupun disaat keadaan beliau sedang sihat mahupun sakit.
Dalam kehidupan manusia saat ini ternyata masih banyak beberapa orang yang masih meremehkan solat tahajud, padahal solat tahajud adalah solat yang memilki keutamaan yang besar selepas solat fardhu. Fungsi ataupun keutamaan dari solat ini ternyata banyak dan boleh menjadi penyelesaian bagi kita yang mempunyai permasalahan khususnya masalah spritual kita dengan sang pencipta. Adapun beberapa fungsi solat tahajud itu adalah sebagai berikut:
1. Menjadikan pelakunya sebagai hamba yang bersyukur "Dari Mughirah bin Syu'bah, ia berkata: Sungguh Rasulullah SAW berdiri dan solat sehingga kedua telapak kakinya atau kedua betisnya bengkak, lalu beliau ditanya, maka jawabnya: bukankah aku ini mesti menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?" ~ HR Bukhari ~
2.Menjadikan pelakunya bersemangat tinggi dan berjiwa bersih "Dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda "...Jika seseorang solat tahajud, maka di pagi harinya menjadi orang yang bersemangat tinggi dan jiwanya bersih. Jika tidak, maka di pagi harinya menjadi manusia yang berjiwa kotor dan pemalas". ~ HR Bukhari ~
3. Menjadikan pelakunya sebagai hamba yang paling dekat dengan Allah "Dari Amr bin Absah, Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah paling dekat dengan hambanya pada akhir malam, oleh itu jika kamu sanggup untuk menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat tersebut lakukanlah". ~ HR Tirmizi ~ ...
4. Menjadikan pelakunya terpuji "Pada sebahagian malam hari kerjakannlah solat tahajud sebagai ibadah tambahan bagimu. Sepantasnya Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yanng terpuji". ~ QS Al Israa: 17 ~
5. Menjadikan pelakunya sebagai mustahiq pemberian Allah di akhirat "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman yang dikelilingi mata air. Mereka menerima segala pemberin Tuhan kerana di dunia berbuat baik, mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan beristighfar di waktu sahur". ~ QS Adz Dzariyat: 15- 18 ~
6. Menjadikan pelakunya meraih kebahagiaan hidup "Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri kerana takut akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?" ~ QS Az Zumar: 9

Wahai diri yang bakal kembali kepada Tuhanmu pada bila-bila masa, ringankanlah tubuhmu untuk bangkit, lihatlah pada kulitmu, bukankah ia tak setegang dulu dulu, banyak kedut, lihatlah tubuhmu, banyak sudah jatuh kekuatannya, kasihanilah pada jasadmu, kasihanilah pada ruhmu, siapa pun tak boleh membantumu di dalam kubur nanti kecuali dirimu sendiri.

Read more »

 
Sunday, January 25, 2015

Penceramah Parenting

Tanpa banyak persoalan, saya diminta menyampaikan ceramah kepada ibubapa murid tahun 6 kali ini. Ceramah selama setengah ini hanya mampu bercerita tentang jalan menuju kejayaan dengan 8S. YDP PIBG turut berminat dengan bahan 8S, beliau bertanya dari mana boleh dapatkan bahan tersebut.
 Menggunakan skrin bantuan photoshop untuk menghuraikan ayat 20 surah al-hadid dan 8S

Read more »

 

E-oPERASI

 No.Kad Pengenalan:XXXXXXXXXX
                        Login ID:NORISH
                        Kata Laluan: NAMPAK

Read more »

 
Tuesday, January 20, 2015

BENGKEL CERTIFIED HYPNOTHERAPY KOHORT 4

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Terima kasih atas sokongan tuan/puan bersama kami selama ini. Kami akan terus menyajikan pelbagai program dan aktiviti pembangunan dan pengembangan diri serta profesion khidmat bantu kepada semua.
Kami menjemput tua/puan untuk bersama kami dalam program berikut:
Nama program : BENGKEL CERTIFIED HYPNOTHERAPY KOHORT 4
Tarikh : 11-13 FEBRUARI 2015
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang 
Tempat : MPWS Training Centre, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor

Maklumat umum berkaitan bengkel disertakan dalam brochure untuk pembacaan lanjut.

Bersama ini disertakan brochure program dan borang pendaftaran penyertaan. Mohon dikembalikan borang penyertaan sama ada melalui email atau faks.
Bagi tuan/puan yang ingin mendapatkan penginapan, boleh book Kajang Putra Star Hotel yang terletak sederet dengan tempat kursus ditalian 03-89122535.
Koleksi video testimoni juga boleh didapati di www.saffonecounselingtraining.com 

Sehingga kita bertemu pada program ini nanti.

Salam hormat
Saffuan Abdulllah
0143382689

Read more »

 
Monday, January 19, 2015

Peranan Hipnosis membantu perubahan sikap

Umum diketahui, sikap seseorang dipengaruhi oleh kepercayaan, keyakinan dan pegangan seseorang. Jika dia percaya dia tidak mampu, sikapnya akan mengarah ke arah tidak mampu. Maka terjadilah malas,tidak yakin diri dan lain-lain.

Saya akan berusaha menggunakan ilmu hypnoSIS untuk mengubah minda murid yang merasa

"saya orang biasa, akan menjadi saya manusia luar biasa"
"saya tak boleh, menjadi ya, saya pasti boleh"

Menurut apa yang saya pelajari, minda manusia boleh diformat kembali, proses memformat minda yang "tidak yakin" takut, risau" itu boleh dibuat dengan hypnoterapi.

Sudah beberapa kali sesi hipnosis yang baik dan selamat, antaranya saya menyaksikan seorang kawan yang takut kepada lipas, sebut saja lipas, terus dia merasa geli dan naik bulu roma. Dengan hypnoterapi dia kini mengakui sudah tidak takut lagi pada lipas seperti dahulu. Lipas sudah bertukar seakan kucing dalam mindanya.


Berikut adalah cara bagaimana hipnosis berperanan masuk ke dalam minda seseorang lalu memformat kembali minda tersebut. Mungkin ramai yang menyedari, bahawa minda seseorang boleh pergi ke alam mana-mana secepat kilat, dia boleh dibawa ke alam remaja, zaman kanak-kanak, malah zaman akan datang.

Tujuan hipnosis ini adalah untuk membentuk matlamat seseorang klien, kemudian jalan menuju ke arah destinasi tersebut. Dengan ini, setelah sesi hipnosis tamat, klien dengan sendirinya bersemangat, mempunyai jati diri, mempunyai tujuan yang jelas dalam hidupnya.



http://bimbinganskkgpasir.blogspot.com/

Read more »

 
Saturday, January 17, 2015

Faktor Trigger : Penghalang Utama Penagih Berhenti



Oleh : Noorhisham bin Hamzah,
Alumni
SPADA, Special Programme Alcohol and Drug Abuse
Diploma Siswazah Penyalahgunaan Dadah, USIM, 2009

Ada 5 Faktor Utama menyebabkan seorang penagih dadah tidak dapat berhenti dari penagihan. 3 Menurut World Health Organisation (WHO) Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan 2 lagi pengakuan para penagih sendiri.

People
Seorang penagih tidak boleh bertemu dengan seseorang yang menyebabkan dia menagih dadah, contoh rakan-rakan yang mengajaknya menagih atau sama-sama menagih. (Rakan Sepenagihan)

Atau seseorang yang dia benci. Contoh Ayahnya, kerana kebencian pada ayahnya itu menyebabkan dia lari dan menjadi penagih dadah. Imbauan kenangan silam menyebabkan otaknya kembali segar untuk merasakan dadah semula. Dengan itu, penagih mesti di jauhkan dengan rakan-rakan sepenagihannya, dalam agama mengajarkan HIJRAH. Sebab itulah, mereka yang bebas dari pusat serenti dan penjara digalakkan untuk berhijrah ke tempat baru bagi memulakan kehidupan baru.

Places
Tempat-tempat yang pernah menjadi sarang penagihan seperti semak, bawah tangga, bilik kecil, hotel dan lain-lain yang pernah mereka kunjungi akan kembali memanggil jiwa mereka untuk kembali menagih jika terpandang lokasi tersebut. Biasanya penagih murahan akan menjadi semak, tandas dan lain-lain tempat sebagai lokasi mereka menyuntik atau menghidu gam. Namun penagih kelas VIP seperti syabu, mereka tidak lagi menagih disana, akan tetapi mereka menyewa hotel dengan bayaran dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Ini kerana faktor syabu  meruap dan amatlah rugi bagi mereka jika wap itu keluar begitu saja, kerana harga syabu terlalu mahal.

Things
Alat-alat yang pernah digunakan bersangkutan dengan penagihan, seperti sudu, dapur (istilah bagi penagih), jarum suntikan, timah, liter, mancis, dan lain-lain. Kerana itu, katanya semua alat-alat itu tidak digalakkan untuk ditampal dalam poster. Kerana penagih akan menjadi semakin seronok dan depomin di otak mereka kembali subur. Namun bagi manusia biasa seperti kita dan anak-anak sekolah, tidak mendatangkan apa-apa keinginan pun untuk menjadi penagih. Saya kurang bersetuju dengan arahan supaya tidak ada gambar jarum di poster. Ini pendapat mereka yang tidak belajar secara mendalam berkaitan dadah.

Bau
Menurut para penagih, bau yang pernag mereka cium dan hidu akan mendatangkan kesan untuk relapse (kembali menagih) sangat tinggi. Bau bakaran syabu dan heroin akan membuat mereka boleh kembali menagih dalam masa yang sangat singkat.

Nombor Telefon
Nombor-nombor yang pernah menjadi nombor penting dalam hidup mereka pun di akui sangat berpengaruh.

Jika kita melihat kepada fungsi otak, otak sedar dan separa sedar. 82 % hidup manusia ini dikontrol untuk otak separa sedara. Penagih dadah, adalah mereka yang juga dikuasai oleh otak separa sedar. Jika ada keinginan mereka untuk berhenti, itu adalah lahir dari otak sedar, namun mereka akan terus-terus kalah kerana pengaruh otak besar (sub concius mind) lebih kuat berbanding otak kecil.

Demikian Catatan saya sebagai bahan ceramah 5 minit anti dadah. Silakan kongsi.

Read more »

 
Friday, January 16, 2015

Modul PMD 2014

Jika ada sesiapa ingin menambah koleksi modul PMD, saya telah uploadkan ke serve dibawah ini. Modul ini untuk murid darjah 4,5 dan 6 dibuat selama 3 hari.  Sila klik pada link dan anda sudah boleh download. Selamat Mengguna.

Read more »

 

Bahan Ceramah Parenting Saya

Hafiezhah Syazwiena Al Mar'ieyyah berusia 5 tahun. (sebelah kiri) semalam menangis tak mahu ditinggal maknya di sekolah tadika. 

Terpaksa dibawa balik sebelum habis masa belajar. Malam tadi, sebelum tidur saya buat hypnoterapi.. Mujur ada ilmu hypnosis, dan hari ini Hafiezhah ke sekolah dengan gembira. Tidak lagi menangis. Malah pulang bercerita apa yang cikgu sampaikan. Ternyata ilmu hypno sangat berguna. Saya akan sampaikan sebahagian ilmu ini dalam ceramah parenting saya yg pertama pada 24 Februari ini.

Tips Cemerlang dengan 8S dari Cgu Jinggo

Peranan Otak dalam pembentukan peribadi

Kenali Otak kita
Inilah dia yang dinamakan Hypnoterapi




Read more »

 
Thursday, January 15, 2015

Cipta Blog UBK dan PRS

Bagi rakan-rakan blogger guru yang sudah mempunyai blog, anda boleh saja menambah blog yang kedua tanpa menggunakan emel yang baru. Emel sedia ada cukup untuk melahirkan beberapa blog baru bahkan puluhan blog. (Jika sanggul laa).

Kebetulan tahun 2015 terdapat dalam buku rekod pergerakan PRS di sekolah, salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan ialah

1. Perjumpaan dengan PRS
2. Mento Mente
3. Fotografi bersama PRS
4. Mengisi Blog PRS

Jika anda nak buat perjumpaan setiap minggu, kemungkinan hal ini tidak akan terjadi. Maklumlah, cikgu bukan tak sibuk sekarang ni. Tak siap satu, kerja kedua datang, belum beres yang kedua, ada pulak arahan ketiga.

Kaunselor Cergas, Kaunselor Cemerlang

Read more »

 
Saturday, January 10, 2015

Salam Motivasi Awal 2015



Kita sudah masuk tahun baru 2015. Harga diri juga mahu dipertingkatkan. Cari sesuatu yang baru untuk refresh diri. Elak menunggu benda yang free/percuma datang. Belajarlah berkorban untuk mendapat sesuatu yang berharga. Barang percuma sudah pasti tak sama kualiti dengan barang ber'harga'. Sebetulnya kita sudah terlalu banyak menikmati hal yang percuma atas muka bumi ini.
Makan percuma..minum free..tempat tinggal gratis..pergi kerja ada motokar, semuanya Allah Taala yang berikan bukan?? Bukan kah percuma tu. Gaji kita dapat pun Allah Taala yang campur tangan jugak kan?? Kudrat kita, keinginan hati, semangat dan segalanya bukankah pemberian Dia? Kita makan supaya tubuh badan kuat dan sihat. Siapa yang buat beras jagung ikan semua tu. Dalam tak sadar kita telah menikmati jutaan hal yang percuma.

Lebih-lebih lagi udara. Makanya dunia ini dilitupi udara. Kerana ada oksigenlah kita boleh bernafas. Percuma atau bayar? Bayangkan kalau oksigen mesti dibeli, 14KG dengan harga RM100.00, seminggu guna habis. Sekali putus bekalan..apa jadi? Ramailah yang meninggal gara2 bekalan oksigen tak sampai.

Allah Taala tau manusia sangat perlukan air. Justeru 3/4 planet bumi ini dipenuhi air. Air pun percuma. Manusia hanya alirkan ke rumah-rumah.

Allah Taala hanya ingin manusia menjadi hambaNya yang taat dan patuh dengan sepenuhnya. Inilah kerja kita fulltime. Yang lain half time saja. Tak lama pun.. Hanya 50-79 tahun. Itupun ada yang kontrak hidupnya tak sampai 30 tahun.

Sisa-sisa hidup ini boleh menjadi sia-sia. Hanya buang huruf S, sia-sialah jadinya. Mudah saja mensiakan hidup. Hanya jadi penonton segala yang berlaku atas muka bumi ini tanpa mengambil iktibar..

Read more »

 
Thursday, January 1, 2015

Persiapan Awal Tahun 2015

Mak mak ni sedang mengisi perut sebelum meneruskan agenda gotong royong hari ini

Puan Hidaryati memerhatikan senarai nama petugas. Bukan mangsa banjir ya

Cikgu Afidah dan Misiah sedang hangat bermesyuarat

Read more »