Tuesday, January 27, 2015

Kelebihan Solat Tahajud

Solat tahajud adalah solat sunat muakad, maksudnya adalah solat sunnah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah. Dalam sebuah riwayat dikatakan bahawasanya Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan solat tahajud baik itu ketika shafar atau bermukim ataupun disaat keadaan beliau sedang sihat mahupun sakit.
Dalam kehidupan manusia saat ini ternyata masih banyak beberapa orang yang masih meremehkan solat tahajud, padahal solat tahajud adalah solat yang memilki keutamaan yang besar selepas solat fardhu. Fungsi ataupun keutamaan dari solat ini ternyata banyak dan boleh menjadi penyelesaian bagi kita yang mempunyai permasalahan khususnya masalah spritual kita dengan sang pencipta. Adapun beberapa fungsi solat tahajud itu adalah sebagai berikut:
1. Menjadikan pelakunya sebagai hamba yang bersyukur "Dari Mughirah bin Syu'bah, ia berkata: Sungguh Rasulullah SAW berdiri dan solat sehingga kedua telapak kakinya atau kedua betisnya bengkak, lalu beliau ditanya, maka jawabnya: bukankah aku ini mesti menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?" ~ HR Bukhari ~
2.Menjadikan pelakunya bersemangat tinggi dan berjiwa bersih "Dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda "...Jika seseorang solat tahajud, maka di pagi harinya menjadi orang yang bersemangat tinggi dan jiwanya bersih. Jika tidak, maka di pagi harinya menjadi manusia yang berjiwa kotor dan pemalas". ~ HR Bukhari ~
3. Menjadikan pelakunya sebagai hamba yang paling dekat dengan Allah "Dari Amr bin Absah, Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah paling dekat dengan hambanya pada akhir malam, oleh itu jika kamu sanggup untuk menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat tersebut lakukanlah". ~ HR Tirmizi ~ ...
4. Menjadikan pelakunya terpuji "Pada sebahagian malam hari kerjakannlah solat tahajud sebagai ibadah tambahan bagimu. Sepantasnya Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yanng terpuji". ~ QS Al Israa: 17 ~
5. Menjadikan pelakunya sebagai mustahiq pemberian Allah di akhirat "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman yang dikelilingi mata air. Mereka menerima segala pemberin Tuhan kerana di dunia berbuat baik, mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan beristighfar di waktu sahur". ~ QS Adz Dzariyat: 15- 18 ~
6. Menjadikan pelakunya meraih kebahagiaan hidup "Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri kerana takut akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?" ~ QS Az Zumar: 9

Wahai diri yang bakal kembali kepada Tuhanmu pada bila-bila masa, ringankanlah tubuhmu untuk bangkit, lihatlah pada kulitmu, bukankah ia tak setegang dulu dulu, banyak kedut, lihatlah tubuhmu, banyak sudah jatuh kekuatannya, kasihanilah pada jasadmu, kasihanilah pada ruhmu, siapa pun tak boleh membantumu di dalam kubur nanti kecuali dirimu sendiri.
 

No comments:

Post a Comment