Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Blog Archive

Saturday, January 10, 2015


Kita sudah masuk tahun baru 2015. Harga diri juga mahu dipertingkatkan. Cari sesuatu yang baru untuk refresh diri. Elak menunggu benda yang free/percuma datang. Belajarlah berkorban untuk mendapat sesuatu yang berharga. Barang percuma sudah pasti tak sama kualiti dengan barang ber'harga'. Sebetulnya kita sudah terlalu banyak menikmati hal yang percuma atas muka bumi ini.
Makan percuma..minum free..tempat tinggal gratis..pergi kerja ada motokar, semuanya Allah Taala yang berikan bukan?? Bukan kah percuma tu. Gaji kita dapat pun Allah Taala yang campur tangan jugak kan?? Kudrat kita, keinginan hati, semangat dan segalanya bukankah pemberian Dia? Kita makan supaya tubuh badan kuat dan sihat. Siapa yang buat beras jagung ikan semua tu. Dalam tak sadar kita telah menikmati jutaan hal yang percuma.

Lebih-lebih lagi udara. Makanya dunia ini dilitupi udara. Kerana ada oksigenlah kita boleh bernafas. Percuma atau bayar? Bayangkan kalau oksigen mesti dibeli, 14KG dengan harga RM100.00, seminggu guna habis. Sekali putus bekalan..apa jadi? Ramailah yang meninggal gara2 bekalan oksigen tak sampai.

Allah Taala tau manusia sangat perlukan air. Justeru 3/4 planet bumi ini dipenuhi air. Air pun percuma. Manusia hanya alirkan ke rumah-rumah.

Allah Taala hanya ingin manusia menjadi hambaNya yang taat dan patuh dengan sepenuhnya. Inilah kerja kita fulltime. Yang lain half time saja. Tak lama pun.. Hanya 50-79 tahun. Itupun ada yang kontrak hidupnya tak sampai 30 tahun.

Sisa-sisa hidup ini boleh menjadi sia-sia. Hanya buang huruf S, sia-sialah jadinya. Mudah saja mensiakan hidup. Hanya jadi penonton segala yang berlaku atas muka bumi ini tanpa mengambil iktibar..

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers