Friday, February 27, 2015

Motivasi Belajar Cara Belajar

Ibarat naik kereta, banyak peranan yang perlu bekerja untuk sampai ke destinasi. Mata tangan kaki fikiran memainkan peranannya masing-masing. Jika salah satu tak saling membantu, tujuan tak sampai..


Read more »

 
Sunday, February 22, 2015

Blog Produk Guru Kaunseling

Kunjungi kami di www.afraina.com

Read more »

 
Thursday, February 19, 2015

Membukukan Kehidupan Beliau Dari kacamata muridnya

Adalah sesuatu hal yang agak tidak mudah untuk membukukan sejarah Tuan Guru seperti yang dikehendaki oleh rakan-rakan. 

Atas rasa dakwah untuk generasi akan datang, tugas ini insya Allah saya akan galas, setidaknya untuk blog ini.

Ramai Insan diluar sana yang terpesona dengan peribadi ayahzid Dari jauh. Namun takut untuk menghampiri. Setelah beliau tiada, setelah mata terpejam buat selamanya, setelah habis Suara kudrat dan dakwahnya, ketika ITU gelombang baru muncul. 

Gelombang besar seakan ingin mengenali siapa beliau sebenarnya. Sementara saya hanyalah salah Satu Dari puluhan ribu manusia yang pernah hadir dalam hidupnya sebagai murid. 

Bermula 1990 hinggalah 1996 beberapa buah Pondok dan rumah Sewa menjadi Payung buat saya berteduh Di Pulau Melaka. Paling akhirnya rumah kayu yang kini menjadi kediaman Ust Nik Adli.

Makam beliau (berdaun Hijau) sebelah kanan adalah ayah nya (Tok Ku Nik Mat) sebelah nya lagi adalah ibu kandungnya (Nik Aminah) dan sebelah kiri IBU Tigrinya (Tok Ku Jah). Semua Insan ini pernah saya lihat kecuali ayahnda beliau sahaja.

Berkata Usz Nik Omar, datuknya pergi ketika dia berusia 14 tahun.

Bersama Ust Nik Rahim.

Read more »

 
Sunday, February 15, 2015

Pesanan Beliau

Saya sempat menghantar whatsapp pada menantu TGNA akan pesanan beliau 21 tahun yang lalu, mungkin mereka tak dengar,
"Jika saya tidak ada besok, bawak lah mayat saya atas pengusung tanpa penutup".
Alhamdulillah...pesanan itu nampaknya terlaksana. Dari kejauhan kami kirim kan Fatihah, doa, salam dan titipan kerinduan untuk bersama mu nanti disana. Amin Ya Rob


Di keheningan Subuh2 puluhan tahun yang lalu, beliau berpesan dalam kuliah subuhnya, seandainya beliau telah pergi, usunglah mayatnya atas keranda, jangan ditutup keranda itu,katanya biar lah orang melihat dan berkata..oooh.tengok tu..(bekas) menteri besar pun meninggal dunia jugak. Sampai disini..beliau berhenti bercakap dan..menangis..

Habis subuh saya pulang ke rumah yang saya tumpang (Abe Li).. Kebetulan Abg Rosli tak turun berjamaah subuh pagi ni..tapi isterinya hadir mendengar kuliah tadi.
Beliau bertanya saya..betulkah pagi tadi Tok Guru kata begitu. Ya..saya jawab..
(Tahun 1994)
Beliau...kami tak pernah panggil Tok Guru. Tapi kami panggil ayahzid. Mercedes nya sempat saya tumpang ke kuliahnya. Walaupun title MB, tapi kuliah tetap berjalan.

Pernah juga saya jadi imam solat asar, beliau di antara makmunnya. Hal ini terjadi kerana tak sengaja. Biasa kami tunggu beliau jadi imam, hari itu..beliau lewat sampai..bilal pun qamat dan saya ditolak naik. Ketika hendak takbir...saya melihat beliau pun naik masjid...saya mundur sambil mencabut mic ..beliau isyaratkan agar terus memimpin solat.
Ketika hendak sambung belajar Di Aceh Darussalam, beliau menghulurkan RM500.00. Tak campur pemberian sebelum INI RM600.00 untuk IBU saya menampung modal jualan. Memang tangan nya Tak lekat duit. Seorang lelaki yang disebut hadis..bersedekah dengan tangan kanannya tetapi tangan kirinya Tak tahu.
Kena Marah. Satu masa, beliau meminta semua orang turut berpuasa sunat. Begitu menjelang maghrib. Saya tolong azankan Di Masjid.. Rupanya masih 5 minit lagi belum masuk waktu. Mungkin beliau pun turut berbuka. Ketika beliau nail masjid..saya kena marah. Memang saya bersalah..kerana silap melihat masa.
Pada tahun yang lain, Kami naik berbuka puasa dirumah ayahnda. Kerana Sudah lama Makan dan tiada pun Suara azan, lalu beliau memandang Ke Arah saya sambil tersenyum dan menyebut ”Bilal Bilal Bilal”.
APA yang saya tahu..hanya 3 Kali salama setahun beliau terlepas solat tahajud. Inilah yang menjadi keriasauannya.
Satu hari..beliau balik dari kerja..sampai depan rumahnya. Ketika pintu kereta terbuka..2 orang budak kembar (anak saudaranya dari Ustz Siti Aminah) datang, seorang pegang jari kanannya, seorang lagi pegang tangan kirinya. Budak kembar ini pimpin bawa ayahZid sampai ke tangga rumahnya iaitu dibelakang pondok kami. Saya terus perhatikan saja gelagatnya dan cara Tok Guru bermain dengan anak-anak.
Rozel Jatuh. Satu masa Madrasah kami jemput beliau datang memberi ceramah. Ketika VIP ini sampai, satu bunga dipasang di atas poket baju melayunya sebelah kiri. 2-3 dipasang akhirnya tak lekat dan bunga itu terjatuh. Beliau tunduk ambil rozel itu dan masukkan dalam poket bajunya dan berjalan ke dewan.
Terbuka Jalan.
Satu masa beliau akan memberikan ceramah di Binjai bersama dengan Tengku Razali dan juga Tun Salleh Abbas. Saya teruja nak dengar. Saya tiba lebih awal dengan motor. Begitu saya sampai..orang sudah penuh sesak dan tak boleh masuk. Saya masih berfikir bagaimana caranya saya nak masuk. Ketika itu beliau pun tiba. Abang Abdullah yang menjadi driver tinggalkan TGNA di tepi jalan.. Saya meluru cepat-cepat berjalan didepan ayahnda. Sambil suluh lampu picit saya berteriak..BuKa Jalan! Buka Jalan! Buka Jalan! Tok Guru nak lalu...semua orang beri laluan sehingga saya tiba ke tempat paling depan.
Saya berpatah balik untuk menjemput Tun Salleh Abbas (bekas ketua hakim negara) yang baru tiba. Jalan yang perlu dilalui ada Longkang berair dan suasana gelap. Sekali lagi tangan saya menyambut tangan Tun Saleh untuk melintas longkang dan saya bawa Tun sampai ke depan. Secara zahirnya saya bawa mereka ke depan, tetapi pada hakikatnya, kerana beliau saya sampai ke depan..
Ya Allah..jika masih ada dosa pada hambaMu ITU yang hanya Insan biasa, ampuni Ya Rabb. Beliau guru Kami,murabbi Ummah, ayahnda Kami dan perginya Tak akan ada galang gantinya.
Perginya lagendaris..

Read more »

 

Pergimu tiada galang gantinya

Hilang mu kami tangisi. Pergimu pasti dirindui. Satu dalam sejuta belum pasti kami temui. Insan hebat yang kami kagumi. Obor penyatuan Tuan pegangi. Serata kaum turut ikuti. Tindakan bijak Ilham samawi. Hasil taqarub padaNya Rabbi.
Garang dan lembut ada dihati. Diterjah diserang sudah lali. Kawan menjadi inspirasi diri. Musuh sentiasa berjaga diri.
Kepada tuhan sentiasa di abdi. Siang dan malam sampai mati. Tubuh dipinjam katanya Dari Ilahi. Buat apa kita sombong..kelak kita kembali.

Satu ketika saya dilanda masalah, tak tau Ke Mana mahu mengadu. Akhirnya saya datang jumpa beliau selepas solat. Beliau kemudian mendengar rintihan saya, setelah bersoaljawab akhirnya beliau bersetuju akan memberi bantuan untuk meringankan bebanan yang dihadapi.
Hajat saya hanya ingin sampaikan masalah sahaja dan bukannya nak minta pertolongan beliau. Saya menjawab, "Ayahzid..saya tak mahu menyusahkan orang" beliau kemudian berkata "kalau tak mahu menyusahkan manusia...nak susahkan siapa lagi??" Jawapan orang berilmu ni lain.
Jawapan ini membuat saya terdiam dan tiada jawapan lagi.
Itulah TGNA

Alam Barzakh itu tak sama dengan alam kita tinggal. Sesaat di dunia tetap sesaat. setahun tetap setahun. Tetapi di alam barzakh, seminit boleh jadi setengah jam, 100 tahun boleh jadi 2 jam.
Ashabul Kahfi terlena 309 tahun, tetapi mereka merasakan baru setengah hari,Begitulah alam barzakh, masa yang lama hanya sekejap bagi mereka yang soleh/solehah.
Alam barzakh tak ada siang maupun malam, kita saja yang lihat siang dan malam. ALam dunia saja yang ditakluki masa. Alam lain tidak pun berada dalam masa.Sungguh ajaib Sang Maha Pencipta.
Bagaimana lah sambutan di alam barzakh dari ruh-ruh yang telah kembali menyambut Tuan Guru kami yang baru pergi..

Read more »

 

Mimpi ku 20 Tahun Nan Lalu

Satu malam saya bermimpi, Seseorang datang menasihati saya dengan 3 perkara. Nasihat yang pertama "tetaplah engkau berada dalam ketaatan walau dimana jua kamu berada" nasihat yang kedua "sentiasalah bersabar Salam APA jua keadaan" dan ketiga saya masih lupa. Tapi pesan ini sangat berat dan menjadi buah fikiran saya. Mengingat semua saranan ini semua digali Dari Al-Quran saya cuba menerimanya.
Saya temui beliau untuk menyatakan susahnya untuk mengikut nasihat yang ketiga. APA pendapatnya. Kata beliau "APA pun kita mesti paksa..lama ke lamaan ianya akan boleh".
Terima Kasih TGNA atas nasihatnya.

Read more »

 
Wednesday, February 11, 2015

Hipnosis Itu Mudah, Hypnotherapi Itu Senang

Salam kenal dari saya...moga anda semua bertambah sihat, kaya, semakin taat dan patuh pada Pencipta.
















Read more »

 
Sunday, February 8, 2015

Bersihkan Mulut mu

Setiap kali ingin menyebut nama Allah, Abu Yazid alBustami (seorang sufi) selalu membersihkan mulutnya. Nama Allah itu mahal,tak semua orang boleh menyebutnya dengan mudah apalagi banyak kali. Oleh itu, janganlah kita cemari mulut kita dengan bau-bauan yang tak sedap. Kerana nama Allah yang bakal kita ucap akan naik ke langit bersama dengan solat kita.

Bagus solat itu, amal itu diterima. Tak sempurna solat itu,cacat cela compang camping sehingga banyak sangat fasad (kecacatan) maka ia dilempar semula kepada tuannya.

Merokok adalah satu amalan yang tak dibuat Nabi. Berazamlah untuk meninggal kebiasaan yang tak pernah dibuat nabi ini. Khuatir di padang mahsyar, beliau tak mengaku kita umatnya.

Orang tabligh sangat menjaga hal ini, katanya Rasulullah sentiasa bersugi, makanya mereka membawa sugi guna untuk
membersih mulut ke mana-mana.

Menjaga mulut bukan sekadar menjaga dari bau tak enak. Tetapi juga menjaga tutur kata yang menyakitkan perasaan orang lain.

Kalimat "kalau aku marah pada seseorang, hari ni saja aku marah, besok aku dah lupa".. Inilah antara penyakit yang membawa mudarat dunia akhirat. Di dunia orang lain terasa aibnya, malu dan terhina. Kata-kata pedas menancap dan tinggal dalam pemikiran bawah sedar.

Manakala di dalam kubur, orang yang selalu mengucapkan perkataan yang menyakitkan hati orang lain akan merasa azabnya.

Ayuh..pilihlah..kesempatan untuk berubah sentiasa terbuka luas. Mahu atau tidak saja. Kasihanilah diri kita yang terlalu kerdil dibanding dengan makhluk Nya yang lain. Lihatlah laut dan gunung. Betapa kerdilnya kita. Tak sanggup dibakar dalam api yang bergejolak lagi mendidih. Fikir kan ya.

Read more »

 
Saturday, February 7, 2015

MUSIBAH ADALAH SATU PELUANG



Ketika kita (masih) mengkaji makna ayat ke 20 dari surah Al Hadid. Bahwa kehidupan ini Tak LEBIH dari perumpamaan sebuah permainan. Mari kita cuba perhatikan game bola..jatuhnya seorang pemain akibat kekasaran pihak lawan adalah Satu Rahmat. Dia mendapat Satu sepakan percuma dan juga Satu peluang besar dalam misi mendapat goal.

Dalam konteks dunia yang luas, musibah Seorang hamba adalah ujian dan juga teguran halus dari penciptanya. Sebuah musibah, adalah Satu peluang nan luas bagi sang hambaNya mencari jalan pulang mencapai maksud hidupnya.

Mungkin selama INI dia jauh dengan Rabb nya. Nah..musibah datang bagaikan tangan yang lembut menariknya..ayuh ke mari.. Dekatkan dirimu denganKu. Usia Mu Tak lama lagi.Aku rindukan kamu...sampai bila Kamu harus jauh dariKu. Sejauh Mana pun kau berlari..akhirnya padaKu engkau kembali. Jangan nanti akhir hidup kau sesali. Betapa harta menggunung tinggi. Tak satu pun bakal kau tumpangi..indahnya dunia berseri-seri..tapi bakal kau tinggali.

Kita juga sering menjadi saksi bisu...berapa ramai Insan yang dilanda musibah menjadi lebih dekat dengan penciptaNya.

Dalam permainan bola juga, adakalanya terdapat masa tambahan. Itulah Hidup, terkadang Tuhan melanjutkan usia hambaNya atas kemahuan Dia. Bukankah orang yang menghubungi silaturrahim dijanjikan panjang usia.?

Read more »

 
Monday, February 2, 2015

4 Buah Buku kegemaran guru


WhatsApp 01110815141

Read more »

 

KESAN HYPNOTERAPI KE ATAS PELAJAR

KESAN HYPNOTERAPI KE ATAS SEKUMPULAN PESERTA TAHUN 6




Read more »

 

CARTA ORGANISASI UNIT HEM

NO 1

NO 2

NO 3

Read more »