Sunday, February 8, 2015

Bersihkan Mulut mu

Setiap kali ingin menyebut nama Allah, Abu Yazid alBustami (seorang sufi) selalu membersihkan mulutnya. Nama Allah itu mahal,tak semua orang boleh menyebutnya dengan mudah apalagi banyak kali. Oleh itu, janganlah kita cemari mulut kita dengan bau-bauan yang tak sedap. Kerana nama Allah yang bakal kita ucap akan naik ke langit bersama dengan solat kita.

Bagus solat itu, amal itu diterima. Tak sempurna solat itu,cacat cela compang camping sehingga banyak sangat fasad (kecacatan) maka ia dilempar semula kepada tuannya.

Merokok adalah satu amalan yang tak dibuat Nabi. Berazamlah untuk meninggal kebiasaan yang tak pernah dibuat nabi ini. Khuatir di padang mahsyar, beliau tak mengaku kita umatnya.

Orang tabligh sangat menjaga hal ini, katanya Rasulullah sentiasa bersugi, makanya mereka membawa sugi guna untuk
membersih mulut ke mana-mana.

Menjaga mulut bukan sekadar menjaga dari bau tak enak. Tetapi juga menjaga tutur kata yang menyakitkan perasaan orang lain.

Kalimat "kalau aku marah pada seseorang, hari ni saja aku marah, besok aku dah lupa".. Inilah antara penyakit yang membawa mudarat dunia akhirat. Di dunia orang lain terasa aibnya, malu dan terhina. Kata-kata pedas menancap dan tinggal dalam pemikiran bawah sedar.

Manakala di dalam kubur, orang yang selalu mengucapkan perkataan yang menyakitkan hati orang lain akan merasa azabnya.

Ayuh..pilihlah..kesempatan untuk berubah sentiasa terbuka luas. Mahu atau tidak saja. Kasihanilah diri kita yang terlalu kerdil dibanding dengan makhluk Nya yang lain. Lihatlah laut dan gunung. Betapa kerdilnya kita. Tak sanggup dibakar dalam api yang bergejolak lagi mendidih. Fikir kan ya.
 

No comments:

Post a Comment