Thursday, February 19, 2015

Membukukan Kehidupan Beliau Dari kacamata muridnya

Adalah sesuatu hal yang agak tidak mudah untuk membukukan sejarah Tuan Guru seperti yang dikehendaki oleh rakan-rakan. 

Atas rasa dakwah untuk generasi akan datang, tugas ini insya Allah saya akan galas, setidaknya untuk blog ini.

Ramai Insan diluar sana yang terpesona dengan peribadi ayahzid Dari jauh. Namun takut untuk menghampiri. Setelah beliau tiada, setelah mata terpejam buat selamanya, setelah habis Suara kudrat dan dakwahnya, ketika ITU gelombang baru muncul. 

Gelombang besar seakan ingin mengenali siapa beliau sebenarnya. Sementara saya hanyalah salah Satu Dari puluhan ribu manusia yang pernah hadir dalam hidupnya sebagai murid. 

Bermula 1990 hinggalah 1996 beberapa buah Pondok dan rumah Sewa menjadi Payung buat saya berteduh Di Pulau Melaka. Paling akhirnya rumah kayu yang kini menjadi kediaman Ust Nik Adli.

Makam beliau (berdaun Hijau) sebelah kanan adalah ayah nya (Tok Ku Nik Mat) sebelah nya lagi adalah ibu kandungnya (Nik Aminah) dan sebelah kiri IBU Tigrinya (Tok Ku Jah). Semua Insan ini pernah saya lihat kecuali ayahnda beliau sahaja.

Berkata Usz Nik Omar, datuknya pergi ketika dia berusia 14 tahun.

Bersama Ust Nik Rahim.
 

No comments:

Post a Comment