Sunday, February 15, 2015

Pergimu tiada galang gantinya

Hilang mu kami tangisi. Pergimu pasti dirindui. Satu dalam sejuta belum pasti kami temui. Insan hebat yang kami kagumi. Obor penyatuan Tuan pegangi. Serata kaum turut ikuti. Tindakan bijak Ilham samawi. Hasil taqarub padaNya Rabbi.
Garang dan lembut ada dihati. Diterjah diserang sudah lali. Kawan menjadi inspirasi diri. Musuh sentiasa berjaga diri.
Kepada tuhan sentiasa di abdi. Siang dan malam sampai mati. Tubuh dipinjam katanya Dari Ilahi. Buat apa kita sombong..kelak kita kembali.

Satu ketika saya dilanda masalah, tak tau Ke Mana mahu mengadu. Akhirnya saya datang jumpa beliau selepas solat. Beliau kemudian mendengar rintihan saya, setelah bersoaljawab akhirnya beliau bersetuju akan memberi bantuan untuk meringankan bebanan yang dihadapi.
Hajat saya hanya ingin sampaikan masalah sahaja dan bukannya nak minta pertolongan beliau. Saya menjawab, "Ayahzid..saya tak mahu menyusahkan orang" beliau kemudian berkata "kalau tak mahu menyusahkan manusia...nak susahkan siapa lagi??" Jawapan orang berilmu ni lain.
Jawapan ini membuat saya terdiam dan tiada jawapan lagi.
Itulah TGNA

Alam Barzakh itu tak sama dengan alam kita tinggal. Sesaat di dunia tetap sesaat. setahun tetap setahun. Tetapi di alam barzakh, seminit boleh jadi setengah jam, 100 tahun boleh jadi 2 jam.
Ashabul Kahfi terlena 309 tahun, tetapi mereka merasakan baru setengah hari,Begitulah alam barzakh, masa yang lama hanya sekejap bagi mereka yang soleh/solehah.
Alam barzakh tak ada siang maupun malam, kita saja yang lihat siang dan malam. ALam dunia saja yang ditakluki masa. Alam lain tidak pun berada dalam masa.Sungguh ajaib Sang Maha Pencipta.
Bagaimana lah sambutan di alam barzakh dari ruh-ruh yang telah kembali menyambut Tuan Guru kami yang baru pergi..
 

No comments:

Post a Comment