Edidik

Edidik

Inspirasi Nurani

Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlaku.

Featured post

Versi 14

 

Blog Archive

Sunday, February 15, 2015
Saya sempat menghantar whatsapp pada menantu TGNA akan pesanan beliau 21 tahun yang lalu, mungkin mereka tak dengar,
"Jika saya tidak ada besok, bawak lah mayat saya atas pengusung tanpa penutup".
Alhamdulillah...pesanan itu nampaknya terlaksana. Dari kejauhan kami kirim kan Fatihah, doa, salam dan titipan kerinduan untuk bersama mu nanti disana. Amin Ya Rob


Di keheningan Subuh2 puluhan tahun yang lalu, beliau berpesan dalam kuliah subuhnya, seandainya beliau telah pergi, usunglah mayatnya atas keranda, jangan ditutup keranda itu,katanya biar lah orang melihat dan berkata..oooh.tengok tu..(bekas) menteri besar pun meninggal dunia jugak. Sampai disini..beliau berhenti bercakap dan..menangis..

Habis subuh saya pulang ke rumah yang saya tumpang (Abe Li).. Kebetulan Abg Rosli tak turun berjamaah subuh pagi ni..tapi isterinya hadir mendengar kuliah tadi.
Beliau bertanya saya..betulkah pagi tadi Tok Guru kata begitu. Ya..saya jawab..
(Tahun 1994)
Beliau...kami tak pernah panggil Tok Guru. Tapi kami panggil ayahzid. Mercedes nya sempat saya tumpang ke kuliahnya. Walaupun title MB, tapi kuliah tetap berjalan.

Pernah juga saya jadi imam solat asar, beliau di antara makmunnya. Hal ini terjadi kerana tak sengaja. Biasa kami tunggu beliau jadi imam, hari itu..beliau lewat sampai..bilal pun qamat dan saya ditolak naik. Ketika hendak takbir...saya melihat beliau pun naik masjid...saya mundur sambil mencabut mic ..beliau isyaratkan agar terus memimpin solat.
Ketika hendak sambung belajar Di Aceh Darussalam, beliau menghulurkan RM500.00. Tak campur pemberian sebelum INI RM600.00 untuk IBU saya menampung modal jualan. Memang tangan nya Tak lekat duit. Seorang lelaki yang disebut hadis..bersedekah dengan tangan kanannya tetapi tangan kirinya Tak tahu.
Kena Marah. Satu masa, beliau meminta semua orang turut berpuasa sunat. Begitu menjelang maghrib. Saya tolong azankan Di Masjid.. Rupanya masih 5 minit lagi belum masuk waktu. Mungkin beliau pun turut berbuka. Ketika beliau nail masjid..saya kena marah. Memang saya bersalah..kerana silap melihat masa.
Pada tahun yang lain, Kami naik berbuka puasa dirumah ayahnda. Kerana Sudah lama Makan dan tiada pun Suara azan, lalu beliau memandang Ke Arah saya sambil tersenyum dan menyebut ”Bilal Bilal Bilal”.
APA yang saya tahu..hanya 3 Kali salama setahun beliau terlepas solat tahajud. Inilah yang menjadi keriasauannya.
Satu hari..beliau balik dari kerja..sampai depan rumahnya. Ketika pintu kereta terbuka..2 orang budak kembar (anak saudaranya dari Ustz Siti Aminah) datang, seorang pegang jari kanannya, seorang lagi pegang tangan kirinya. Budak kembar ini pimpin bawa ayahZid sampai ke tangga rumahnya iaitu dibelakang pondok kami. Saya terus perhatikan saja gelagatnya dan cara Tok Guru bermain dengan anak-anak.
Rozel Jatuh. Satu masa Madrasah kami jemput beliau datang memberi ceramah. Ketika VIP ini sampai, satu bunga dipasang di atas poket baju melayunya sebelah kiri. 2-3 dipasang akhirnya tak lekat dan bunga itu terjatuh. Beliau tunduk ambil rozel itu dan masukkan dalam poket bajunya dan berjalan ke dewan.
Terbuka Jalan.
Satu masa beliau akan memberikan ceramah di Binjai bersama dengan Tengku Razali dan juga Tun Salleh Abbas. Saya teruja nak dengar. Saya tiba lebih awal dengan motor. Begitu saya sampai..orang sudah penuh sesak dan tak boleh masuk. Saya masih berfikir bagaimana caranya saya nak masuk. Ketika itu beliau pun tiba. Abang Abdullah yang menjadi driver tinggalkan TGNA di tepi jalan.. Saya meluru cepat-cepat berjalan didepan ayahnda. Sambil suluh lampu picit saya berteriak..BuKa Jalan! Buka Jalan! Buka Jalan! Tok Guru nak lalu...semua orang beri laluan sehingga saya tiba ke tempat paling depan.
Saya berpatah balik untuk menjemput Tun Salleh Abbas (bekas ketua hakim negara) yang baru tiba. Jalan yang perlu dilalui ada Longkang berair dan suasana gelap. Sekali lagi tangan saya menyambut tangan Tun Saleh untuk melintas longkang dan saya bawa Tun sampai ke depan. Secara zahirnya saya bawa mereka ke depan, tetapi pada hakikatnya, kerana beliau saya sampai ke depan..
Ya Allah..jika masih ada dosa pada hambaMu ITU yang hanya Insan biasa, ampuni Ya Rabb. Beliau guru Kami,murabbi Ummah, ayahnda Kami dan perginya Tak akan ada galang gantinya.
Perginya lagendaris..

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Reminder

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
=============
26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik
==================

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Ibrah Dari Al-Quran

Al Baqarah : 72
Hendaknya seorang pencari ilmu lebih memerhatikan kandungan makna di sebalik kisah, bukan kepada para pelaku kisah

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Nukilan Nurani

Nukilan 3


Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan
Akan terhasillah keserasian dan keindahan

Setiap kesulitan tetap akan muncul kemudahan.
Sabar menerbitkan keindahan
Kelapangan akan datang setelah kesusahan.
3@2016


Followers