Sunday, March 29, 2015

Manfaat Dari Hipno Terapi



TIADA seorang manusia di dunia yang tidak mengalami tekanan dan boleh dikatakan kita berdepan dengan masalah ini pada setiap hari.
Ada yang tertekan akibat pelajaran, kerjaya, perhubungan, penyakit dan kemurungan.
Malah, isu tekanan ini bukan perkara biasa yang harus dipandang ringan oleh masyarakat kerana tekanan juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda selain mendorong individu melakukan tindakan di luar kawalan.
Menurut pemilik Annabella House of Therapy yang juga perunding terapi minda serta jurulatih peribadi pembangunan diri, Shamshilawati Abdul Rahman, ketenangan jiwa sememangnya perkara penting untuk mendapatkan minda yang sihat antaranya melalui kaedah terapi minda.
“Melalui rawatan terapi minda menggunakan kaedah hipnoterapi, seseorang individu itu akan berasa lebih tenang dan bersemangat dalam kehidupan.
“Terapi minda adalah rawatan alternatif yang dapat membantu seseorang menangani masalah yang membelenggu diri menggunakan pendekatan hipnoterapi.
“Apabila kita tenang, jiwa akan menjadi tenang, malah minda akan lebih berfikiran positif dan rasional dalam apa juga tindakan yang diambil,” ujarnya yang sudah beroperasi sejak tahun 2007.
Hipno berasal daripada perkataan Greek bermaksud ‘tidur’. Apabila bercakap mengenai hipnoterapi, mungkin ramai yang menyangka ia sejenis pukau.
“Terapi minda berkaitan dengan minda dan bukan unsur mistik atau sihir. Ia hanya berlaku jika seseorang itu berada dalam keadaan sangat fokus terhadap sesuatu dengan intensiti tinggi.
“Malah, rawatan ini juga tidak memerlukan sebarang ubat-ubatan,” kata ibu kepada lima orang anak ini.

PELANGGAN turut diajar teknik pernafasan bagi membantu melancarkan proses ketenangan.


Komputer
Jelasnya, terapi minda amat sesuai dilakukan oleh semua golongan tidak mengira usia serta masalah atau tekanan yang dihadapi.
“Selagi seseorang itu mempunyai perasaan marah dan stres tetapi gagal menanganinya dengan baik, dia boleh cuba menjalani terapi minda ini.
“Bayangkan sebuah komputer yang dipenuhi virus tidak dipadam, sudah tentu peralatan itu akan menjadi perlahan.
“Konsep ini hampir sama dengan minda manusia, jika perasaan dan emosi yang negatif itu tidak disingkirkan dengan segera, lama-kelamaan aura negatif akan menguasai diri,” ujarnya anak didik kepada legenda hipnoterapi dari Amerika Syarikat, Dr. George Bien.
Tambahnya, dia menggunakan pendekatan berbeza iaitu dengan berinteraksi secara terus bersama pelanggan yang melakukan sesi terapi tersebut.
“Kebanyakan mereka yang menjalani terapi ini kurang yakin dan dibelenggu masalah seperti trauma, bunuh diri, terlibat dengan dadah, rogol, ketagihan seks dan kemurungan.
“Malah, saya pernah mengendalikan kes individu yang menghidap HIV positif, gay dan lesbian yang ingin kembali ke pangkal jalan.
“Saya juga pernah melakukan terapi minda kepada penagih dadah tegar dan alhamdulillah, selepas tiga bulan menjalani terapi minda ini, dia berjaya mengatasi ketagihannya,” katanya sambil memberitahu, terapi minda ditawarkan pada harga serendah RM150.
Proses pemadaman
Shamshilawati berkata, dia turut menggunakan kaedah terapi minda melalui muzik, kerohanian, tenaga dan aromaterapi bagi membantu mempercepatkan proses terapi selain kaedah hipnoterapi.
“Terdapat pelbagai jenis terapi yang dijalankan di Annabella House of Therapy ini tetapi yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah terapi minda secara holistik.
“Terdapat empat sesi bagi terapi minda ini iaitu perkongsian masalah, proses penyingkiran perasaan negatif, proses pemadaman dan ujian minda dengan setiap sesi memperuntukkan masa selama satu hingga dua jam bergantung kepada masalah pelanggan.

SETIAP pelanggan akan menjalani saringan minda bagi menentukan tahap masalah dan tekanan.


“Sebelum sesi terapi dilakukan, saya terlebih dulu akan membuat saringan minda untuk mengetahui tahap masalah dan tekanan yang dihadapi oleh pelanggan.
“Kami akan berbicara dari hati ke hati dan menerangkan masalah yang dihadapi. Melalui reaksi yang ditunjukkan, saya boleh mengesan sama ada mereka bercakap benar atau tidak,” katanya yang juga merupakan graduan Body Language Institute, Amerika Syarikat.
Tambahnya, selepas itu, pelanggan akan diminta berbaring sehingga separuh sedar dan dalam keadaan ini, minda mereka berada pada getaran alfa dan dia bertugas sebagai penyampai mesej seperti yang pelanggan mahukan.
“Saranan yang positif akan dibawa masuk ke dalam minda bawah sedar selepas mereka benar-benar tenang. Sebaik sahaja saranan diterima, perubahan positif akan berlaku sesuai dengan keinginan yang dimahukan pelanggan.
“Semua perkara negatif dalam diri dan pemikiran boleh dihilangkan atau dikurangkan kerana apabila minda dididik secara positif, diri juga akan menerima perubahan positif.
“Malah, setiap pelanggan akan diuji sejauh mana kekuatan minda mereka menerusi ujian minda,” ujarnya yang menerima pelanggan daripada pelbagai latar belakang.
Jelasnya, kesan terapi minda ini bergantung kepada individu di mana pelanggan dapat melihat perubahan diri mereka lebih baik dari sebelumnya walau hanya melalui sesi pertama lagi.
“Ada juga pasangan yang tidak jadi bercerai selepas menjalani sesi terapi minda ini, bahkan ada juga pelanggan yang mendapat jodoh mereka selepas mencuba kaedah ini,” beritahu beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm#ixzz3VoOWXeNG 
Hakcipta terpelihara 

Read more »

 
Saturday, March 28, 2015

Solat adalah Self Hipnosis

SOLAT ADALAH SEBUAH HIPNOSIS.


Hipnosis juga boleh difahami dari amalan solat. Dengan kata lain solat itu sendiri adalah "self hipnosis". Dimana seseorang itu sedang menghipnosis dirinya sendiri. Seseorang yang solat dengan khusyuk, memberi perhatian yang mendalam (khusyuk) atas setiap ucapan, bacaan dan pergerakannya dalam solat sehingga memberi impak (kesan) terhadapnya selepas solat.

Ketika imam membacakan ayat pada hari kiamat manusia akan dihalau ke padang mahsyar..maka dikala itu dia membayangkan bagaimana susah payahnya di padang mahsyar dan bab yang seterusnya berdepan dengan mizan, titian sirat, api dan siksaan yang tidak terperi. Tergambar lagi dalam mindanya (dia menggali ingatan lama) bagaimana menjerit dan melolong meminta tolong penghuni neraka untuk keluar.

Maka jiwa benar-benar terpukul sehingga bacaan2 itu masuk ke minda bawah sedarnya dan menetap dalam folder long term memory.

Sehingga, setelah selesai solat, dia menjauhi segala perbuatan keji dan mungkar malah jiwanya lebih suka kedamaian, redha, kasih sayang, tenang, aman dan berserah diri padaNya terhadap apa pun takdir yang menimpanya.

FirmanNya. Aqimis solaata lizikri. Surah Thaha. Maka dirikanlah solat untuk (tujuannya) supaya kamu (manusia) ingat kepadaKu. Jika sudah ingat kepadaKu, sepantasnya kamu juga ingat akhirat, syurga, neraka, dosa pahala. Sebab AKU dan itu semua tidak dapat dipisahkan

Lebih khusyuk dia solat, lebih besarlah impaknya. Qod aflahal mukminun, allaziina hum fii solaatihim khosyi uun. Sesungguhnya telah berjaya lah orang2 mukmin. Iaitu mereka yang (berjaya mencapai keadaan) kyusuk dalam solatnya.

Fb : Noorhisham Kr

Read more »

 
Sunday, March 22, 2015
Saturday, March 21, 2015

Muzik Latar Harun Din

https://www.youtube.com/watch?v=oxHfgix_4YY

Read more »

 
Wednesday, March 18, 2015

Motivasi pagi

Salam

Read more »

 

tarikh permohonan warganegara

17 Mac 2015.permohonan warganegara

Read more »

 
Saturday, March 14, 2015

Law Of Universal Attraction

Ada 3 Persamaan Orang-orang yang BERJAYA
1. Mempunyai IMPIAN yang JELAS
2. MENULIS Impian Mereka
3. MemBAYANGkan mereka sudah mencapai IMPIANnya.
Mereka wujudkan dalam bayangan mereka (dalam minda Separa Sedar) ISLAM datang mengajarkan, apa-apa pun mesti punya NIAT. Orang putih pula mengatakan :
YOU GET WHAT YOU THINK.
Apa yang sering manusia fikirkan, bayangkan, itulah yang akan muncul di mana-mana. (ILMU) Law Of Universal Attraction.

Read more »

 
Wednesday, March 4, 2015

Foto Lama Sahabat Lama

Zaman kita dahulu mana semua orang ada kamera, kalau ada pun tukang ambil gambar, ye lah masa tu guna KODAK lagi, rugi kalau amik gambar tak jadi. Makanya tak pernah bergambar kecuali ada orang ada nak ambil gambar.

Inilah antara gambar lama yang mempunyai sejarah leluhur diri saya. Bermula dengan membaca kisah Nabi Muhammad SAW ketika majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah, kemudian takdir membawa saya ke sekolah menengah Agama tanpa di duga, kemudian menjadi penceramah kecil-kecilan,

1993, Taman Hijau Kota Bharu dalam acara Speaker Corner, mengambil bahagian tiap-tiap minggu dibawah program MPKB di bawah kelolaan Ustaz Hassan dan Puan Hasnah


1988/89 Darjah 5B atau 6B Masa ni. Gambar di simpan Norlieza Che Noh. 

Sehinggalah hari ini, saya meneruskan kerja berceramah sebagai salah satu agenda dakwah dalam hidup ini.
Ceramah Parenting di SK Bandar Baru Semenyih


Read more »

 
Sunday, March 1, 2015

Perjalanan Jauh dari Dunia menuju akhirat.

Sejauh-jauh perjalanan atas muka bumi ini, kita pasti akan sampai Ke destinasi. Manusia suka, gembira tatkala dapat kembali ke rumahnya walau hanya sementara cuma. Orang Mukmin, rumahnya akhirat..perjalanan di muka bumi ini hanya Lah sekadar persinggahan sementara. Jangan persiakan nikmat/rezeki pemberianNya. Untuk menjadi HEBAT. Jangan pernah berkira untuk berkorban. Tinggalkan diri yang dulu..jadilah diri yang baru setiap Hari. Bersemangat, cerdas dan Rajin. Ingat tempoh masa yang ada semakin singkat. Pergunakan segala yang ada..untuk Hidup bahagia Di sana.

Lokasi Foto : Kota Tinggi menuju JB



Read more »

 

Kursus Peningkatan Prefesionalisme GBK Kota Tinggi

Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain.

Jangan pernah merasa puas atau cukup dengan apa yang ada pada diri kita (bab ilmu dan pemberian). Update lah diri sentiasa. JiKa kita sendiri merasa bosan dengan persembahan kita, apalagi orang lain.

Seseorang yang ingin Maju semestinya sanggup berkorban. Sedikit yang keluar banyak yang dibalas.

Saya mendapat undangan bagi Kali pertama dalam Malaysia untuk menyampaikan maklumat hypnotherapy kepada GBK SR Daerah Kota Tinggi. Dalam sesi pertemuan ini saya sempat menyarankan agar GBK Maju dalam berblog. Kerana blog adalah salah Satu sakuran yang paling kuat untuk GBK menyampaikan outreach mereka.

Saya akan meletakkan link blog GBK yang aktif dalam blog ini. Harap ada perubahan Ke Arah lebih Maju.
Surat jemputan Dari PPD Kota Tinggi
Antara Rakan saya yang telah berjaya mengaplikasi ilmu hypnotherapy.




10.32

Read more »