Saturday, March 28, 2015

Solat adalah Self Hipnosis

SOLAT ADALAH SEBUAH HIPNOSIS.


Hipnosis juga boleh difahami dari amalan solat. Dengan kata lain solat itu sendiri adalah "self hipnosis". Dimana seseorang itu sedang menghipnosis dirinya sendiri. Seseorang yang solat dengan khusyuk, memberi perhatian yang mendalam (khusyuk) atas setiap ucapan, bacaan dan pergerakannya dalam solat sehingga memberi impak (kesan) terhadapnya selepas solat.

Ketika imam membacakan ayat pada hari kiamat manusia akan dihalau ke padang mahsyar..maka dikala itu dia membayangkan bagaimana susah payahnya di padang mahsyar dan bab yang seterusnya berdepan dengan mizan, titian sirat, api dan siksaan yang tidak terperi. Tergambar lagi dalam mindanya (dia menggali ingatan lama) bagaimana menjerit dan melolong meminta tolong penghuni neraka untuk keluar.

Maka jiwa benar-benar terpukul sehingga bacaan2 itu masuk ke minda bawah sedarnya dan menetap dalam folder long term memory.

Sehingga, setelah selesai solat, dia menjauhi segala perbuatan keji dan mungkar malah jiwanya lebih suka kedamaian, redha, kasih sayang, tenang, aman dan berserah diri padaNya terhadap apa pun takdir yang menimpanya.

FirmanNya. Aqimis solaata lizikri. Surah Thaha. Maka dirikanlah solat untuk (tujuannya) supaya kamu (manusia) ingat kepadaKu. Jika sudah ingat kepadaKu, sepantasnya kamu juga ingat akhirat, syurga, neraka, dosa pahala. Sebab AKU dan itu semua tidak dapat dipisahkan

Lebih khusyuk dia solat, lebih besarlah impaknya. Qod aflahal mukminun, allaziina hum fii solaatihim khosyi uun. Sesungguhnya telah berjaya lah orang2 mukmin. Iaitu mereka yang (berjaya mencapai keadaan) kyusuk dalam solatnya.

Fb : Noorhisham Kr
 

No comments:

Post a Comment