Sunday, April 5, 2015

Hypnoterapy Mampu Membantu Manusia Berubah


Salam semua sobat, lama saya tidak ke udara, memenuhi jemputan demi jemputan sobat kita yang ingin berkenalan dengan hipnoterapi. Sampai ada sekolah yang tak mau terima pengganti saya kerana mahu bab hipno tadi.

Ajaibnya ilmu Allah Taala ini,setiap kepercayaan manusia dan juga sikapnya tersimpan dalam minda separa sedar dan tiada siapa yang boleh mengubahnya. Kecuali dia sendiri. Melalui hipno terapi kita boleh masuk ke Minda Separa Sedar (Alpha) melalui minda Sedar (Betha) seterusnya kita boleh buat reprograming mental.

Seakan kita format semula sebuah komputer. Mengganti data lama dengan data baru yang jauh lebih baik. Maka jadilah insan ini insan yang lebih cerdas, rajin. laju dan sebagainya.

Bahkan hipno mampu membantu manusia yang trauma, fobia, takut tempat tinggi, takut binatang kecil seperti lipas yang tak terbantu oleh sesi kaunseling.
Penulis bersama anak-anak comel 2 hari lepas di SK Jalan Tanjung Kuala Langat.

Program di awali dengan ceramah motivasi, selang seli dengan Game ELAS

akhirnya babak hipnoterapi

dan juga kepulihan jiwa
Cikgu Norul Ain Bukhory 

Kaunselor dari Seremban mengikuti program berkenalan dengan hipnoterapi


Apa kata Mereka yang pernah bersama dalam program ini


Saya perlukan masa 2 jam untuk sesi ini..

Setengah Jam = Game ELAS
Satu Jam = Ceramah Motivasi dan Aktiviti Sampingan
7 Minit = Kepulihan Jiwa
20 Minit  = Hipnoterapi
3 Minit = Sesi Penutup


5 Mei 2015


 

No comments:

Post a Comment