Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

SENARAI SEMAK KENDIRI MURID SK BERANANG

Loading…

Admin Blog

Admin Blog
Noorhisham Hamzha

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.
Thursday, May 28, 2015
ALAMATUS SYAQOWAH ARBA'

Adalah tidak melampau kiranya perkataan celaka digunakan, jika perlu dan betul pada tempatnya, di dalam Al-Qur'an,Di dalam indeks pencarian ayat Al-Qur'an yang menggunakan kalimat "kecelakaan", terdapat 14 ayat.

Al-Quran pernah menyebut, bahawa ada segolongan manusia yang bangkit dipadang mahsyar kemudian hari, dia berkata, yalaitani, kuntu turabaa.(Surah Amma ya Tasa) Aduhai, alangkah celakanya diriku, alangkah baiknya jika aku dahulu menjadi tanah.

Demikian ratapan dan penyesalan manusia, kerana pernah menjadi manusia, ratapan ini terjadi disebabkan dia terpaksa hidup kali kedua, biarpun dirinya tidak mahu hidup lagi, namun kematian sudah tidak ada lagi, maka terpaksa lah dia berdepan dengan pertanyaan Tuhan.

Banyak lagi ayat-ayat yang lain yang menyebut kalimah "celaka". Tazkirah ini mengajak tuan-2 dan puan2 agar mengelak diri masing-masing dari lembah kecelakaan. Firman Tuhan, Wa laa tukqu bi aidiyakum, ila tahlukah, dan jangan kamu mencampakkan dirimu ke lembah kecelakaan.


Didalam Hidayatus Salikin, menyatakan ada 4 Tanda-tanda manusia celaka.

Yang pertama, dirinya sentiasa mengingati kebaikan dirinya yang lalu, (sering menyebut-nyebut kebaikan dirinya) padahal ianya di sisi Allah, belum tentu diterima atau di tolak.

Yang kedua, melupakan segala dosa dan kejahatannya yang lalu, padahal ianya di sisi Allah terjaga. (Masih belum terhapus).

Ketiga, suka (melihat) meniru orang yang lebih tinggi darinya dari aspek duniawi.Andai jirannya memiliki sesuatu yang lebih,dia pun ingin kan jugak. dan keempat,manakala aspek agama, dia suka mengambil contoh orang yang lebih ke bawah dari dirinya. Andai orang itu malas solat sunat, maka orang itulah yang akan menjadi contoh dan alasan baginya. Dengan kata lain, dia tidak mahu meniru orang yang lebih baik dari dirinya aspek agama.Sebaliknya, jika aspek duniawi, orang yang lebih bagus dari aspek harta yang menjadi contoh, sedang dirinya kurang dari segi kemampuan dan tidaklah sangat memerlukan apa yang dia ingin miliki itu. sebagai contoh, orang kampung, membeli kamera berharga RM2000.00, padahal bukanlah layak baginya yang sehari-hari tinggal di kampung, malah jarang ke bandar, tetapi membeli kamera yang bernilai tinggi.

Thursday, May 21, 2015
Tatkala seseorang meninggal, kemudian ruhnya bertemu dengan sesama mereka, lalu mereka bertanya, berapa lamakah kamu hidup dahulu di dunia, jawabnya, aku merasakan daku hanya sempat hidup sepagi atau sepetang sahaja.

Alangkah singkatnya usia kita di sini, hanya kita yang merasakan lama ketika berada di sini. Bahagia yang abadi adalah disana. Jom carilah bahagia melalui jalan agama. Jalan yang Dia Redhai. Ada orang yang hidup sementara, kemudian dia meninggal dan meninggalkan anak yang sentiasa berzikir menyebut namaNya, (fa iza qodhaitasolaah, fazkurullah)..Annisa' 103; Apabila engkau selesai mengerjakan solat, maka sebutlah (nama) Allah..

Allah Taala menjamin perlepasan azab kubur bagi orang yang mempunyai keturunan yang sentiasa melanggengkan zikir kepadaNya.

FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi : Berkata Allah Taala kepada Malaikat yang bertugas meniup sangkakala : Wahai Israfil, (ketika tiba saatnya kiamat) apabila engkau mendengar orang yang (berzikir) dengan katanya Allah Allah Allah, maka tak khir kan (Tangguhkan) kiamat 40 tahun, bagi memuliakan orang yang menyebut tadi".



Kiranya tempias menyentuhi paras wajahmu..




Assalamulaikum wr wbt, berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya pelajari dari guru-guru kami, saya kini merasa lebih besar syukurnya, kerana metode ceramah saya selama ini telah berubah jauh. Sebenarnya saya baru apply teknik yang sangat mudah. Murid-murid atau audien boleh memberikan fokus dan berminat. Ya...Saya gunakan teknik hipno..
APa guna ILmu Ini

Salah satu kegunaan ilmu hipno ini ialah untuk memasuki alam relaksasi murid lebih dalam. Ia adalah satu teknik komunikasi persuasif (memujuk) dengan cara kita masuk ke alam minda separa sedar mereka.. Best kan?


Menurut Zuhairi Nopiah, atau lebih suka dikenali Ateh, penulis buku LUA, mengapa motivasi kita tak memberi perubahan kepada pendengar? Ini katanya kerana kata-kata kita tidak masuk ke alam separa sedar mereka. Mereka yakni klien telah blok kata-kata kita sehingga apa pun sugesti (cadangan kita) tidak menusuk ke hati mereka.
Dengan Hipnosis, teknik membuka blok minda klien, anda sudah berjaya mendapat kuncinya. INsya Allah anda boleh membentu klien anda berubah, ubah sikap mereka, ubah pendirian mereka, ubah kepercayaan mereka dan ubah sebahagian besar hidup mereka. Dengan kata lain, anda sebenarnya bagaikan juru repair yang membuat program install ke minda mereka.

Klien dengan mudah mengingat kembali memori silam nasihat-nasihat dari insan yang mereka sayangi
Ceramah dalam kelompok besar, menggunakan teknik hipno
Guru-guru Kaunseling di Kota Kinabalu sedang belajar hipno
Kaunselor Kota Kinabalu

Pelajar Tahfiz di Seremban

Apa kata guru yang pernah menjemput saya  


Kami tidak dapat mengajar ramai orang, kerana sukar untuk melihat keberhasilan.  Peluang masih terbuka, 30 Mei 2015

Lokasi : Bangi Gateway
Hubungi : En Noorhisham 011 10815141




Wednesday, May 13, 2015
Sejauh 124km kembaraan hari ini menyasarkan anak anak di bahagian Hulu Selangor. Buat kali pertama, atas jemputan semalam dari Puan Hanim mantan GBK SK Dusun Nanding dan mantan GBSM SK Ulu Yam.


Sekeras kerasnya hati manusia insya Allah boleh cair dengan teknik hipno yang penceramah gunakan.

Kepada yang berminat ingin mengayakan diri dengan teknik ini, penulis mengajak anda mengisongkan semua kegiatan lain pada 30 Mei ini di Bangi Gateway.


Cepat daftar...sebelum anda ketinggalan jauh dari insan lain..

Blog Archive

Anda ada Blog?

Saya menawarkan kepada anda memiliki blog seperti ini, saya akan bangunkan untuk anda dan serahkan untuk anda guna. Kos terendah RM49.90 sahaja.

Curahkan tulisan anda, karya anda di blog untuk dinikmati generasi selepas anda.

Search This Blog

Link Crosword

Klik

noTA cROSWORD Klik

Chat

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Siap Maju

Siap Maju