Saturday, May 2, 2015

Kita HambaNya yang Kerdil lagi Faqir

Innafi kholqis samaa waatiwal ardh wakh tilaafilaili wannahaar la ayatil li ulil albab.
Al Imran 160

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada silih pergantian siang dan malam ada tanda-tanda ( kebesaran Tuhanmu) bagi orang-orang yang mempunyai pintu hati.

Subhaanaka ya Rob. Maha Suci Tuhan yang dipersekutui. Orang yang hati nya tiada pintu (yg tujuan untuk dimasuki hidayah) maka dia tak kan memahami hakikat kehidupan ini.

Lalu hiduplah dia laksana makhluk yang lain seperti haiwan dan matinya (pun) laksana matinya haiwan. Namun sengsaranya..kerana ruhnya terus hidup dan merasai penderitaan di alam barkzakh. Sedangkan makhluk lain mati sebenar mati.

Adapun manusia, yang mati hanya tubuhnya, matanya, mulutnya, telinga,tangan, kaki, hati, jantung dan sebagainya. Namun ruhnya, tetap hidup sementara menunggu hari kebangkitan.

Bahagiakah, deritakah ruh itu? Bergantung sejauh mana ketaatan dia dalam kehidupan yang amat-amat sementara di pentas dunia ini. Berjaya dirinya memaksakan tubuh badan untuk sujud, syukur, mohon keampunan dan sentiasa bertaubat dari dosa-dosa..janji Tuhan damai buat mereka.

Kepada yang engkar...percaya atau tidak. Tunggulah saat nya itu. Dimana segala harta kekayaan kehebatan dan kemasyhuran dirimu tiada gunanya lagi. Kawan-kawan tak mampu menolong apa lagi harta yg tidak mempunyai perasaan.

Ayuh teman yang masih mempunyai hati, perasaan dan masih merasai anda adalah makhluk yang tak berdaya, mari kita bersimpuh di hadapanNya. Rasakan kekerdilan diri di alam buana ini. Rasakan ketidakberdayaan kita melepasi segala masalah. Rasakan penghujung kehidupan kita semakin dekat dengan titik akhir. Rasakan kita akan kesunyian buat selamanya. Rasakan segala harta tidak lagi memberi manfaat selain amal kita.

 

No comments:

Post a Comment