Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Scanner Cara Murah, Tapi Macam Mahal

Cara Murah, Tapi Macam Mahal. Scan Kehadiran dengan QR Code di jam yang cikgunya buat sendiri https://www.facebook.com/amazingfingerprint/vi...

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Monday, June 29, 2015

Salam..Mesej Penting dari SU Ladap SK Bangi

Jika tuan-puan ada menghadiri kursus luar dan belum isi dlm web ladap, boleh lah cari masa untuk mengisinya.

Ini kerana ramai lagi yg tak lepas 7 hari (dlm setahun). Jika anda tak cukup tempoh dan berminat mengikut kursus yg ditawarkan dibawah ini boleh lah mendaftar :

Tajuk 1 :
Teknik Mudah Mengguna Sumber Internet dlm PdP
Penceramah : En.M.Azler Wahab
Masa : 

Tajuk 2
Manfaat aplikasi Hipnoterapi bagi guru untuk anak
Penceramah : En.Noorhisham

Tajuk 3 :
Jom Mahirkan diri dengan Excel
Penceramah : Pn.Azila Abdullah

Nota penting :
URL web ladap terbaru

Https://splkpm.moe.gov.my

Sila taip alamat penuh spt 👆👆

Wednesday, June 17, 2015
Kalau dulu hanya bersiri tulisan, dan kini upgrade ke siri lisan. Kami berkongsi tazkirah melalui group whatsapp. Alhamdulillah, ramai yang suka dan mula mem fowardkan pada rakan-rakan lain. Bagaikan baru beberapa bulan lepas kita berpuasa, rupanya Ramadhan tiba lagi, inilah menanda pantasnya masa berlalu di akhir zaman ini. Dari umur kita belasan tahun, hinggalah sekarang hampir 40 tahun, Ya Allah, pantas nya masa berlalu..


Tuesday, June 16, 2015

Pengalaman Hipnoterapi

Anak saya yang ketiga, Hilmiah Ainoul Mardhiah (3 tahun) suka (bahkan menjadi tabiat) memegang kain dengan tangan kirinya, manakala jari kanan akan dimasukkan ke dalam mulutnya.

Jika kain ini hilang semasa dalam perjalanan dia akan menangis. Pernah satu ketika gara gara tertinggal kain ini (dia panggil kain teh) kami terpaksa singgah di kedai untuk beli kain lain. Kami beli tuala good morning..ternyata tak sama dengan ketebalan kain yg dia ada.

Orang kata. Dia jadi gitu sebab dia hilang kedamaian yg sepatutnya dia dapat dari kedua orang tuanya. Nah..Kain itulah membuat dia damai. Setelah dia lahir tak sampai setahun..lahir pula adik dia..(Hananie Basyierah) ini yg mbuat tumpuan kami beralih dan dia kehilangan...

Merasa ingin mencuba ilmu hipnotis..saya memanggil nya berbaring disebelah ketika hampir tidur..dengan pendekatan hipno saya bawa anak saya masuk ke minda separa sedar.

Saya tukarkan..kain itu yg selama ini membuat dia damai kini sudah tidak damai lagi. Bahkan jijik jika hisap jari...biarkan sehari.

Hari ini (hari kedua) org umah saya maklumkan Ainol tidak lagi mencari2 kain spt biasanya dia nak tidur..dan pagi ini dia bangun tanpa suara..(manaa teeehh???)..

Wah..ternyata hipnosis berguna utk diri sendiri dan keluarga.

Noorhisham Kr

Saturday, June 13, 2015

Assalamualaikum Hai saudara seagama,

Berpuasalah kamu, mudah-mudahan dengan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lainnya menjadikan kamu hamba yang bertaqwa. Adapun ciri-ciri hamba yang bertaqwa itu terangkum dalam ayat 17 Surah Al Imran.

1. Orang-orang yang Sabar
2. Orang-orang yang Benar
3. Yang patuh
4. Yang menderma
5. Yang bangun minta ampun diwaktu sahur.

Ciri pertama ialah bersabar, sabar menahan lapar haus, membaca Al-Quran, berkerja, berterawikh pada malamnya dan bertahajud sebelum bersahur. Bersabar juga menahan nafsu ammarah dan segala macam godaan.

Ciri kedua Benar, yakni jujur dalam hidup dan kehidupan. Biarpun tiada siapa melihat, kita tetap jujur menjaga amalan dan ibadah.

Ketiga, terus istiqomah dalam ketaatan. Walau dimana dan bila pun. Siang malam pagi petang tetap dalam ketaatan. Di tengah keramaian atau bersendirian.

Keempat, membantu jalan agama dengan sedekah. Sikit atau banyak tergantung apa yang ada. Bukan 'berapa' yang dilihat Allah Taala,tapi ada atau tidak.

Terakhir, untuk melengkapkan ciri insan bertaqwa, untuk meraih syurga dan redhaNya, anda mesti membiasakan bangun malam. Bukan sekadar bangun, tetapi bertahajud dan minta ampun atas segala dosa-dosa anda selama ini.

Thursday, June 11, 2015
PENDAKI GUNUNG dan ALIGNMENT
Ibaratnya seorang pendaki gunung, mereka mesti meringankan segala beban yang dibawa, supaya mereka dapat sampai ke tempat yang tinggi. Begitulah hamba Allah, untuk mencapai maqam yang tinggi di sisi Tuhannya, dia hendaklah meringankan segala beban dosa pada dirinya.
Bagi pengamal bacaan Surah Sajdah, bacaan ini merupakan penembusan atau pengampunan terhadap dosa-dosanya.
Manakala datangnya bulan Ramadhan ibarat sebuah kereta yang berjalan jauh. Setiap 10,000km tayarnya akan kembali tergerak, lari dari kedudukan asalnya, dengan itu kereta tersebut mesti di hantar ke kedai untuk dibetulkan semula aligment nya. Begitu lah hidup manusia, setelah jauh berjalan, alignment nya dengan Tuhan semakin lari. Ibadah nya semakin berkurang. Ruh ibadahnya semakin menurun. Graf imannya semakin surut.
Nasib baiklah ada Ramadhan, aligntment ibadah kembali dibetulkan. Ini bagi orang yang benar-benar menekuni bulan Ramadhan.
Dia kembali bertajahud, membaca Al-Quran, menjauhi percakapan lagha, banyak-banyak minta ampun, perbanyak sedekah dan lain-lain.
Bukan kah ciri-ciri orang yang beriman itu dinukilkan dalam AlQuran seperti ini.
Yang sabar, yang tetap dalam ketaatan, yang benar, yang rajin menderma dan  orang-orang yang bangun minta ampun diwaktu sahur.
Sunday, June 7, 2015

Sudah lama lampu di bilik itu tidak menyala. Kerana tidak begitu penting, dibiarkan sahaja lampu itu begitu. Sebuah lampu bulat dengan satu wayar yang menjunam ke bawah memang kami masih guna sewaktu kuliah di Banda Acheh dahulu. Walaupun cahayanya tidaklah seterang mana, namun sudah boleh untuk mengulangkaji pelajaran.

Sekadar membaca buku-buku rujukan mata pelajaran sudah memadai. Lagipun sudah malam, mata pun semakin kendur.

Satu malam, gempa bumi terjadi dikala orang semua sedang tidur. Lampu yang mati tadinya, tiba-tiba menyala semula gara-gara wayarnya bergoyang. Goyangan wayar membuat sambungan yang longgar kembali bertaut.

Tiba-tiba juga seorang mahasiswa terjaga dan terus terjun dari katilnya. Sambil kehairanan mendongak ke atas melihat lampu dalam biliknya menyala.

Seringkali juga, apabila gempa terjadi saya terus berlari ke dapur melihat air di dalam telaga. Kesan goncangan air terlihat di kerek telaga. Bahkan airnya masih berkocah.

Cuti semester pun tiba, saya pulang ke kampung bercerita tentang gempa di sana kepada nenek. Nenek kata nasib baik negara kita tak ada gempa bumi. Negara orang gak katanya, macam macam berlaku deh.

Itu...15 tahun yang lalu..

8.6.2015

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada