Sunday, June 7, 2015

Pengalaman Gempa di Aceh

Sudah lama lampu di bilik itu tidak menyala. Kerana tidak begitu penting, dibiarkan sahaja lampu itu begitu. Sebuah lampu bulat dengan satu wayar yang menjunam ke bawah memang kami masih guna sewaktu kuliah di Banda Acheh dahulu. Walaupun cahayanya tidaklah seterang mana, namun sudah boleh untuk mengulangkaji pelajaran.

Sekadar membaca buku-buku rujukan mata pelajaran sudah memadai. Lagipun sudah malam, mata pun semakin kendur.

Satu malam, gempa bumi terjadi dikala orang semua sedang tidur. Lampu yang mati tadinya, tiba-tiba menyala semula gara-gara wayarnya bergoyang. Goyangan wayar membuat sambungan yang longgar kembali bertaut.

Tiba-tiba juga seorang mahasiswa terjaga dan terus terjun dari katilnya. Sambil kehairanan mendongak ke atas melihat lampu dalam biliknya menyala.

Seringkali juga, apabila gempa terjadi saya terus berlari ke dapur melihat air di dalam telaga. Kesan goncangan air terlihat di kerek telaga. Bahkan airnya masih berkocah.

Cuti semester pun tiba, saya pulang ke kampung bercerita tentang gempa di sana kepada nenek. Nenek kata nasib baik negara kita tak ada gempa bumi. Negara orang gak katanya, macam macam berlaku deh.

Itu...15 tahun yang lalu..

8.6.2015

 

No comments:

Post a Comment