Aktiviti

26-6 Mesy HEM
29-6
1. Mesyu Koko Kali 3
2. Hub Shamen, Beri Link Psikometrik

Promosi M.Office 365

Edidik

Edidik

Tazkirah

Hidup Mesti Berkorban

Featured post

Pengenalan Apa Itu Mic.Office 365

Admin Blog

Admin Blog
Norish

Blog Archive

Thursday, July 30, 2015
Cukup masanya, kita kan pergi, itulah yang tertulis sekian lama dalam kitab lauh mahfudz, kita saja yang tidak tahu dan mengerti. 

Ada-ada saja dalam hidup ini berlakunya kejutan dan hal yang tidak kita terfikirkan. Tanggal 1 Ogos merupakan tarikh keramat buat ku. Langkah ku terhenti di sini. 
Kak Norina, otai di SKB, lebih lama dari ku yang 11 tahun.

Geng muda dan otai nak berselfie. 

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengetahui apa-apa.

Awal hidup manusia dimulai dengan tangisan, akhir hidupnya di ratapi dengan tangisan dan dicelah-celah kehidupan diselangi dengan tangisan.

Nyatalah, bumi ini bukan tempat yang paling indah dan nyaman buat manusia. Namun ia hanya sebuah lokasi persinggahan sementara bagi sang musafir yang akan meneruskan kelananya.

Destinasi nya yang menawan dan menakjubkan. Dia tak tau itu semua. Cuma dia harap rahmat, redha dan kasih sayang Nya semata.

Wednesday, July 22, 2015

"Cikgu, cikgu masih di Sekolah Bangi lagi?" Itulah pertanyaan anak2 sekolah menengah lepasan SK Bangi apabila bertemu.

Yelah, cikgu tak ke mana, masih di sana.

Namun, sekeping surat hari ini mungkin akan menukarkan jawapan ini sedikit masa lagi. Kruukk.. kruuk, telefon bergetar menandakan panggilan masuk. Ada beberapa teguk air lagi yang perlu diminum. Segelas teh o beng hampir habis. Oh ya..ada apa panggilan tadi ya.

Jari mencari si pemanggil di ruangan panggilan masuk, rupanya partner yang call. "Cikgu.. Boss panggil".. Argh.. Ada apa ya.

Kak Sari di kantin terima bayaran teh o beng sambil mengeluh tentang bos nya yang tak datang. Repot bikin kerja katanya.

Sesampai di bilik bos. Assalamualaikum, Salam hari raya kebetulan lama tak bertemu. Bos persila duduk.

Ini ada satu surat katanya dari Melaka jemputan ceramah, tahniah lah sudah semakin jauh katanya, hari tu di Serting kan, ni dah sampai Melaka. Sudah hampir satu Malaysia.

Alhamdulillah  tuan, kebetulan benda ni (hypnoterapi) baru di Malaysia. Jadi.. Ramai orang nak cuba. Habis cerita soal hypnosis bos tarik satu surat lagi. Berlapis2 suratnya.

Tahniah jugaklah, kerana dapat perpindahan ke sekolah baru. Saya tak boleh buat apa sebab surat dah sampai.

Sebelum 1 Ogos cikgu kena laporkan diri. Selamat berkhidmat di tempat baru.

Kaki melangkah bagaikan kehilangan tenaga. 10 Tahun 7 Bulan rupanya singkat. 2005 ku hadir dengan semangat bagaikan besi waja. Pelbagai kenangan zaman satu sesi dan dua sesi. Zaman 1 alam dan 2 alam. Dari bilik kaunseling di atas berkipas hingga ke bawah berhawa dingin. Dari bersendirian hingga 4 orang. Dari murid 700 hingga 1900. Tup tup.. Tiba masanya kita pasti tidak selamanya begini.

Hanya takdir yang menentu arah perjalanan hidup kita. Akui... Tidak mudah mengangkat kaki untuk pergi. Cerita katak dalam balang air kini menjadi nyata.

Hari raya, orang bergembira. Mood raya masih ada. Hari raya ini juga unik, disulami mood pindah.

Apa ada cikgu mohon pindah? Tanya kawan-kawan hairan. Tak ada. Hanya arahan. Orang atasan yang menggerakkan kita. Ada suara yang mohon tangguh, baru nak berkenalan dan mesra katanya.

Tuesday, July 14, 2015

Dalam Perjalanan Pulang
------------------------------------------

~ Pelbagai rintihan. Pelbagai rasa, namun gunung yang tinggi tetap didaki, jalanan yang jauh tetap ditempuhi, beribu kilometer menjadi saksi, ketenangan hidup ada disana sedang menanti.

~ Sejauh-jauh kita merantau, kampung halaman tetap di hati.

~ Begitulah orang sufi. Bagi mereka dunia ini adalah bandarnya orang mencari makan, akhirat itulah kampung nya abadi. Asyik ingin pulang bertemu Sang Kekasih Sejati.

~ Sebagaimana gembiranya manusia pulang beraya, begitulah gembiranya sang sufi mendamba pertemuannya.

Selamat Hari Raya, salah dan silap pasti ada, jangan biarkan diri gundah gulana, raikan dengan rasa syukur disebalik tawa.

Kembara Hidup

“Di sini saya belajar mengenal diri, agama dan Allah. Saya dapat rasakan ketenangan,” itulah pengakuan bekas vokalis kumpulan Slam, Zaman Ibrahim, 43, atau Zamani (gambar) yang sedang menjalani rawatan pemulihan di Rumah Pengasih (Persatuan Pengasih Malaysia) sejak lima bulan lalu. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64063#sthash.u3x3fhld.dpuf
Friday, July 10, 2015

Perkongsian pagi ini dalam kuliah subuh. Tatkala bapa saudara saya meninggal, saya bawa anak-anak ziarah kuburnya. Anak dipanggil duduk berdekatan dan disuruh ikut bagi salam. Kemudian saya membaca tahlil.

Selesai nya..kami berangkat pulang. Seminggu kemudian, Anak saya, Hafiezhah Syazwiena Al Mar'ieyyah  yang berusia 5 tahun kembali bertanya, "ayah..masa kita bagi salam kat kubur hari tu, dia tak jawab pun"?

Memori bawah sedarnya menyimpan peristiwa yang dialami.

Saya menjawab..sebenarnya (si mati) mendengar. Hanya kita yang tak dengar dia jawab salam. Macam kita tengok tv, kita dengar dan nampak orang dalam TV bagi salam, tetapi dia tak dengar dan tak nampak kita di sini.

Begitulah kehidupan kita terpisahkan oleh 2 alam yang berbeza. Alam ruh/arwah/barzakh dan alam dunia/syahadah.

Pelajaran yang boleh diambil diperjalanan itu lebih banyak dari sekadar belajar di kelas sekolah. Dunia ini adalah kelas yang besar untuk kita terus belajar erti kehidupan.

Berkata seorang hamba Allah yang mulia bernama (Syeikh) Junaid Al Baghdadi:

Orang yang dicintai Allah itu akan dilorongkan Allah untuk berkawan dengan auliaNya.

Keterangan :

Aulianya adalah para hamba yang dicintai Allah, yang sentiasa terpelihara, hampir denganNya. Jika kita terpilih untuk dicintai Nya, Dia akan memudahkan kita untuk menemukan kita dengan guru yang hampir denganNya. Kemudian mengambil barakah darinya, mendapat ilmu dan amalan yang menghampirkan kita kepadaNya.

Tutur kata guru itu mengandungi hikmah, perilakunya bagaikan akhlak Nabi. Doanya sentiasa diterima. Tegurannya adalah dariNya.

Wednesday, July 1, 2015

Hingga hari ini dalam Bulan Ramadhan, saya bermimpi berjumpa dengan 3 orang yang sudah meninggal. 2 antara nya berada dalam keadaan sangat kurus.. Seorang lagi menyatakan dia teringatkan anaknya di dunia ni. Saya akan hubungi dan cari anaknya.

Sesiapa yang ada saudara terdekat yang sudah kembali.. Sedekahlah Al Fatihah, Tahlil atau apa-apa amalan untuk pahala mereka di sana.

Sudah putus hubungan kita dengan mereka, kalau nak call, whatsapp, sms pun memang dah tak boleh. Tapi pahala yang kita niatkan insya Allah akan sampai pada mereka.

Setidaknya kita punya atuk dan nenek sebelah ibu dan bapa yang pernah wujud di dunia ini.

Kenangi saat-saat indah ketika mereka berada bersama. Kini mereka pergi jauh.. Dan  tak kan kembali lagi.

Jika kita membiarkan mereka disana tanpa kiriman doa, khuatirlah akan hukum karma akan berlaku ke atas kita. Apa yang kita buat pada orang,  itulah yang akan orang lain buat pada kita.

#tazkirah

http://admya.blogspot.com/2013/05/tips-tempat-tempat-menarik-di-bandung

Appsheet

Kaedah Detect Pantas tanpa perlu membuka Laptop dahulu. Dah ada di HP

PSIKOMETRIK 2020

BELUM JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK


6 EXCELLENT
KHALEEF ASHRAF BIN MOHD KHIRDI

6 SMART
ADIELA NATASYA SUMAYYAH BINTI HAFIZUL FAHMI
MUHAMMAD FAIZ BIN GATOT PURWANDONO
MUHAMMAD SALEBUDIN BIN MUHAMMAD KHAMIS
NOR AQIRA BINTI SULHIEE
NOR AZRAEI BIN NORAZMAN

AZMEER- SK JLN TANJONG

Video Kami

Emel Unlimited Drive

Promosi untuk 30 orang, Emel baru dengan Drive Unlimited, Hanya RM45 sahaja.

namaanda@mail.gurukreatif.net
atau
namaanda@gurukreatif.net

Terkini












Search This Blog

Renungan

Hikmah Penularan virus koronavirus

Wahai Diri

Wahai Diriku, aku sayang pada diriku sendiri, Aku melihat diriku yang ceria itu, aku melihat diriku yang bahagia itu, itulah diriku yang sesungguhnya.

Ke manakah aku selama ini, aku ingin kembali,

Wahai Diriku, hal-hal yang tidak penting, tidak boleh mengganggu aku, hal-hal yang tidak berguna, aku letakkan aku lepaskan,

agar tenang hidupku
agar sihat badanku
agar lapang hidupku

Ya Tuhan, pandu hambaMu menjadi manusia cemerlang dunia, cemerlang akhirat

Ujian dalam hidup hadir untuk membuktikan cinta kita padaNya. Apakah hati masih cintakan dunia yang fana, atau akhirat yang kekal abadi. Oh Tuhan, bantu hambaMu untuk mendapat CINTA Mu yang Agung dan Abadie.

sementara Stock Masih Ada